IKLAN

28 Februari 2011

Tips membeli kamera digital

Mahu membeli kamera baru ?
Jadi apakata baca dulu artikel ni yg sy dapat dari seorang kawan...
 
Kamera...kamera...ermmm...pe yg ada dgn kamera? dok cri kamera?nak beli kamera? WAJIB baca artikel nih...!...lets read it!
Ramai juga yang ingin memiliki kamera digital tetapi tidak tahu memilihnya. Zaman sekarang, orang dah tak pakai kamera analog yang beroperasi menggunakan teknik dedahan cahaya kepada filem, tetapi semuanya menggunakan digital.

Bila sebut saja kamera digital yang ada 10 megapixel, maka ramailah yang terngaga, "Wow... 10 megapixel!". Saya kerap kali terdengar orang tanya, "Awak punya kamera berapa megapixel? Berapa harga beli?" Bila saya jawab, "5.0 megapixel, harga RM1200" Lalu dikatakan, "Mahalnya, saya beli 6.0 megapixel cuma RM700 sahaja." Dalam hati saya cuma menjawab, "Sebenarnya di Carefoure pun, ada cuma RM300 lebih, kamera yang berkemampuan hingga 12 megapixel!"

Inilah sindrom tidak memahami teknologi, sehingga merugikan kita. Justeru saya ingin berkongsi sedikit tentang panduan mendapatkan kamera digital yang baik. Saya sendiri bukanlah pakar dalam bidang kamera, bukan juga camera man yang bagus, cuma sekadar berkongsi teori yang wajib difahami dan diketahui. Bak kata orang, ilmu itu suatu kekayaan. Dengan ilmu boleh mengelakkan kerugian.

Memahami Keperluan Megapixel Kamera

Hakikatnya, untuk cetakan gambar digital sehingga bersaiz A4, kita cuma perlukan cuma sehingga 3 megapixel sahaja. Lebih dari itu, ia tidak akan lagi mencantikkan kualiti cetakan. Kualiti cetakan anda tidak terjejas. Tidak akan bertambah cantik. Apatah lagi jika anda cuma 'mencuci' gambar sekadar bersaiz 4R ata 6R, tiada maknanya menggunakan megapixel yang besar.

Apa itu megapixel?

Megapixel secara mudahnya ialah saiz digital sesuatu gambar. Gambar yang diambil oleh kamera digital yg terdiri daripada berjuta2 pixel titik warna. Mudahnya, jika titik itu semakin banyak dalam satu ruangan yang sempit, titik itu akan menjadi lebih kecil. Jika titik itu menjadi lebih kecil, maka sudah tentu kualiti gambar akan lebih halus. Saya tidak mahu menggunakan kaedah yang terlalu teknikal, cukuplah anda faham dengan cara yang mudah: Adakah pen yang bermata besar boleh lukis satu lukisan yang halus? Sudah tentu tidak. Suatu gambar yang halus dan cantik bila titik-titiknya itu sangat halus.

Justeru, jika sampai tahap yang halusnya itu sudah memenuhi ruang, maka ia tidak lagi boleh halus. Kalaupun gambar itu halus, pencetaknya pula tidak mampu untuk mencetak sehalus itu.

Masih blur? Mudahnya, cukuplah kamera digital anda bermegapixel 4 megapixel untuk menghasilkan kualiti gambar yang baik. Lebih daripada itu, anda tidak perlu lagi, melainkan anda seorang juru kamera profesional yang memang kerja anda menghasilkan gambar dan diupah beribu2 ringgit. Jangan bazirkan duit kepada perkara yang kita sendiri tidak gunakan. Jangan bazirkan duit dengan beli yang bermegapixel tinggi.

Hari ini, majoriti megapixel paling kurang yang dijual dikedai ialah 4 megapixel.

Lensa

Unsur yang kedua yang sangat penting, tetapi sering diabaikan ialah jenis lensa. Tidak pernah orang tanya apak jenis lensa yang digunakan. Lensa yang baik ialah jenis vario tessar, atau leica, ataupun nicors, ataupun lens canon. Setakat ini, Leica yang digunakan oleh Lumix Panasonic antara yang terbaik dan sering mendapat pengiktirafan dunia. Namun begitu, lense Nicor oleh kamera Niccon juga bagus dan tidak pernah dipertikaikan kredibilitinya. Sony Cybershot sekarng ini pun menggunakan lens jenis Vario Tessar Carl Zeiss, yang juga lens yang baik. Namun jika perbandingan dibuat, daripada gambar2 yang diambil dengan cahaya yang sama, setakat ini saya nampak Lens Leica lah yang memberi imej yang baik.

