Email ni dah lama sy dapat so terasa macam nak kongsilah manalah tahu kot2 ada sesape yg selalu buat fish treatment ni patut tahu....
Kementrian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan
kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan
pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.
Akhbar
Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan
sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini
boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”
Tambah Dr
Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka
mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan
air.”
Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini
digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.
Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di
dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin
chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit
pesakit.
p/s : sekadar berkongsi info....
0 meluahkan rasa:
Catat Ulasan