IKLAN

27 Mei 2011

Aku Cinta Kamu ( Aishiteru ) OST Cinta Melody - Zivilia


Menunggu sesuatu yg sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu


Entah sampai kapan
Aku harus menunggu
Sesuatu yg sangat sulit 
Tuk kujalani


Hidup dalam kesendirian
Sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

c/o


Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku


Kekuatan cinta kita
Takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru


Gelisah sesaat saja
Tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku sia sia
Dan berikan satu jawaban pasti


Entah sampai kapan
Aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yg kau rasakan...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

26 Mei 2011

Singgah Makan kat Sekinchan

On the way balik dari Banting lepas tgk mak tuh, kitaorang plan nak singgah Bukit Melawati. Tapi hari pun gelap dan macam nak hujan so tak jadi singgah, takperlah mungkin next time boleh singgah kot. Tapi sekarang kereta dah takleh naik, kena naik tren yg diprovide tu entah berapa tambang eh.

Kalau lalu area Sekinchan ni memang seronok tau sbb kita boleh tgk kiri kanan diorang jual macam-macam ada.

Selesai beli buah tangan tuh kitaorang pun singgah makan jap, nak makan ikan bakar tp mana kedai ikan bakar bukak siang-siang kan, so makan yg biasa-biasa sudah...

Kedai ni tepi jalan jer tau, ada berderet gerai tp bukan semuanya bukak. Sudahnya kami singgah yg paling ujung sekali sbb senang nak parking kereta.
Walau rupa gerai tu agak buruk tp makanan gerai tu sedap tau..tak cer tengok, cer tengok..


Bihun sup sedap


Nasi Goreng Ayam yg mabeles

Lain kali kalau sy lalu lagi, mesti sy singgah ...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pantai Morib, Banting Selangor

Hari jumaat lepas, sy dan family terus siap siap sbb mau ke Banting, Selangor. Tujuan utama sbb nak tgk mak yg masuk wad di Hospital Banting.

So, sampai pun dah lewat malam jadi tidur sajalah malam tu kat rumah kakak.
Nak melawat mak tu pukul 12.30 tgh hari baru boleh masuk so sebelum tu singgah kejap kat pantai morib nih, lama dah tak datang sini org pun tak berapa ramai, mungkin sbb awal lagi kedai pun tak banyak bukak...

Layan gambar yg sempat disnap oleh hp buruk sy...

>> Pandangan dari depan <<


>> Tenang saja kat sini <<


>> Layang-layang yang beranika warna dan corak yg kecil rm5 - rm12 <<


>> Kain baju agak nipis jadi sy tak beli <<


>> Depan laut <<


>> Betapa gembiranya mereka dapat main layang-layang kat sini <<

>> Memang sesuai utk bersantai dengan keluarga <<

Pendek kata, sy gembira berkunjung ke sini tambahan pulak cuaca pun redup jer dan org pun tak ramai jadi selesalah nak duduk kata mana mana pun.

Sekian.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pulau Payar Marine Park <<--- sy teruja !!!

If you are looking for a marine park at the west coast of Peninsular Malaysia, head for Pulau Payar Marine Park which is located 19 nautical miles south of Langkawi Island. If you are coming from Penang Island, it is located 32 nautical miles north of Penang Island. It is also approximately 15 nautical miles west of Kuala Kedah. This island still remains unspoilt until today due to its status as a marine park. 

Being a marine park means that you are not allowed to do the followings:
  • No fishing or killing of fish.
  • No collecting of corals or other marine organisms.
  • No collecting of sand, dead shells or dead corals.
  • No polluting or littering.
  • No anchoring on reefs.
  • No building or erecting any type of structure on the water.
Keeping strictly to these rules and regulations will ensure that this park will remain unspoilt for many years to come. Comprising an uninhabited islands of Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Kaca and Pulau Segantang, this park is surrounded by coral reefs and many kinds of endangered marine species. Payar Island is the biggest island in this park measuring 2 km by 1/4 km. The Marine Park Centre which provides information on the marine park is located in Pulau Payar. 
 