Sensor

Kamera yang baik juga tidak bergantung kepada lensa sahaja, tetapi bergantung kepada sensor cahaya. yang digunakan. Sekarang ini, kebanyakan kamera menggunakan CMOS sensor. Ada juga yang menggunakan CCD lens, namun kedua-duanya tidak banyak perbezaanya.

Sensor cahaya membolehkan penetapan kadar pendedahan lens kepada cahaya seperti ISO400, ISO100 dan seumpamanya. Secara mudahnya, jika anda ambil gambar dalam gelap, anda kena guna ISO400 tetapi dalam cerah hanya perlu guna ISO100. Perlu diingatkan juga, jika anda guna ISO400, sebenarnya gambar anda tidak akan menjadi cantik. Akan wujud banyak Noise pada gambar tersebut, akibat kekurangan cahaya. Gambar yang cantik terhasil kerana cahaya yang cukup.

Image Processor

Selain daripada jenis lens dan sensor yang merubah harga sesebuah kamera digital, jenis pemproses imej juga menjadi faktor yang memberikan perubahan pada harga. Semakin canggih pemproses imej, semakin cantiklah imej yang terhasil dan semakin mahal lah harganya.

Kalau dulu, kamera menggunakan teknik dedahan cahaya yang masuk melalui lens dan akan terbentuklah imej pada filem. Namun sekarang, sudah tidak ada filem, tetapi menggunakan image processor yang bertindak sebagai 'retina' untuk pengimejan.

Fungsi-fungsi Tambahan

Kamera menjadi mahal kerana fungsi-fungsi tamabahan seperti image stabilizer yang menyerap getaran tangan anda, fungsi penetapan kadar ISO dan fungsi2 automatik lain seperti mengubah kadar cahaya untuk jenis2 gambar tertentu, juga mengubah masa bukaan lens. Semakin banyak fungsi yang digunakan, semakin mahal harganya, dan semakinlah perlu anda pandai guna.

Saiz dan Rekabentuk

Rekabentuk dan saiz menentukan harga. Semakin nipis kemera yang digunakan, semakin mahal lah harga tersebut. Saranan saya, hanya kalau anda ada duit lebih saja beli yang bersaiz nipis. Jika rasa tak nak membazir belilah yang bersaiz biasa sahaja.

TIPS-TIPS MEMBELI KAMERA

- Jika anda bukan profesional, belilah kamera autofokus dan bukan SLR kamera.

- Jika anda nak belajar teknik2 fotografi, belilah SLR kamera. SLR tu jenis yang ada lens boleh tambah2 dan boleh dipulas2 tu.

- Jika ada duit lebih, jenama Lumix Panasonic berharga dalam 1000 boleh dibeli, jika bajet kurang, carilah Nicon atau Canon atau Sony Cybershot berharga dalam RM700. Jika bajet sikit sangat, saranan saya camera paling murah tetapi boleh hasilkan gambar yang baik ialah Canon. dengan harga RM499 anda boleh dapatkan.

- Pilih jenis bateri yang digunakan. Sebaiknya, cari yang bateri bersaiz AA atau AAA supaya jika kehabisan bateri, anda boleh beli bateri di kedai. Jika anda beli yang jenis bateri yang khas digunakan utk kamera tersebut, masalah utama jika bateri habis di saat2 penting.

- Pilih jenis Memori Kad yang digunakan. Memori Kad jenis SD ialah yang paling murah, dan senang didapati. Sekarang ini boleh beli yang 2 - 4 GB dah di pasaran. Canon, dan Lumix biasanya guna SD. Ada juga yang guna M2, memori kad ini agak mahal biasanya digunakan oleh Sony Cybershot. Sony juga guna MemoryStick Pro Duo yang harga nya mahal. Satu lagi jenis memori kad xD. Yang ini lagi lah mahal dan agak susah didapati. Kamera Olympus biasnya guna jenis ini. Kalau rasa nak tambah memori kad lain kali, elakkan beli yang jenis ini. Kena ingat, kamera digital tak semestinya guna jenis yang sama memori kadnnya. Pilihlah memory kad yang murah.

- Jika gunakan batery AA. Sila beli charger dan batery rechargeble sekali. Beli yang MH nya lebih daripada 2000 supaya tempoh caj lebih cepat. Jika beli yang 1200 anda akan berjanggut menunggu bila bateri siap dicaj penuh.
 
p/s : barulah tahu....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

27 Februari 2011

Sambil makan sambil tgk 'Kashaf Imani' best gak ni....

