IKLAN

26 Mac 2011

Puding Roti Pelangi Petang...

Sy buat lagik Puding Roti Marble nih sbb utk acara pot luck ptg nanti...kiranya utk desertlah tu...resepi masih sama, sy ambil dari blog Kak Hana..apa khabar kak hana yer ? katanya akan mula melaporkan diri semalam ( jumaat ) setelah bercuti selama 3 tahun kerana meneman suaminya menamatkan pengajian Phd di Jepun...
PUDING ROTI PELANGI
sumber : Kak Hana

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 1 sb esen vanila - sy tambah
  • 1 sk garam - sy tambah
  • Sos coklat Hersheys
  • Sos strawberry Hersheys
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco dan satu adunan lagi masukkan sos strawberi. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, pastu sesenduk kaler pink tuang di atas warna coklat tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bingka Labu yg mudah tp sangat sedappppp !!!

Kelmarin sy ke Tesco, kemudian sy nampak sayur labu yg sangat cantik rupanya terus sy ambil sebelah utk buat Bingka@Bengkang Labu...resepi Bingka Labu ni sy tgk masa berjalan ke blog Kak Dzana...malam tadi sementara tgk TV, sy pun rebus labu tu nak buat bingka...resepi ni sy copy dari blog Kak Dzana, nak tgk resepi yg lebih hebat silalah ke sana yaaa.....
BINGKA LABU MANIS
sumber : Kak Dzana

Bahan-bahan :
  • 5 biji telur Gred A .. ( SAYA GUNA 3 BIJI TELUR SHJ)
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)/SAYA GUNA SANTAN FRESH
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus... SAYA GUNA GULA PASIR
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus... SAYA REBUS JER
  • 1 SB BUTTER.. SAYA TAMBAH
  • BIJAN IKUT SUKA

Cara-cara

1. 1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.

2. 2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.

3. 3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.

4. 4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

(CARA SAYA: BLENDER LABU REBUS BERSAMA AIR, GULA, SANTAN,GARAM ESEN VANILA SEHINGGA HALUS, KEMUDIAN MASUKKAN TELUR & TEPUNG, 1 SB BUTTER .. BLENDER SEHINGGA SEBATI).. TUANG DALAM LOYANG YG TELAH DI SAPU MINYAK).. TABUR BIJAN

p/s : kuih ni sy buat utk acara pot luck ngan jiran ptg nanti...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

IKLAN