Things To Do Here
 
Snorkelling, swimming and scuba diving are the main activities that you can do here. Being a marine park means that most of the marine life and vegetation in the sea are still thriving here. The popular diving site is known as Coral Garden and is located at the south-west of Pulau Payar where you will be able to see the bright and multicoloured soft corals. The fascinating feature of this park is that there are many artificial reefs built from old boats, concrete blocks and tyres that have developed into mature reefs with plenty of sea creatures around them. Visibility on a good day can go up to 15m.
Jungle Tracking is another activity that you can do over here. There are 2 trails that you can use to explore the flora and fauna of Payar Island.

The crystal clear water at the Pulau Payar Marine Park

Baby Shark Feeding will be a memorable experience to do for you and your children.

Floating Platform is designed for those who does not want to wet their bodies but still want to enjoy the marine life here. It is a platform called Coral Langkawi which is moored off Pulau Payar. Measuring 49 m by 15 m, you will have to book a package tour in order to have the privilege of using it. It has a tunnel shape chamber at the bottom of the platform 10 feet below the sea. There are also boats which have glass bottom for you to see the marine life and corals as you move along the coral gardens. This platform is also equipped with a snack bar, a dining area and a sunbathing area. 

Other facilities provided in this park include picnic tables, barbecue pits, gazebos and restrooms.

sy sangat teruja tau, tak sabar nak tgk sendiri !!!
padahal sy tak tahu snorkeling dan berenang, camner ??
 
info lanjut boleh klik kat sini
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

25 Mei 2011

Yuran PJJ @ USM


Semalam sy ke CIMB Bank dengan Aida kerna mau bayar yuran pjj, biasalah last-last minute jugak bayar...dah kata gatal nak belajar lagi kan kenalah bayar yuran, yuran tidak berulang campur ngan yuran berulang adalah RM1,776.00. 

Kalau dapat buat shopping memang nikmat tak terhingga kan, takperlah mana tau rezeki sy lebih lagi lepas nih...

Selesai urusan bank tu kami singgah kat Pizza Hut, mana taknya dah lama tak keluar berdua so banyaklah hal yang mau disembangkan...hehe

Disebabkan lapar, sekeping gambar pun takdak...ater tengah2 dok sedap makan baru si Aida ni cakap " eh..ko takmo ambik gambar ke ?? " sy balas balik " takyahlah , pinggan pun dah nak licin...hehe " terus sambung makan balik dengan tak pandang kiri dan kanan...

Sekian...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pizza oh Pizza

Aktiviti ahad lepas dengan anak dara...yer yer sy dah ada nak dara kan, alaa..baru umur 10 tahunlah...

Tetiba pulak rasa macam nak makan pizza tp yang sendiri buat tau, jadinya pagi ahad tu berkocoh-kocohlah ke Tesco nun sbb nak membeli bahan..Tesco kan bukak pukul 8 jadik takder hal punya..hehe
Macam-macam bahan dibubuh, kan nak bagi penuh kalau berniaga ini kompom rugi tau...hikhik

cer tengok...cer tengok...

Ada sosej, tuna, mix vege, chicken slice dan yg paling adalah mozarella cheese...ini taruk sesikit sudah sbb mahal ok...sedihhh


Tengah bakar...ko bakarlah lebih kurang 15 - 20 minit, lebih nanti garing sangat dan keras pulak bahan atasnya...

 
 Taraaaaaa....bolehlah ngap ngan cili sos tp kalau ko terer makanlah dengan tabasco..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Antara Tempat Menarik di Langkawi Untuk di Terjah

Memandangkan sy nak bercuti2 ke Langkawi pada cuti sekolah yg akan datang maka sy nak cover tempat-tempat menarik di Langkawi yg belum sy sempat pegi 2 tahun lepas, antara tempat tu adalah :

Tanjung Rhu Langkawi
Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang .

Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.

Pantai-pantai di Langkawi - Pantai Chenang adalah tempat pilihan sy setiap kali ke Langkawi...
Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.. Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.

Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut .

Taman Laut Pulau Payar Langkawi - sy tak pandai snorkeling apatah lagi berenang ikan...
Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang ..Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan berenang .Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai aman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju .Perjalan mengambil masa kira-kira 45minit.

Kuah- Langkawi - syurga beli belah...
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi nama 'Kuah'.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan berbag .ai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut

Makam Mahsuri Langkawi - dah pernah pegi...
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .
Opening hours: Daily, 7.30 am - 6 pm

Kampung Air Hangat
Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah .Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat disini..
Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm

Langkawi Anna & The King Gallery
Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'.Dibina keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar negeri ,istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam .

Langkawi Oriental Village
Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah ,kebudayaan dan masakan yang terkini dan unit di Pulau langkawi.Direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-belah di pulau peranginanan bebas cukai ,ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia

Oriental Village menawarkan lebih daripada 470jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan serta 17000 jenis barang pasti memukau mata para pengunjung.Pertunjukan kebudayaan dan fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ .Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car ,aktiviti menunggang Gajah dan Telaga Tujuh ,.
Opening hours: Daily, 10 am - 10 pm

Underwater World Langkawi - ini pun dah pernah masuk...
Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm

Pelayaran ke pulau pulau - harap-harap kali ni sempat...
Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan .Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting ,Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar .Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut .

Taman Buaya Langkawi
Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih kurang 32km dari pekan Kuah .Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai .Jika bernasib baik ,para pengunjung akan menikmati pertunjukkan keberanian manusia bermain dengan buaya pada jam atau waktu tertentu .
Opening hours: Daily, 9 am. - 6 pm. Tel : 04-9592559

Dataran Lang Langkawi
Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..

Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .

Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi .

Galeria Perdana Langkawi
Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr. Mahathir dan isteri .Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal ,barangan kulit,perak,tembaga,seramik dan kaca.Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil dan senjata .Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda .

Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar didalam galeri ini.Sebuah kedah cenderahati terletak di galeria tersebut menjual gambar gambar bahan pameran yang di pamerkan.. Opening hours: Daily, 10 am - 5 pm; Public/school holiday, 9 am - 6 pm; Friday, 10 am - 2:15 pm & 3 pm - 5 pm.Phone : 04-9591498

Laman Padi Langkawi
Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian .Terletak di Pantai Cenang ,kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10minit dariLapangan Terbang ,Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan sejarah ,warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara .

Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak ,carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara.Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung .Anda boleh cuba menanam padi menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden .Terdapat juga restoran serta pusat urut disitu .
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm.Telefon : 04-9553415

Taman Legenda Langkawi
Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia dan bahan bahan kebudayaan .Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini .
Opening hours: Daily, 8 am - 11 pm

Komplek Budaya Kraf Langkawi
Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi ,kira kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah .Terletak di atas bukit mengadap laut ,komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus . Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm.Tel : 04-9591913


Tasik Dayang Bunting Langkawi
Tasik Dayang Bunting terletak disebelah selatan Pulau Langkawi ,dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di kepulauan Langkawi .Deretan bukit dan gunung di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring.Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulung puteri tersebut mati selepas di lahirkan .Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa mulai dari saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik itu .

Sungai Kilim Langkawi
Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali .
Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih .

Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman Gantung.Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda .

Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells) - penat giler tau nak sampai atas weii...
Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda ,puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.

sumber dari sini... 

Walaupun perjalanan agak leceh tp tetap seronok tau, so jom ramai2 pegi Langkawiiiii !!!!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

20 Mei 2011

Frust dgn AirAsia terus pilih Fireflyz !!!

Sebenarnya lambat lagi mau pegi, tapi sudah tak sabar mau bagitau dgn kengkawan. Ini plan untuk bulan 10 <<--- poyo lah kan awal2 sudah kasi tau mcm ada yg kesah..hehe

Dulu pernah shout kat FB yang saya mau booking flight tiket ke .... masa tu tak bagitau pun kemana just bengang sebab nak booking ngan AirAsia tapi tak lepas-lepas, tension tau...
Masa tu harga tiket adalah murah juga dan terus tak pikir duaploh kali terus semangat mau booking. Disebabkan hal payment yg tak lepas itu terus sy tukar ke Fireflyz dan tak sampai 10 minit saja dah siap booking <<--- sendirik bangga...hik2

Plan yg sy pilih adalah dekat2 saja dan tak sampai sejam pun perjalanannya..katanyalah, kalau lebih dari itu, kita pasrah sudah....
Sy mau bercuti ke Medan, Indonesia...kata tight on budget kan, jadi haruslah pilih tempat yang murah gitu...hehe

Kemudian minggu lepas sy check balik kat website AirAsia dan Fireflyz...harga untuk pakej tu dah naik lebih kurang 20 % gitu, harga pakej yg sy dapat adalah RM600.07 - flight ticket return utk 2 org, Hotel di Asean International selama 2 malam termasuk breakfast, harga pakej dah tentu lah termasuk dengan segala surchangenya, nak2 lagi sekarang fuel surchange pun dah ada...
Jadinya sy sudah tak sabar mau terbang ke sana melalui Penang Airport, sebelum tu sy mau ke Langkawi dulu..plan asal adalah bulan 12 tp disebabkan bebudak pun sudah tak sabar mau naik feri dan mandi laut, haruslah dicepatkan gitu <<--- mcmlah kat sini takder laut...matik sungguh !!!