Tiga ari lepas member opis bagi sekut kacang 2 ketul...sangat sedap dan crunchy yer...takkan nak mintak lagik haruslah malu-malu gitu...pendek cerita, balik keje kelmarin terus singgah kedai beli kacang tanah...dah kata tak cukupkan ?...haruslah buat sendirik kalau mau makan banyak2...hehe
 Sebenarnya aku ni lebih pandai membeli rather than membuatnya...kekeke...godek sana godek sini jumpa resepi sekut nih, ada setengah resepi pakai telur dan esen vanila bagai...pastu tanya kawan2, dorang cakap cam *eh eh tak berapa ori dan sedap tau...*  Jadinya aku carik resepi yg sukatan semua sama banyak gitu senang nak ingat segala ok, takkan tgh buat jap-jap tgk kertas, jap-jap tgk laptop...hik3

Aku ada tgk resepi ni kat blog CMG, Wendy...tp tetap jugak nak tiru dari blog kak hana, tatau napa....ish..ish..ish..lain org lain cara ya...terpulang mau ikut yg mana...meh tgk resepi kak hana yg sedang molek itu...
RESEPI BISKUT KACANG
 
Bahan-bahan
  • 500 gm tepung gandum
  • 500 gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 270 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
  • Kuning telur
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.*hana bakar suhu 160 selama 15-20min.
 p/s : Marilah pakat dok buat sambil menonton Kashaf Imani ptg nih....hihihi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

26 Februari 2011

Homemade Chicken Chop

Seriously aku bukanlah penggemar chicken chop...tp kalau keluar makan kat Billion tuh benda ni antara menu yg slalu aku order, tatau napa walhal banyak lagi menu kat situ...selalu kalau jiran2 dok cerita pasal menu nak masak itu, nak masak ini...aku tak ambik kesah sgt, tp sungguh nak bgtau korang yg aku very close ngan jiran2 sekeliling rumah aku sbb tu kalau aku nak mintak tolong kira no hal lah...mcm nak buat makan2 ke, kenduri ke, apa ke mereka senang di bawak runding gitu...sampaikan kacang tanah aku nak buat biskut kacang @ mazola pun aku mintak tolong jiran depan rumah aku sangaikan siap order gitu gini lagik...*melampau tul kan aku nih, korang ado ke...hik3*
Biskut kacang itu lain entry tau, nak citer dulu pasal chicken chop nih...selalunya chicken chop yg aku makan kat Billion tuh diorang salut tepung pastu goreng jer tp chicken chop yg aku penah makan ada satu hotel di Lumut tu dorang grilled ok...mmg sedappp dan juicy. Jadinya antara dua method ini aku pilih nak goreng jelah sbb ikutkan selera anak2...jadi singgah kedai beli ayam yg boneless utk chicken chop, satu paket ada 8 ketul regenya lebih kurang RM16.00 ( jimat kan kat kedai seketul chicken chop RM10.00 tau )...beli french fries dan ubi kentang, yelah kata nak makan chicken chop kan, haruslah dikawankan dengan frech fries dan mashed potato...lain lain tu malaslah nak beli sbb tak koserlah nak buat sbb nak cepat dan cuma buat 3 ketul jer.....kang malam ada jemputan majlis harijadi anak jiran sebelah lagik...meh tgk resepi yg aku dah edit sket2 dari kak hana, aku mmg suka tul tgk blog kak hana nih...ibaratnya sehari tak pi tgk mcm tak lengkap je idup...begitu skali...hik3
HOMEMADE CHICKEN CHOP

Bahan Utk Chicken
  • 4 keping peha ayam tanpa tulang
  • garam
  • serbuk lada hitam
  • tepung tempura - sy guna jenama Bestari perasa original
Cara-cara
  • perap ayam sebentar ngan garam, serbuk lada hitam dan bubuh sedikit tepung tempura. Ratakan biarkan sekejap.
  • panaskan minyak. celup ayam ke dalam tepung lagi, ratakan keseluruhan.
  • goreng hingga kekuningan or masak. gune api kecil jer supaya ayam msk rata.
Bahan utk Sos Cendawan/ Sos Lada Hitam / Gravy
  • 2 cawan stok ayam@daging - sy guna stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar
  • serbuk lada hitam
  • 2cm btg salery - cincang
  • 1/2 biji bwg besar - cincang tinggalkan sedikit utk tumis
  • 1 biji bwg putih - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu mentega/ marjerin
  • 1/2 tin cendawan butang - dhiris ( tak bubuh sbb takder )
  • 2 sudu besar tpg gandum - bancuh ngan air
  • garam dan gula - jika perlu
  • 2 sb sos sotong - optional
Cara-cara
  • panaskan stok ayam, susu segar, bawang n juga btg salery. didihkan.
  • then tapis. buang bwg n juga salery. tumis bawang besar dan bwg putih kemudian masukkan stok ayam tadi dan didihkan semula.. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
  • last skali masukkan bancuhan tpg gandum utk mendptkan kepekatan yg dkehendaki.
  • bleh la dcurahkan ke atas ayam atau mashed potato.
Bahan utk Mashed Potato
  • 5 biji kentang
  • susu segar
  • butter
  • lada hitam
  • garam sedikit
cara-cara
  • rebus kentang sehingga empuk.
  • kupas kulit dan lenyekkan dengan sedikit susu segar, sedikit butter, garam dan juga lada hitam.
  • scoop kentang ke atas pinggan dan curahkan gravy/ sos lada hitam tadi.
Bahan sampingan
  • kentang goreng/ wedges
  • coleslow
  • beans
  • salad,jagung dan lain2
p/s : ayam tu kena salut dua kali tak perlu telur...nak lagi sedap beli tepung yg hot n spicy.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

25 Februari 2011

Saja tolong kengkawan....

