IKLAN

17 Ogos 2010

Resepi Nasi Daging

Ari tu aku dah janji kan nak bagi resepi Nasi Daging yg aku berjaya buat, walaupun rasanya tak setanding yg pakar tapi kira sedap lah bagi aku yg first time buat nih...

Inilah rupa Nasi Daging tu...

 kalau korang nak tau, bawang goreng tu aku buat sendiri, konon nya nak lebih sedap...mmg sedap per...hehe...aku letak resepi kat bawah ni pandai-pandailah korang salin yee....


Nasi Daging

Bahan-bahan : 


3 cwn beras ( resepi asal guna beras basmathi )
1/2 kilo Daging Batang Pinang
1 cwn Tomato Sup ( bkn tomato puree yee )
1 cwn Susu Cair
3 cwn air rebusan daging
3 helai daun pandan - disimpulkan
Bahan tumis - Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih
4 sudu serbuk kurma - dibancuh dgn sedikit air
2 labu bawang besar - dicincangkan
4 ulas bawang putih - dicincangkan
1 inci halia - dicincangkan
Garam / Gula / Serbuk perasa - jika suka


Cara-cara :


1) Rebus daging dgn sedikit halia sampai empuk. Daging tu tak payah potong2.
2) Basuh beras dan toskan.
3) Bila daging dah empuk, keluarkan dan simpan air rebusan daging tu.
4) Tumiskan bahan yg dah dicincangkan dgn bahan tumis sampai agak wangi. Tumis bahan ni  dlm periuk rice cooker sbb senang nak alihkan.
5) Masukkan serbuk kurma yg dah di bancuh ngan sedikit air tadi. Tumiskan sampai wangi.
6) Masukkan tomato sup, susu cair dan air rebusan daging tadi. Biarkan mendidih.
7) Lepas tu masukkan daun pandan, daging rebus dan beras. Garam ngan gula jgn lupa tau..
8) Alihkan periuk tu ke dalam periuk rice cooker dan masak seperti biasa.
9) Bila dah masak hidangkan dgn Sayur Dalca dan Air Asam...


Selamat Mencuba...dah cuba nanti komen tau...







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 meluahkan rasa:

IKLAN