Eh eh ! panjangnya....cukuplah dulu...tatatititutu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Burung Puyuh yang Rangup


Hari sabtu yg lepas, aku turun lewat sket dari biasa sbb ingat mau repair kereta, minor problem saja. Masa keluar dari pintu besar opis tu terserempak dengan sorang staff nih, pastu dia offer mau beli burung puyuh tak. Aku pun angguk laju2 sambil keluarkan duit, harga ? kalau kat luar pun sama jugak, mcm kat pasar malam pun sama, 4 ekor - RM10.00...ingatkan dapat murah..ceh

 
Balik rumah tu terus cuci burung puyuh dan terus mau goreng tepung. Selalu pun buat macam tu jugak, kalau beli kat luar sekor adalah RM3.00 yer..kebetulan hari pun hujan agak lebat, jadinya duduk rumah dendiam sambil kruk krak depan TV layan movie hindustan yg tak best. Bukak channel 108, 103, 102, semua cerita pun adalah tidak seronok, jadi layan saja cerita yg ada sambil mengunyah burung puyuh yg sangat rangup itu...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

14 Mei 2011

Sushi Tokyo Set

Lama giler tidak berentry disini, tatau napa..lost soul kot ? heh

Sumpah aku sebenarnya tak pernah makan benda-benda cenggini, rasa macam tak leh lalu kat tekak jer..tp itu hari tergoda nak cuba setelah baca kat blog favourite aku, klik sini nak tau siapa okeh...

Jadinya petang tu jugak aku laju laju singgah Tesco sebab nak beli sushi nih...

Bervariasikan sushi tu, tatau nak pilih mana satu..lagaknya mcm dah pandai makan sangat nak tanya budak yg jual tu nampak cam aku ni jahil sangat so pilih pilih jelah...tetiba nampak set yg dipek2 semua ada dalam tu..ebiko pun ado tp sampai kesudah aku tak leh telan, dok pegang-pegang pastu dok pikir nak makan tidak nak makan tidak..sudahnya aku simpan dalam peti ais pastu esoknya aku buang jer...


Nampak gayanya kena beli dan makan selalu barulah rasa nikmat tu kan sbb masa makan tu aku tak rasa apa2 pun melainkan rasa masam dan masin jer, nak nak pulak aku pi celup ngan kicap shoyu tu.

p/s : balik nanti nak belilah sushi lagik...apa favourite sushi korang ?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

27 April 2011

La Iqro Ha Fiddin

Petang semalam masa sampai rumah, aku laju2 on TV..tgk channel 105 cerita drama La Iqro Ha Fiddin..memula rasa cam malas nak tgk sbb banyak kerja mau buat tp bila tgk lakonan Syarifah Amani dan Zackery Francis terus aku duduk dan layan sampai abis, ingatkan mau jadi penonton yg hati batu tapi tak menahan ok terus sob..sob..sob..sedih..credit pada blogger ini..

Sinopsis :

Dr Edward (zack ) seorang pemuda beragama kristian, bertugas di klinik desa Paloh Hinai (saya tahu kpg paloh hinai ni sebuah pekan kecil di pahang. kawan lama semasa saya belajar dulu tinggal di kpg paloh hinai ini) di kampong ini, Dr Edward berkenalan dengan nurlia (amani) anak kepada pak imam Taha, seorang gadis yang kuat pegangan agama islam , seorang guru mengaji al quran.

perkenalan mereka akhirnya membuahkan perasaan cinta . persahabatan mereka tidak disenangi oleh samiri ( fauzi nawawi), bekas tunang nurlia. samiri mula membuat fitnah dan angkara jahat kerana cemburu melihat persahabatan antara nurlia dan dr edward. dr edward seorang doktor yang dihormati di kampong itu dan dia diterima oleh semua org kampong disitu kerana sikap baiknya yang menolong semua orang yang memerlukan khidmatnya tanpa mengira agama, kaum dan bayaran pun. doraisamy yang buta matanya dan madam chong pesakit buah pinggang antara pesakitnya yang telah banyak dibantunya.