Begini ceritanya...

Minggu lepas dapat sms dari seorang kawan nih, dia pun ku kenal atas kawan jugak...Su namanya, apa nama penuh idaklah aku bertanya...kesahnya dia nak order coklat cupcake, saja mau bawak balik ke kampungnya nun di Ipoh...dia ni kejenya nun di Maybank Sitiawan sana dan husbandnya pulak nun di Maybank Pantai Remis...ish3...seronoknya ari memegang duit dok...mereka ini belia remaja lagik tau sbb anaknya baru umur setahun lebih...lupa nak tanya pengasuh anaknya yg dok di depan rumah aku tuh...
Sebenarnya aku nih buat kek cuma utk keluarga, jiran dan sahabat handai terdekat sajork...aku ni pun bukanlah pandai sgt masih ada kekurangan dimana-mana, jadinya kalau mau perfect order saja yok di kedai...hik3
Untuk tidak menghampakan si Su itu, aku pun buatkan coklat cupcake utk buahlengan tangan nya itu....Resepinya masih sama seperti yg sebelum ini jugak...

KEK COKLAT CAWAN 

Bahan - bahan :-

( A )
2 biji Telur  ( Gred A )
1 1/2 cwn minyak masak
1 cwn serbuk koko
1/2 tin Susu pekat
1 cwn gula pasir
1sb serbuk nescafe - optional
1 sb esen vanila

( B )
1 tin susu cair - ( nak sedap guna susu cair penuh krim Ideal )
5 biji limau kasturi - ( susu cair + jus limau = buttermilk )  

( C )
2 cwn tepung gandum - diayak semuanya
2 sb serbuk penaik
2 sb soda bikarbonat

Cara membuatnya :-

1) Panaskan periuk pengukus. Lapik dengan papercup dlm acuan yg kecil.

2) Perahkan limau kasturi dan campurkan dlm susu cair. Biarkan 5-10 minit.

3) Campurkan semua bahan A dlm blender dan kisar sampai sebati dan gula dah halus.

4) Masukkan buttermilk tadi dlm blender dan kisar lg hingga sebati.

5) Tuangkan adunan tadi dan campukan tpg yg telah diayak sedikit2.

6) Kukus hingga masak. Kalau nak kek cantik ikat penutup periuk dgn kain supaya air kukus
tak masuk dlm kek.

Sementara nak tunggu kek tu masak aku sempat lagi dok kemas2 kabinet dapur, pastu terjumpalah sepeket dadih perisa jagung...terus buat sementara tgh rajin...resepi dadih tu semua org tau kan...malas nak carik bekas2 kecil buh dlm tupperware besar jer nak makan cedok...sedapppp tau :)
 p/s : adunan kek tu boleh dapat anggaran dalam 35 bijik...
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Fiber - The Secret to Staying Slim!

Dah lama tak tgk website nih...macam2 tip ado pasal makanan dan kesihatan.

So, kalau nak tahu lebih lanjut apa kata korang pegi ke website tu... 


(HealthCastle.com) Fiber deserves its solid reputation for its regulating abilities, but keeping things going is not fiber's only claim to fame. In fact, more and more research is showing that a high-fiber diet may help prevent diabetes, heart disease, cancer and weight gain. According to new research from the University of Texas in Austin, women who maintain a healthy weight fill up (without filling out) on fiber. If the idea of eating bowl after bowl of bran makes you groan, take heart. Filling up on fiber to maintain a healthy weight is easier than you think.

What is Fiber?

Found in fruits, vegetables, whole grains and legumes, fiber is the part of plant foods that humans can't digest.

Insoluble fiber is the coarse, chewy part of a plant that does not dissolve in water. It forms a plant's structure and can be found in the outside tissues like fruit skins, stringy vegetables and crunchy whole grains. Insoluble fiber passes through the body largely intact, soaking up water like a sponge and adding bulk and softness to the stool. This not only prevents constipation but also speeds the rate at which food goes through your system. Whole-wheat breads, wheat bran, rye, most other whole grains, cabbage, beets, carrots, Brussels sprouts, turnips, cauliflower and apple skin are all loaded with insoluble fiber.

