IKLAN

17 Ogos 2010

Spagetti...Spagetti....

Dina ngan Baby...tak tahu ler ngape dipanggil baby walhal bukan baby lagi..hehe
Minggu sebelum posa ari tu, my doter dpt jemputan ke majlis harijadi Dina, budak ni kak Zah dpn rumah aku yg bela..mak bapak dia keje kat Maybank Sitiawan. So aku pun tumpang sekaki ler..dah nak bawak anak aku pegi, aku kena ler ikut jugak, kelam kabut ler pergi Billion nak cari hadiah, abih, takkan nak pegi melenggang jer weii...ni gambar budak yg sambut harijadi tu...
Yg aku nak citer sebenarnya bukan pasal budak tu, tp pasal makanan yg aku makan kat rumah budak tu, menu dia, nasi tomato, spagetti bolognese, bihun goreng, kuih karipap, seri muka, agar2, puding berkuah...dah semestinya cup cake ler...
Dalam byk2 makanan tu, aku berkenan sungguh ngan spagetti bolognese dia...sedap tul...pastu teringin lak nak buat, tangguh punya tangguh, sampai ler masuk bulan posa....hari ahad yg lepas teringin pulak nak buat spagetti bolognese..aku pun cari sumer bahan2, maka....tadaa....
Spagetti Bolognese
 Spagetti Bolognese

Bahan-bahan :-

1 pek Spagetti jenama San Remo
450 gm Daging Kisar ( beli kat supermarket jer )
1 tin Sos Prego ( 250 gm )
1 senduk Cili Kisar
1 senduk Sos Cili
Brokoli ( ikut suka nak letak byk mana )
2 labu Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1 biji Telur Ayam ( kalau suka, nak bagi kuah pekat )
1 senduk Tomato Sup / Puree
Garam / Gula / Serbuk Perasa
Sedikit Butter / Minyak ( pun boleh tp spagetti tak wangi )

Cara-cara :-

1) Didihkan air dalam periuk, bubuh 3 sudu butter ngan garam 2 sudu.

2) Masukkan spagetti, rebus sampai kembang dan lembut.

3) Tumiskan bawang besar, bawang putih yg di kisar.

4) Masukkan cili kisar, cili sos, masak sampai wangi, pastu masukkan sos prego.
5) Lepas tu, masukkan daging kisar dan air..agak agak ler..
6) Bila kuah dah agak pekat, masukkan brokoli dan bwg besar potong bulat-bulat sbb tak    mau sayur tu overcooked.
6) Akhir sekali, bolehlah masukkan garam, gula, serbuk perasa dan telur jika suka.

tadaaa....dah siap pun Spagetti Bolognese...senang kan..

Spagetti Bolognese ciptaan ku...



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 meluahkan rasa:

IKLAN