dr edward telah menyatakan isi hatinya pada nurlia. dia pernah kehilangan orang yang disayangi dulu , nurlisa. bekas isterinya yang telah meninggal dunia. dan kini dia meluahkan isi hatinya pada nurlia:

dr edward:
ada sesuatu yang ingin saya dapatkan dalam dunia ini, tapi saya rasa mustahil saya akan mendapatkannya ...

nurlia:
hmmm apa dia yang awak tak dapat dalam dunia ini sehingga awak terpaksa mencuri untuk mendapatkannya?

dr edward:
hati awak...

dr edward akhirnya menemui pak imam taha dan mengetahui bahawa nurlia adalah pengidap barah hati yang sangat kronik. sebab itu nurlia menolak cinta dr edward kerana dia tak nak mengecewakan dr edward kali ke kedua kerana dia juga akan mati kerana penyakitnya itu.

pak imam Taha:
La Iqro Ha Fiddin, tiada paksaan dalam agama islam...
(hanya sekali ayat ni diucapkan kalau tak silap saya)

dr edward:
saya berjanji tak akan meninggalkan awak kerana saya cintakan awak dan awak cintakan saya...

dr edward telah menemui sister elizabeth, penjaga gereja di kampong itu ( nama apa dah lupa, heheh..) dan menyatakan rahsianya bahawa dia telah jatuh cinta dengan agama islam dan telah memeluk agama islam dengan nama islamnya ialah Daud. dia juga telah meninggalkan 4 keping surat kepada sister itu dan berpesan sekiranya apa2 berlaku padanya. 1 surat buat doraisamy. 1 untuk madam wong, 1 untuk nurlia & 1 lagi untuk siapa? lupa dah, huhuhu...

di suatu kawasan bukit tinggi, dr edward didatangi samiri dan akhirnya dia jatuh dari bukit kerana ditolak oleh samiri ( cam tak logik dan pelik jer adegan ni ) dan meninggal dunia. adakah dr edward tahu dia akan mati atau dia memang berniat untuk membunuh diri? tetapi dia mati kerana ditolak oleh samiri dan samiri akhirnya di tangkap polis.

nurlia:
kenapa jalan ini juga yang awak pilih.
( kenapa nurlia berkata begini? dr edward bunuh diri ke? . disini buat saya tertanya2 pulak. sedangkan samiri kena tangkap polis, dah sah2 ada adegan samiri menolak dr edward tadi. hahah... ) logik ke?...

akhirnya...
dirumah pak imam Taha, status dr edward telah diketahui . dia mati sebagai seorang muslim. Daud meninggal dengan hatinya di dermakan untuk nurlia, matanya didermakan kepada doraisamy dan buah pinggangnya untuk madam chong.

sekian sahaja telemovie La Iqro Ha Fiddin (tiada paksaan dalam agama islam). bagi saya ianya sebuah drama berkisahkan kisah cinta antara dua org yg berlainan agama dan bangsa. juga memaparkan sikap2 murni yang ada dalam ajaran agama tak kira agama apa pun. sikap -ve samiri ( teringat saya dengan nama samiri = nama asal dajal mata satu yang saya baca , kalau tak silap sayalah) yang ditonjolkan bukan kerana pegangan agama yg kuat dipegangnya, tapi kerana cemburu, cintanya tak berbalas.

Walaupun sy tahu drama ini sudah lama ditayangkan tp sy bukanlah penonton tv tegar ok..
 
Yang pasti drama ini tidak cliche yg mana ending mesti bahagia dan bersama akhirnya...
 
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

23 April 2011

Biskut Cornflakes Madu yg mudah !!!

Kisahnya cornflakes ni dah lama betul aku beli kat Tesco nun...pastu minggu lepas cam teringin pulak nak buat cornflakes madu nih mentelah semua barangnya pun ada,kita buat ikut yg mana ada sajalah tau, biskut ni pulak takderlah renyah sangat nak membuatnya tak perlu guna mixer segala kacau-kacau saja kekdahnya...tak sampai sejam pun dah siap, anak sy pun pandai buat...hehe..kalau suka boleh pelbagaikan bahan2nya...