Soluble fiber, on the other hand, is found inside plant cell walls and dissolves and thickens in water to form a sticky, gel-like substance. It gives oatmeal its gummy texture and cooked beans their mushy centers. As it passes through the digestive system, soluble fiber binds to dietary cholesterol, helping the body to eliminate it. Oats (which have the highest proportion of soluble fiber of any grain), oat bran, beans, peas, rice bran, citrus fruits, strawberries and apple pulp are full of soluble fiber.

How Can You Get Enough Fiber?

Current recommendations suggest that adults (including women who want to maintain their weight) need 20 to 35 grams of dietary fiber each day. Here are some easy ways to sneak more fiber into your diet...
  1. Look for bread, cereal, and crackers that are 100 percent whole grain— - meaning NO refined flour. If the label does not say "100%" check the ingredient list for refined culprits like white flour (usually listed as bleached or unbleached enriched wheat flour), semolina or durum flour, and rice flour.
  2. Include other 100 percent whole grains in your diet, including brown rice, bulgur wheat, oatmeal, barley (including pearled barley), buckwheat, cracked wheat, quinoa and amaranth.
  3. Eat more beans. They offer loads of soluble fiber, and lots of plant protein. Include them in soups, stews, and salads, and replace bean-based dishes like lentil soup, bean burritos, or rice and beans for those made with meat.
  4. Fill up on vegetables and fruit. If possible, eat the skins (they contain tons of insoluble fiber), and always eat fiber-filled whole fruits instead of drinking fiber-less fruit juices. 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

24 Februari 2011

Brownies lagikkk ?

Semalam buat brownies lagikk sebab yg kelmarin tu dah licin pastu tak puashati sbb takder marble kat atas dia...kali ni tak lupa sbb awal2 lagikk dah asingkan sket adunan brownies tuh...mmg senang sangat nak buat tau dan rasa dia mmg gojes gitu, abaikan jelah rupanya yang agak sememeh dan comot itu yer...
Sebenarnya nak beli cream cheese yg biasa dan murah saja tp kat Billion tuh dah abis so malaslah nak pusing kat Tesco, rembat sajalah yg mahal sket tuh...*kak jue, nak makan sedap sila jgn komplen2 yer...hik3*...baru bagi rasa dah ada yg nak order, alamak...malas tul sbb sy ni budak baru belajar jadi seganlah nak order2 nih...hehe

Resepi masih sama, diambik dari blog CMG dan kak hana...kalaulah CMG baca ini sy mintak halal yer resepinya *macamlah dia nak baca blog ko nih*...ok jom buat brownies dan makan sampai  muntah tp exercise jangan tinggal yok, nanti kok naik sekilo eden tak bertanggungjawab yer... 

BROWNIES berCHEESE

BAHAN BROWNIES :
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair - sy bubuh 1 cwn
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum* ( sy guna tepung kek )
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
1 paket kecil serbuk nescafe 3in1 - sy tambah

BAHAN CHEESE :
250 g cream cheese - sy guna brand philadelphia
1 cawan gula halus  
1 biji telur gred B

CARA MEMBUATNYA :-

  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukkan serbuk koko dan serbuk nescafe kemudian kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...*kalau nak dapatkan potongan yg cantik dan licin layurkan pisau atas api sekejap, ulang sampai sampai abis.....*
p/s : nak buat chocolate cupcake pulak ptg nanti....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

23 Februari 2011

Ini pancake @ apam balik....tak kesahlah !

Resepi ni dah 2 - 3 kali cuba, mmg menjadi dan sedappp sekali..*angkut angkat bakul sendirik*. Kelmarin buat lagi utk breakfast, sebelum subuh sapie lagi aku dah kelentang kelentung kat ceruk dapur, eh apa hal pulak nama sapie yg aku sebut *bukan ex-bf ok..hehe*. Jadinya resepi tu aku ambik dari blog kak hana itulah, hana mana...alah kak hana yg gebu-gebu itu...hik3...mintak halal yer kak hana..


PANCAKE @ APAM BALIK

Bahan-bahan

  • 200g tepung pancake mix
  • 1 biji telur size B
  • 150ml susu segar - sy buh susu cair jer
  • 1 sudu gula - tak perlu ltk jika tpg tersebut sudah ade kandungan gula
  • 2 sudu besar mayonis
  • 1 sk esen vanila - sy tambah
Cara-cara
  • Dalam mangkuk, satukan telur, susu segar, gula dan juga tepung. Kacau sebati menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan mayonis. Kacau sebati lg. Biarkan sebentar adunan dalam 15-20min.
  • Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan masak seperti biasa dengan api kecil.
  • Hidangkan dengan menyapu jem butternut dan cantumkan dua keping seperti apam balik atau dgn jem kesukaan anda.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mau cuti-cuti dimana ya.....

ok...rasa macam baru bukak sekolah tup tup bulan depan dah nak cuti sekolah, so En Wan cakap mau cuti-cuti malaysia dimana ???

