Memandangkan sy nak bercuti2 ke Langkawi pada cuti sekolah yg akan datang maka sy nak cover tempat-tempat menarik di Langkawi yg belum sy sempat pegi 2 tahun lepas, antara tempat tu adalah :
Tanjung Rhu Langkawi
Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau
Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok rhu di
sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau
setiap mata yang memandang .
Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu
akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai
cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan
sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.
Pantai-pantai di Langkawi - Pantai Chenang adalah tempat pilihan sy setiap kali ke Langkawi...
Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai
Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.. Pantai-pantai ini menawarkan
suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet di
sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak
,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar
makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran
di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.
Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan
Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik
yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di
sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang
wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island
hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu
.Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini
putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka
dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik
tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu
,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya
mandi ditasik tersebut .
Taman Laut Pulau Payar Langkawi - sy tak pandai snorkeling apatah lagi berenang ikan...
Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat
Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi .Taman laut
ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan Pulau
Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang ..Ianya juga dipenuhi dengan
pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti
'snorkling',menyelam dan berenang .Ada beberapa pantai pasir yang sesuai
untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan
tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan
matlumat mengenai aman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti
Kuah menggunakan katamaran atau bot laju .Perjalan mengambil masa
kira-kira 45minit.
Kuah- Langkawi - syurga beli belah...
Pekan Kuah yang terletak di
tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke
pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari
cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang
mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan
peristiwa tersebut ,tempat ini diberi nama 'Kuah'.Dahulunya ,Kuah hanya
merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang
begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi
ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat
membeli-belh bebas cukai dengan berbag .ai barangan yang bermutu
manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat
terutamanya makanan laut
Makam Mahsuri Langkawi - dah pernah pegi...
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar
Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di
Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri
dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris
.Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah
ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas
Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh
generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan
sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .
Opening hours: Daily, 7.30 am - 6 pm
Kampung Air Hangat
Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat
ekar kira-kira 14 km dari Kuah .Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga
tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18meter
yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft tangan
tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat
yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan
tradisional yang terdapat disini..
Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm
Langkawi Anna & The King Gallery
Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini
telah dibina oleh syarikat perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999
untuk pembikinan filem 'Anna and The king'.Dibina keseluruhannya
daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar
negeri ,istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada
zaman silam .
Langkawi Oriental Village
Oriental village merupakan satu lagi destinasi
pusat membeli belah ,kebudayaan dan masakan yang terkini dan unit di
Pulau langkawi.Direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-belah
di pulau peranginanan bebas cukai ,ia juga turut menempatkan
restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia
Oriental Village menawarkan lebih daripada
470jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan serta 17000 jenis
barang pasti memukau mata para pengunjung.Pertunjukan kebudayaan dan
fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan
lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ .Ia berdekatan dengan
Langkawi Cable Car ,aktiviti menunggang Gajah dan Telaga Tujuh ,.
Opening hours: Daily, 10 am - 10 pm
Underwater World Langkawi - ini pun dah pernah masuk...
Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan
laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang
dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih
5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang
berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar
seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut
,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk
kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang
mempersona.
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm
Pelayaran ke pulau pulau - harap-harap kali ni sempat...
Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau
di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong akan dapat
menikmati
keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan
.Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting ,Pulau Beras Basah
dan Pulau Singa Besar .Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini
ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk
makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong
tersebut .
Taman Buaya Langkawi
Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak
jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih kurang 32km dari pekan
Kuah .Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada
pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai .Jika bernasib baik
,para pengunjung akan menikmati pertunjukkan keberanian manusia bermain
dengan buaya pada jam atau waktu tertentu .
Opening hours: Daily, 9 am. - 6 pm. Tel : 04-9592559
Dataran Lang Langkawi
Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..
Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari
perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala
'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi
bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang
indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukkannya
yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik
bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di
samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .
Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di
waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi
mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi
Langkawi .
Galeria Perdana Langkawi
Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari
Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang
dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr. Mahathir dan
isteri .Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal
,barangan kulit,perak,tembaga,seramik dan kaca.Terdapat juga alatan
seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil dan senjata .Diantara bahan yang
turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda .
Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar didalam
galeri ini.Sebuah kedah cenderahati terletak di galeria tersebut menjual
gambar gambar bahan pameran yang di pamerkan.. Opening hours: Daily, 10
am - 5 pm; Public/school holiday, 9 am - 6 pm; Friday, 10 am - 2:15 pm
& 3 pm - 5 pm.Phone : 04-9591498
Laman Padi Langkawi
Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para
penggemar pelancongan berasaskan pertanian .Terletak di Pantai Cenang
,kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10minit
dariLapangan Terbang ,Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk
mempamirkan sejarah ,warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara
.
Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang
mempamirkan artifak ,carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman
padi kepada negara.Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini
dari taman atas bumbung .Anda boleh cuba menanam padi menggunakan cara
tradisional serta menuai menggunakan cara moden .Terdapat juga restoran
serta pusat urut disitu .
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm.Telefon : 04-9553415
Taman Legenda Langkawi
Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah
buahan tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik dengan
berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia dan bahan bahan
kebudayaan .Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah
sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini
.
Opening hours: Daily, 8 am - 11 pm
Komplek Budaya Kraf Langkawi
Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau
Langkawi ,kira kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari lapangan
terbang atau 35 minit dari pekan Kuah .Terletak di atas bukit mengadap
laut ,komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan
Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir
halus . Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm.Tel : 04-9591913
Tasik Dayang Bunting Langkawi
Tasik Dayang Bunting terletak disebelah selatan
Pulau Langkawi ,dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik
yang terbesar di kepulauan Langkawi .Deretan bukit dan gunung di
sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh seorang
wanita hamil yang sedang berbaring.Tasik dan pulau ini mendapat nama
dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda bermula dengan percintaan puteri
kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulung puteri tersebut mati
selepas di lahirkan .Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan
mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau
berdoa mulai dari saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan
dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik itu .
Sungai Kilim Langkawi
Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam
,Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar
dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai
Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali .
Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi
kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta ditaburi pantai
terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan
jernih .
Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya
bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan
gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman Gantung.Selain itu
Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai
kisah cinta dan misteri menanti anda .
Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells) - penat giler tau nak sampai atas weii...
Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau
Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi
yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk
dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga
Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda
,puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.
Walaupun perjalanan agak leceh tp tetap seronok tau, so jom ramai2 pegi Langkawiiiii !!!!