Balance cornflakes tu ada lagik dalam setengah paket so kita kasi sesah petang nih, mmg sedap tau dok kunyah2 biskut nih tak perasan abih setengah balang...haha
CORNFLAKES MADU BERKISMIS

Bahan-bahan :
  • 1/2 paket cornflakes
  • 1 cwn kismis hitam - ikut suka
  • 1 cwn badam - dibakar dulu
  • 1 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn madu
  • sedikit bijan - disangai
  • 1/2 cwn walnut cincang - dibakar
  • 1/2 ketul buttercup
  • Coklat rice - buat hiasan
  • Papercup kecik secukupnya
Cara membuatnya :

  • Cairkan butter dalam kuali, pastu masukkan gula, madu dan semua bahan. Kacau rata dan hiaskan dengan coklat rice.
  • Masukkan dalam papercup dan bakar dalam anggaran 4-5 minit.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

21 April 2011

Lega dapat makan pulut durian...


Dua minggu lepas sy dilanda batuk yg sangat teruk, jadi hajat nak makan pulut durian terpaksa ditunda dulu...keinginan tu makin menjadi2 bila tgk mya ngan syafiela dok buat entry tentang durian nih...

Jadinya, minggu lepas batuk sy dah kurang sikit jadi sy mintak En Wan pegi beli durian kat lorong depan, buah yg dibeli cuma sebijik jer tp besarnya bersamaan 3 bijik buah durian..begitulah kekdahnya..
Sy dah mmg tak sabar terus kopek sendirik buah durian tu pastu kukus pulut sbb nak makan ngan kuah durian..

kelihatan seperti kicap kann tp bukan kicap yer tp gula melaka yg dah dicairkan..ater nak bagi sedap kan..lega dapat makan, sy mmg kurang makan buah durian yg cenggitu melainkan dimasak dulu tak kesahlah buat bubur ker, pengat ker...apa2 jer janji masak dulu..

Terasa-rasa macam nak makan bubur kacang ngan durian pulak petang nih .....


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

20 April 2011

Saya mau belajar lagik !!!


Assalam semua...

Bulan 4 sudah mau abis tp ini baru entry ke-2 utk bulan ini, tak kesahlah janji sy bahagia...heh..tetiba saja mood menaip jatuh merudum 2-3 minggu kebelakangan ini, taktau napa..tp ari nih mau cerita sy mau belajar lagik, tak pedulilah masa ada ka, masa takder ka, kita yg carik masa tu bukan masa carik kita..betul tak *angguk jelah..*sy akan daftar pada bulan june nanti kat USM, bakal berkampung kat sana dalam 4 hari, kalau sempat kita sesah char koey tiaw ka, pasembor ka, nasi kandar ka..hehehe..so, lepas ni mungkin struggle balik dgn assignment, paperwork dan segala jenis buku lah..walaupun begitu, sy masih sempat lagi booking utk satu package percutian ke satu destinasi ni..kemana ? bila sampai masa sy akan reveal...ok dah..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 April 2011

Mengapa Wanita Melayu Kini Gemuk-gemuk?

Salam sayang semua...


Hampir 2 minggu sy tak update blog, banyak perkara yg baik berlaku sepanjang 2 minggu yg lepas tp kemudianlah sy cerita...jgn marah sy kalau baca artikel nih sbb ini sy dapat dari kawan dan sy anggap sebagai motivasi bukan untuk memburukkan sesiapa...


Masalah kegemukan di kalangan wanita Melayu Singapura (Malaysia juga) telah mendapat perhatian sejak lebih sedekad yang lalu, tetapi hingga kini ia kelihatan masih meluas.

Berjalan-jalan di Geylang Serai, misalnya, atau di kawasan-kawasan yang ramai orang Melayu, memberikan gambaran sedemikian.

Daripada kalangan sejumlah wanita Melayu di tempat-tempat ini, pasti akan ada beberapa orang yang menyerlah kehadiran mereka kerana berat badan yang berlebihan atau obes.


Ia satu senario yang sungguh jauh berbeza daripada era sekitar 30, 40 atau 50 tahun lalu, apabila wanita- wanita Melayu lebih dikenali kerana kelangsingan tubuh dan kerampingan pinggang mereka, apatah lagi jika berbaju kebaya.

