IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Perlu Tahu ker??. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perlu Tahu ker??. Papar semua catatan

21 Mac 2011

7 larangan selepas makan !!!

7 larangan selepas makan Melakukan sesuatu atau memakan sesuatu selepas menjamu selera makan tengah hari atau malam anda, akan menyebabkan berlakunya beberapa tindakbalas di dalam tubuh anda. Tindakbalas ini akan mempengaruhi kesihatan tubuh anda. Berikut adalah 7 perkara yang tidak dibenarkan selepas makan: 

1. Jangan merokok: Kajian mendapati merokok sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok. Ini sekaligus meningkatkan risiko menghidap kanser. 

2. Jangan makan buah-buahan: Memakan buah-buahan sebaik habis makan, akan menyebabkan perut anda dipenuhi udara (kembung). Oleh itu, makan buah hanya selepas 1-2 jam atau 1 jam sebelum makan. 

3. Jangan minum teh: Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Ia dapat mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar untuk dihadam dan dicerna. 

4. Jangan longgarkan tali pinggang anda: Melonggarkan tali pinggang selepas makan hanya akan menyebabkan usus anda bermasalah seperti terbelit atau tersumbat. 

5. Jangan mandi: Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut anda. Ini adalah kerana darah akan lebih cenderung mengalir ke bahagian tangan, kaki dan kawasan tubuh yang lain. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. 

6. Jangan berjalan-jalan: Berjalan-jalan selepas makan hanya akan menyebabkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang anda telah telan. 

7. Jangan tidur: Jangan tidur sebaik menghabiskan hidangan anda. Makanan yang anda ambil itu tidak dapat dicerna dengan baik. Ini boleh mendatangkan masalah seperti gastrik dan jangkitan kepada usus anda.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 Mac 2011

Harga rumah dan strategi menilai harga

Strategi Harga Rumah

Strategi Harga Rumah

Harga rumah dan strategi menilainya; Apabila kita sebagai tuan rumah mengambil keputusan untuk menjual hartanah pasti kita sendiri berasa bingung bagaimana dan apakah caranya saya boleh menjual rumah ini? dan tertanya-tanya “apakah harga rumah saya? betul ke harga yang saya jual ini?” Saya pasti… setiap tuan rumah mesti akan berfikiran sebegitu.

Jadi hari ini saya ingin berkongsi sedikit info menarik bagaimana kita boleh melakukan penilain hartanah sendiri, sekurang-kurangnya kita tahu nilai hartanah kita.

Pada hemat saya, cara terbaik untuk anda menilai hartanah adalah dengan melakukan “perbandingan”. Bandingan bagaimanakah yang dimaksudkan? Perbandingan yang dimaksudkan adalah perbandingan data sejarah hartanah dikawasan anda.

Perbandingan data hartanah boleh dibuat dengan mengakses segala sumber data hartanah seperti akhbar, majalah, papan tanda dan internet. Akhbar-akhbar yang boleh digunakan dan banyak data-data hartanah adalah ruang “classified” TheStar. Ada beberapa majalah yang saya selalu gunakan seperti iproperty dan homefinder. Untuk internet anda boleh gunakan iproperty.com, propertylink.com.my, estate123.com, dan thinkproperty.com.my. Data-data ini dikumpulkan dan digunakan untuk perbandingan, sebaik-baiknya hartanah itu mesti didalam keluasan yang sama. Tetapi masalahnya tidak semua hartanah yang  dijual berada didalam keluasan yang sama oleh itu anda perlu menilai harga semasa tanah mengikut ukuran sekaki persegi (kps).

Ianya satu cara yang hampir-hampir tepat dan terbaik, Sekurang-kurangnya cari lah tiga (3) hingga lima (5) jenis hartanah didalam lingkungan kawasan dan saiz yang lebih kurang sama. Dibawah saya berikan simulasi perbandingan sebagai contoh;

Langkah 1. Cari perbandingan mengikut ukuran kaki persegi (KPS)
Rumah 1: 960 kps
Rumah 2: 2,250 kps
Rumah 3: 1,550 kps
Jumlah : 4,760 kps
4,760 / 3 = 1,587 Kaki persegi
1,587 adalah purata perbandingan anda mengikut ukuran kaki persegi

