IKLAN

21 Februari 2011

Kerananya aku menangis...

Ini semua gara-gara cerita Trilogi Cinta itulah...aku mmg penonton setialah kiranya...setelah episod yg ke-22, tak sangka aku menangis jugak...buat malu jer ngan En Wan, nasib baik anak2 dak tido...hehe



Episod 22 malam tadi mengisahkan, Salmi terjatuh dari tangga setelah Razif begitu marah kerana mendakwa mereka bertiga cuba menganiaya Norjinah, tak semena-mena Salmi jatuh tangga dan terus....innalillah. Razif merasa begitu sedih dan begitu bersalah kerana beranggapan dia punca Salmi mati. Disebabkan kejadian itu, Razif jatuh sakit dan anak2nya diambil oleh Puan Aida. Norjinah merasa begitu sedih dengan kejadian yang berlaku dan telah pegi ke rumah Puan Aida utk mengambil semula anak2, malangnya Norjinah dihalau dan dikeji. Norjinah cuba menerangkan bahawa Razif sakit dan amat memerlukan anak2nya. Tetapi tidak dipedulikan oleh Puan Aida dan menuduh yg Norjinah sengaja mereka-reka cerita supaya dapat mengambil anak2. Akhirnya Puan Aida mula percaya bila En Taufik sendiri yg memberitahu bahawa Razif sememangnya sakit dan sedih kerana Puan Aida tidak pernah menjengoknya dari mula hari kematian Salmi sampailah Razif jatuh sakit. Puan Aida marah kepada Razif kerana Razif telah membawa balik Salmi setelah dia curang dan meninggalkan anak2 dan rumah, kemarahan Puan Aida ditambah lagi setelah kecacatan Salmi tidak boleh sembuh, Salmi telah menyuruh Razif menikahi Norjinah kerana anak2 begitu rapat dengan Norjinah serta tidak boleh berenggang dgnnya. Kerana itu Puan Aida begitu marah dengan Razif sehingga Salmi mati pun Puan Aida tidak datang. Akhirnya, Puan Aida sedar sampai bila dia harus memarahi Razif kerana apa yg Razif lakukan semuanya kerana anak-anaknya.


Paling sedih masa part Puan Aida jengok Razif yang sakit dan waktu Puan Aida minta maaf dengan Norjinah, kiranya mmg terharu betul lah part tuh...sape nak tgk boleh klik kat link bawah...

http://mtvhomevideo2u.blogspot.com/2011/02/drama-trilogi-cinta-rtm1.html
So, malam ni ada lagi...start pukul 10 - 11 malam setiap ahad hingga selasa


p/s : sob..sob..sob..
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 meluahkan rasa:

IKLAN