Sebagaimana langsing dan ramping seniwati-seniwati filem Melayu lama, begitulah wanita-wanita Melayu pada ketika itu.

Jika ada pun mereka yang agak gempal pada masa lalu, mereka biasanya sudah separuh umur, tetapi kini, ramai wanita Melayu yang masih muda dan belum berumah tangga pun, berkeadaan obes.

Maka, ini menimbulkan persoalan: Mengapa wanita Melayu dahulu dapat menjaga kelangsingan tubuh tetapi sekarang bentuk tubuh mereka 'membuak-buak'?

DULU BANYAK KERJA, KURANG MAKAN

Beberapa orang yang dihubungi Berita Minggu berkata, wanita dahulu umumnya, banyak menggunakan tenaga dan mengeluarkan peluh dalam kehidupan seharian mereka.

Mereka bagaikan bersenam setiap hari.

'Anda tanyalah ibu bapa atau datuk nenek anda. Wanita kita dahulu, kalau membasuh pakaian, mereka gunakan tangan. Mereka berus dan sental pakaian yang dicuci itu dengan sabun buku sampai berpeluh- peluh... setiap hari.

'Setiap pagi dan petang, mereka mengemas rumah dan menyapu halaman dengan penyapu lidi.

'Pasar masa itu pula jauh dari rumah. Setiap pagi kita boleh lihat ramai wanita kita menggendung bakul, berjalan kaki ke pasar sampai mengeluarkan peluh yang banyak.

'Baik juga mereka jalan kaki. Paling banyak, mereka naik beca,' kata seorang wanita berusia 60-an tahun yang tidak mahu namanya disebutkan.

Taraf kehidupan yang lebih rendah pada masa lalu juga bermakna orang Melayu ketika itu kurang makan dan mereka juga tidak bergantung kepada pembantu rumah untuk melakuan kerja-kerja rumah mereka.

Makanan seharian mereka pada masa itu hanyalah nasi, sayur dan ikan... ada masanya cuma nasi dan kicap sahaja.

Daging dan ayam, pada masa itu, merupakan makanan mewah yang hanya dapat mereka nikmati sekali-sekala.

Mereka makan di luar hanya apabila dapat gaji pada penghujung bulan. Itupun tidak ramai yang mampu berbuat demikian.

SEKARANG BANYAK MAKAN, KURANG KERJA

Dapatan daripada Kajian Kesihatan Nasional (NHS) tahun lalu menunjukkan terdapat peningkatan pada kadar kegemukan atau obesiti di Singapura - daripada 6.9 peratus pada 2004 kepada 10.8 peratus pada tahun lalu atau tambahan 0.6 peratus setiap tahun.

Seawal tahun 2001, perkara ini sudah diketengahkan menerusi Kajian Kesihatan Nasional 1998 yang menunjukkan masalah kegemukan paling tinggi di kalangan wanita Melayu (23.7 peratus), dan kemudian meningkat kepada 36.9 peratus pada 2005 setelah kiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI) disemak semula.

Kenapa demikian?

Pakar-pakar kesihatan mengatakan, mereka lihat gaya hidup wanita sekarang sudah banyak berbeza daripada wanita dahulu.

Wanita Melayu sekarang umumnya tidak menjaga pemakanan dan tidak bersenam atau bergerak aktif secara fizikal.

Ini termasuklah tabiat masih suka masak dan memakan makanan berminyak dan berlemak, kerap mengadakan jamuan makan di rumah atau menghadiri jamuan makan di majlis kahwin atau kenduri-kendara, memilih untuk menjamu selera daripada melakukan aktiviti fizikal ketika beriadah di tepi pantai, dan suka melakukan santapan jauh malam atau supper di luar walaupun sudah makan malam.

'Cakap mudahnya, orang kita sekarang banyak makan, makan, makan...' kata seorang pakar pemakanan di sini.

Menurut Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), makan di luar dapat dikaitkan dengan peningkatan masalah obesiti ini, selain daripada corak kerja yang lebih bersifat sedantari atau tidak banyak bergerak yang dilakukan kian ramai penduduk Singapura (sekitar 52 peratus).

Kajian Pemakanan Nasional 2010 menunjukkan 60.1 peratus penduduk Singapura makan di luar, berbanding dengan 48.8 peratus pada 2004.