Rasa2 seperti mau cuti2 dekat sahaja, malas mau packing baju banyak2, pastu pikir punya pikir rasa mau pegi ini tempat jelah...antara dua tempat ini, nanti kita osom yer...hik3
Semalam ada shout kat fb antara dua tempat ni yg mana paling best sekali, bukanlah nak kondem memana tp sja mau tanya pendapat kengkawan :)


Jadi rasanya mana tempat yg best kita pegi dulu, yg kurang best tu kita pegi kendianlah...apapun tunggu keputusan En Wan, manalah tau tetiba plan bertukar....hehehe

p/s : kalau ikut rasa hati semua tempat aku nak pegi....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

22 Februari 2011

Awas, Rawatan Alternatif Guna Ikan Boleh Sebarkan Virus Hepatitis & HIV!




Email ni dah lama sy dapat so terasa macam nak kongsilah manalah tahu kot2 ada sesape yg selalu buat fish treatment ni patut tahu....


Kementrian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya. 

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.” 

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.” 

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.  

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit. 

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika




p/s : sekadar berkongsi info....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Meh tgk filem n drama free !!!

Nak tgk citer 'Ngangkung' free ?

ataupun citer 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' tanpa perlu subscribe kat Astro First ?


Tercari-cari dimana nak boleh tgk drama2 melayu dari Malaysia dan Indonesia ?

korang patut pegi laman web nih.....layannnnnnnnn


klik sini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Brownies Cheese

Sebenornya takder plan langsung nak buat brownies cheese nih, tp bila jalan jalan kat blog CMG dan terpandangkan resepi brownies cheese rasa mcm nak buat lah pulak...yang bebenornya, cheese tu dah lama beli, konon2nya nak nak buat manggo ciskek tp asik tertangguh jer, tak dan memanjang...terus buat brownies malam tadi, nasib cheese tu belum tamat tempoh lau tak ke bakul sampah jelah ko cheese..sepatutnya nak buat marble atas cheese tuh tp den terlupa la pulak...hehe..janji leh ngap...


BROWNIES CHEESE
sumber : CMG @ dapurtanpasempadan

BAHAN BROWNIES :
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum* ( sy guna tepung kek )
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE :-)
250 g cream cheese
1 cawan gula halus  
1 biji telur gred B

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukkan serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
p/s : yg pasti brownies mmg sedapppp tau.......

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

21 Februari 2011

Kerananya aku menangis...

Ini semua gara-gara cerita Trilogi Cinta itulah...aku mmg penonton setialah kiranya...setelah episod yg ke-22, tak sangka aku menangis jugak...buat malu jer ngan En Wan, nasib baik anak2 dak tido...hehe



Episod 22 malam tadi mengisahkan, Salmi terjatuh dari tangga setelah Razif begitu marah kerana mendakwa mereka bertiga cuba menganiaya Norjinah, tak semena-mena Salmi jatuh tangga dan terus....innalillah. Razif merasa begitu sedih dan begitu bersalah kerana beranggapan dia punca Salmi mati. Disebabkan kejadian itu, Razif jatuh sakit dan anak2nya diambil oleh Puan Aida. Norjinah merasa begitu sedih dengan kejadian yang berlaku dan telah pegi ke rumah Puan Aida utk mengambil semula anak2, malangnya Norjinah dihalau dan dikeji. Norjinah cuba menerangkan bahawa Razif sakit dan amat memerlukan anak2nya. Tetapi tidak dipedulikan oleh Puan Aida dan menuduh yg Norjinah sengaja mereka-reka cerita supaya dapat mengambil anak2. Akhirnya Puan Aida mula percaya bila En Taufik sendiri yg memberitahu bahawa Razif sememangnya sakit dan sedih kerana Puan Aida tidak pernah menjengoknya dari mula hari kematian Salmi sampailah Razif jatuh sakit. Puan Aida marah kepada Razif kerana Razif telah membawa balik Salmi setelah dia curang dan meninggalkan anak2 dan rumah, kemarahan Puan Aida ditambah lagi setelah kecacatan Salmi tidak boleh sembuh, Salmi telah menyuruh Razif menikahi Norjinah kerana anak2 begitu rapat dengan Norjinah serta tidak boleh berenggang dgnnya. Kerana itu Puan Aida begitu marah dengan Razif sehingga Salmi mati pun Puan Aida tidak datang. Akhirnya, Puan Aida sedar sampai bila dia harus memarahi Razif kerana apa yg Razif lakukan semuanya kerana anak-anaknya.


