IKLAN

2 Februari 2011

Kuih Serimuka







2 hari takder entri, hari ni nak sambung pasal kuih serimuka yg aku buat minggu lepas. Resepi ni dapat dari Cik Mat Gebu. Kuih nampak pucat sbb takder food colouring yg warna coklat so biarkan warna original gula melaka gitu, apapun mmg sedapppp...

RESEPI SERIMUKA
sumber : Cik Mat Gebu


BAHAN LAPISAN BAWAH :
2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak makan

BAHAN LAPISAN ATAS :
1 cawan tepung gandum
1 camca besar tepung jagung
1 camca besar tepung beras
3/4 cawan gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air* (*dimasak hingga gula larut, tapis dan sejukkan, buang daun pandan)
2 biji telur
2 cawan santan pekat
1/2 sk garam
Sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - tak letak sbb takder

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK LAPISAN BAWAH :- Cuci beras pulut, rendam 20 minit dan toskan. Sementara itu panaskan kukusan, alas tin bulat berukuran 10 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi. Masukkan pulut dan ratakan. Satukan garam bersama santan, kacau rata dan tuang ke dalam pulut. Masukkan minyak masak, kacau sedikit biar rata dan letak sehelai daun panda. Kukus selama 20 minit - 30 minit (mat kukus 25 minit).
  2. UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau rata dengan whisk atau blender hingga sebati. Tapis adunan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi sedikit pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERIKAYA :- Pulut tadi, ditekan hingga padat, ratakan. Kemudian tuang lapisan atasnya, ratakan dan sambung mengukus selama 20 - 25 minit dengan api sederhana. Pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong. Mat guna kaedah menutup permukaan tin dengan tudung periuk semasa mengukus..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 meluahkan rasa:

IKLAN