Cik Farah (bukan nama sebenar), 39 tahun, adalah antara mereka yang suka makan di luar bersama keluarganya pada hujung minggu.

Pada hari Sabtu dan Ahad itulah dapur beliau tidak akan berasap kerana beliau tidak akan memasak. Sebaliknya, bersama suami dan dua anak remajanya, Cik Farah akan makan di luar.

'Kami akan sarapan, makan tengah hari dan makan malam di luar,' kata Cik Farah, yang mengakui seronok melakukannya kerana ia mengeratkan lagi hubungan kekeluargaannya.

Tetapi, tanpa disedarinya, berat badannya semakin hari semakin bertambah, dan beliau percaya ia gara-gara kebiasaannya makan di luar tanpa mengambil kira sama ada makanan itu menyihatkannya atau tidak.

Dari segi senaman pula, antara sebab-sebab ramai wanita Melayu tidak melakukannya termasuklah 'tiada masa' yang merangkumi sebab 'menjaga anak atau cucu.'

Dua sahabat baik, Cik Siti Asha Bani, 56 tahun, dan Cik Rokiah Salleh, 55 tahun, pernah aktif dalam Kumpulan Jalan Pantas Simei sedikit masa dahulu.

Namun, atas sebab- sebab keluarga, mereka meninggalkan senaman itu sejak lebih lapan tahun lalu.

Cik Siti Asha tidak menyertai kumpulan itu sejak menimang cucu.

'Dah sibuk dengan kerja jaga cucu, mana ada masa nak keluar bersenam macam dulu ramai-ramai?

'Pada masa yang sama, saya juga perlu pastikan suami saya yang menghidap masalah dijaga keperluannya,' kata ibu enam anak dan nenek kepada 11 cucu ini.

Namun, beliau akur semenjak berhenti bersenam secara kerap, berat badannya bertambah dan ini menyebabkan kakinya mudah penat jika berjalan jauh.

'Apabila berjalan lama sikit, saya perlu duduk kerana kaki mula lenguh, tak seperti dulu masa badan tak terlalu berat, saya boleh jalan pantas dan lebih jauh,' katanya yang kini mempunyai berat badan sekitar 78 kilogram.

'Dulu semasa bersenam, berat badan saya sekitar 60 kilogram dan saya juga rajin jaga makan.

'Tapi, kini setiap hujung minggu anak-anak akan datang ke rumah untuk berkumpul dan kami akan habiskan masa makan bersama kerana itulah satu cara mengeratkan silaturahim,' tambahnya.

Apabila keluar bersantai dengan keluarga pun, kata Cik Siti Asha, yang menghidap paras kolesterol tinggi, acara mereka ialah makan.

'Kami pergi juga ke pantai. Sampai pantai, duduk. Kemudian makan,' katanya.

Cik Rokiah, nenek empat orang cucu, pula berkata meskipun berat badannya kini 75 kilogram berbanding 80 kilogram beberapa tahun lalu, beliau masih menganggap berat badannya itu berlebihan.

'Saya rendah orangnya. Jadi, 75 kilogram masih berat. Berat badan saya turun sikit selepas saya jalani empat pembedahan,' katanya.

Beliau telah menjalani dua pembedahan di perut akibat masalah hernia dan dua lagi di kededua belah tangan akibat masalah pergerakan.

'Dan lebih buruk lagi sebelum pembedahan, saya hidap sakit darah tinggi kerana mungkin rasa tertekan akibat pembedahan yang akan dijalani,' ujarnya.

Cik Jamaliah Sulaiman, ibu tiga orang anak dan dua cucu, pula risau kerana berat badannya mudah naik dan turun seperti yoyo.

Berat badannya pernah naik ke 68 kilogram, kemudian 76 kilogram sebelum turun semula kepada 72 kilogram.

Cik Jamaliah, 56 tahun, percaya, masalah berat badannya itu ada kaitan dengan kebiasaannya suka keluar malam dan makan bersama suaminya.

'Suami saya sudah bersara. Jadi, pada sebelah malam apabila terasa nak keluar berjalan, kami keluar saja. Kalau dah keluar, ke kedai makanlah jawabnya.

'Biasanya kami makan selewat 11 malam dan pernah juga selewat 2 pagi. Dah makan, kami pulang, duduk sebentar lalu tidur,' katanya. 
 
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

IKLAN