Paling sedih masa part Puan Aida jengok Razif yang sakit dan waktu Puan Aida minta maaf dengan Norjinah, kiranya mmg terharu betul lah part tuh...sape nak tgk boleh klik kat link bawah...

http://mtvhomevideo2u.blogspot.com/2011/02/drama-trilogi-cinta-rtm1.html
So, malam ni ada lagi...start pukul 10 - 11 malam setiap ahad hingga selasa


p/s : sob..sob..sob..
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

17 Februari 2011

Himpunan cerita lawak sengal....

 Zaman berkembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”
 

Isteriku Liza...


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG.......

Jelingan ayah...

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang  rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. 

Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
 

Jokes for the day to make you laugh...


Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah......

Loghat mana lebih munasabah?


Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

p/s : sakit tekaklah, jadi takder mood nak mengarang ayat...
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

11 Februari 2011

No Plastic Beg Day

Sekarang ni sana sini kat supermarket tgh hangat ngan 'Kempen No Plastic Bag Day'. Ini semua sbb nak kurangkan penggunaan beg plastik lah kan...yelah, beg plastik kan susah nak lupus dan ambik masa bertahun-tahun untuk reput. Jadinya, kerajaan buatlah kempen nih daripada dok buang duit melupuskan sampah @ plastik nih baiklah bagi kat rakyat yg dlm kebanjiran kat sana, betul tak ?


Kalau dulu aku nak beli barang ke hapa ke ikut suka hati jer nak pegi hari apa, takder sapa larang selagi ko ada duit...tp la aku kena tgk hari gak sbb nya takmau memunggah kat rumah aku dok cari paperbag ke hapa ke...yelah, kalo ko tak bawak beg ko sendirik nanti ko nak buh barang dlm apa, kalo rumah ko dekat ok lah ko pinjam jer troli tuh, pinjam sat nak anto barang, itupun kalo diorang kasi lah...hik3

Point utamanya aku nak bgtau, yg aku tak pegi Tesco ke Billion ke Giant ke terutama hari sabtu, sbb hari sabtu tuh hari tanpa plastik beg...hehe

p/s : tp ada gak tempat lain yg supermarket chgs kalau nak pakai gak beg plastik...agak2 kalau aku juai beg plastik kat luar supermarket tuh diorang halau tak aku ?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 Februari 2011

Dalam Diam (Trilogi Cinta OST)

 

Sekarang aku tengah giler kentang ngan drama kat TV1 nih...diadaptasi dari novelis terkenal Syarifah Abu Salem...mmg tak leh miss drama ni, setiap hari ahad hingga selasa pukul 10.00 malam...

p/s : korang kena tgk sendiri baru tau best atau tidak.....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Siti Nurhaliza & Krisdayanti - Tanpamu (OST Drama Trilogi Cinta)



Biasanya aku lelap tidur…
Terbangun ‘tuk fikirkan diri mu
Mengenangmu yang kini telah jauh


Biasanya aku tenang tidur
Terbuaiku mengingat dirimu
Mencintamu namun kau terlalu jauh


Kucuba lupakan dirimu
Mengingatmu hancurkan hatiku


Dahulu seia sekata,
Namun kini semua telah berlalu


Korus


Sayang kuingatkan dirimu….
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu...


Sayang kuingatkan dirimu….
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.


Ohh….
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Dia sungguh mesra, aku suka dia :)

Minggu yg lepas lepas, aku mmg sudah berjanji2 mau jumpa sama dia...aku antara salah seorang pembaca, pengomen dan pengkagum, erk ado ke perkataan itu...gasaklah..

aku terpaku sampai tak ambik gambar ngan dia, ini ehsan kamera dia...hik3

Aku suka baca blog dia, kerana apa ? kerana ayat karangannya aku rasa begitu mesra dan dekat dihati gitu, dan yg paling penting dia aku rasa tidak berpura2...ya, aku tidak berapa mengenalinya, tp for 1st impression aku berani kata dia begitu mesra, walaupun pada mula aku cam ei nak ke dia jumpa aku, sombong tak dia, segannya aku dan bla, bla, bla...segan sama kamu mya sbb aku cuma bagi cenggitu ajer...

Dia selalu selitkan cerita anak dia yg comel itu, chinese look gitu...kalo masuk kedai apek konpom itu apek speaking sama dia....hik3

Yasmin (yaya), Jasmine, Sharmien

Seronok sgt dapat berjumpa dengan kamu Mya...lepas nih kita leh wat picnic2, gather2...lepas nih dah tahu kan jln paling dekat nak sampai ke Lumut :)

p/s : eh! nama anak kita dekat2 saja kan....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

9 Februari 2011

Baca kisah ini sebelum meraikan Valentine's Day.....

Tertarik dengan salah satu email yg diterima semalam.......

SOALAN :

Bagaimana hukum aqidah mereka sekiranya apa yg mereka lakukn adalah bertujuan utk memperingati St.valentine? Siapa St.valentine sebenarnya?

Kenapa namanya dikaitkan pd hari kekasih sehingga dinamakan sbg hari valentine??

Bagaimana pula hukumnya sekiranya mrk yg menyambut hari kekasih ini adalah disebabkan terikut-ikut dgn budaya??

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dgnnya: 

Pendapat pertama: mengaitkannya dgn pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yg dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yg berlangsung dari 13-18 Februari. 2 hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yg bernama Juno Februata

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. 

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akn menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akn memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah utk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dgn susu. 

Setelah itu diadakan perarakan besar2an yg diketuai 2 pemuda tersebut & mrk berdua akn memukul org ramai yg berada di laluan mereka dgn kulit binatang & para wanita akn berebut2 utk menerima pukulan tersebut krn mereka beranggapan ia akn menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat ke-2: mengaitkannya dgn kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. The Catholic Encyclopedia Vol. XV sub judul St. Valentine menulis ada 3 nama Valentine yang mati pada 14 Februari, seorg di antaranya dilukiskan sbg yg mati pd masa Romawi. Namun demikian tidak pernah ada penjelasan siapa “St. Valentine” yg dimaksud, juga dgn kisahnya yg tidak pernah diketahui ujung-pangkalnya krn tiap sumber mengisahkan cerita yg berbeza. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pd masa pemerintahan Claudius II, k'jaan Rom yg menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian & para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yg tegar menganut agama Kristian & aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. 

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar & menyebar agama tersebut di kalangan banduan2 penjara di samping membantu tawanan2 penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II & beliau memerintahkan St. Valentine diseksa & akhirnya dihukum bunuh pd 14 Februari. 

Pengorbanan yg dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sbg 1 pengorbanan yg besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dgn Jesus yg dianggap oleh penganut Kristian mati krn menebus dosa yg dilakukan oleh kaumnya. 

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yg bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu). 

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yg muda & masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dgn mereka yg telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dgn keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda2 Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pd 14 Februari 269 M.

Pendapat ke-3: Ia dirayakn sempena kejatuhan k'jaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dlm usaha menjatuhkan k'jaan Islam pd masa itu. Disbbkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol & dianggap pd hari itu hari kasih sayang krn mereka menganggap Islam adalah agama yg zalim.

Pendapat ke-4: Sambutan hari Valentine ini bersempena dgn sifat burung yg musim mengawan burung yg jatuh pd 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi org Inggeris.
Kita dpt melihat dgn jelas bhw asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dgn budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine

Sebagaimana yang termaktub di dlm al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yg disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha. 

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki 2 hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dgn menyambut hari2 perayaan yg diiktiraf oleh Allah & Rasul-Nya khusus utk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bg umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dlm kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yg mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari2 perayaan yg langsung tidak berkaitan dgn umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yg sedang kita perbincangkan ini.

Terdapat larangan drpd Baginda s.a.w. utk meniru budaya orang bukan Islam & bagi mereka yg meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akn tergolong bersama dlm golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dlm merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud utk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bhw org itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut2an kpd org lain, maka org itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yg bersidang pd 22-24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”. 

Harus kita ingat bahawa golongan yg memusuhi Islam, akn sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dlm jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jln yg lurus lagi diredai Allah SWT

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

Rujukan: dari bicara agama utusan malaysia.

Lalu bagaimana dengan ucapan “Be My Valentine?”

Ken Sweiger dalam artikel “Should Biblical Christians Observe It?” (www.korrnet.org) mengatakan kata “Valentine” berasal dari Latin yang berarti : “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa”.

Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Maka disadari atau tidak, -tulis Ken Sweiger- jika kita meminta orang menjadi “to be my Valentine”, hal itu berarti melakukan perbuatan yang dimurkai Tuhan (karena memintanya menjadi “Sang Maha Kuasa”) dan menghidupkan budaya pemujaan kepada berhala. Dalam Islam hal ini disebut Syirik, yang artinya menyekutukan Allah Subhannahu wa Ta’ala.

Adapun Cupid (berarti: the desire), si bayi bersayap dengan panah adalah putra Nimrod “the hunter” dewa Matahari. Disebut tuhan Cinta, karena ia rupawan sehingga diburu wanita bahkan ia pun berzina dengan ibunya sendiri! . Layaknya seorang muslim segera bertaubat mengucap istighfar, “Astaghfirullah”, wa naudzubillahi min dzalik. (Dari berbagai sumber).

p/s : kerna itu kita dilarang meraikan Valentine's Day kerana akan banyak2 bayi yg tidak berdosa akan dibuang selepas 9 bulan.....wallahualam

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

IKLAN