Langkah 2: Cari perbandingan harga dididalam kawasan
Rumah 1: RM289,000
Rumah 2: RM390,000
Rumah 3: RM325,000
Jumlah: RM1,004,000
RM1,004,000 / 3 = RM334,667
RM334,667 adalah harga purata perbandingan didalam kawasan

Langkah 3: Bahagikan purata harga dengan purata ukuran kaki persegi:
RM334,667 / 1,587 = RM211/sekaki persegi
RM211 adalah purata harga rumah anda didalam ukuran sekaki persegi

Langkah 4: Rangka harga rumah anda:
Ambil RM211 dan darabkan nilai tersebut kepada saiz rumah anda untuk mendapatkan harga jualan rumah. Sebagai contoh, jika rumah anda berkeluasan 1,587 sekaki persegi, darabkannya dengan RM211 (cth: 1,587kps x RM211 = RM334,857).
Nah! lihat, inilah harga cadangan rumah anda RM334,857!

Dapatkan penilaian profesional
Jika anda ingin mendapatkan kepastian dengan pandangan pihak yang lebih arif sila hubungi mana-mana penilai hartanah dan agensi hartanah yang berdekatan untuk membantu anda didalam penilaian.
Semoga kita dapat memperolehi manfaat dari artikel ringkas ini.

Rumah Untuk Dijual: Tip Jual Rumah Cara Online

Drumah.my
Rumah untuk dijual atau menjual hartanah sememangnya memerlukan perancangan yang baik. Tetapi adakah anda tahu bagaimana menjadikan iklan hartanah lebih menonjol dari iklan pesaing yang lain?

Sejak pelancaran drumah.my (Portal Jual Beli Hartanah) bulan lalu, banyak email yang saya terima bertanyakan teknik menjual rumah yag boleh mereka gunakan. “Iklan dah letak tapi tak ada orang call pulak.. macam mana nak buat orang call ya?” tanya mereka.

Baiklah, hari ini kita akan kongsi beberapa teknik menjual hartanah “khas” secara maya. ikuti artikel ini; -

1. Langkah pertama adalah membersihkan rumah. Pastikan juga rumput dan lalang dipotong dan diracun. Kadang-kadang kita telepas pandang dan menganggap ia perkara biasa… padahal laman dan “porch” yang bersih bakal meyakinkan pembeli dan mencerminkan identiti pemiliknya. “First impression” sangat-sangat penting didalam urusan hartanah kita nanti.

2. Pastikan harga tawaran munasabah. Jangan asyik fikirkan keuntungan semata-mata. Semak dengan jiran-jiran atau penilai hartanah. Lebih mudah buat kajian sendiri dan nilai hartanah anda dengan rujuk pada artikel ini” Harga rumah dan strategi menilainya “.

3. Gunakan portal hartanah drumah.my untuk menjual. Letakkan seberapa banyak maklumat kedalam iklan. Lebih banyak maklumat lebih baik, ia membantu pembeli memahami keadaan hartanah dan mengelakkan anda “pitching” perkara yang sama berulang-ulang.

4. Sebuah rumah yang hendak dijual secara online sebaik-baiknya disediakan gambar. Pernah dengar “a picture tells a thousand stories” dengan sekeping gambar anda telah menceritakan pelbagai perkara menarik didalam rumah anda.
Semakin ramai pencari hartanah menjadikan internet sebagai rujukan utama mereka. Internet lebih mudah, tanpa kesana, pembeli sudah boleh merasai dan melihat kondisi hartanah sasaran. Lawatan maya “virtua tour” pada portal hartanah banyak membantu pembeli membuat saringan sebelum membuat keputusan.
Tidak seperti iklan-iklan diakhbar… hitam dan putih dan tidak menarik. Saiz dan ukuran gambar terhad kerana pengiklanan disana amat mahal. Dengan internet tugas anda menyediakan gambar dan info menarik agar pembeli dapat membuat pertimbangan dengan cepat.

5. Gambar apa yang perlu di ambil? Tiada had atau syarat tertentu apabila menjual hartanah secara online. Kebiasaannya gambar hadapan rumah, ruang tamu, dapur, dan bilik tidur adalah lokasi yang kerap menjadi sasaran kamera.
Lakukan sesuatu yang kreatif. Apa kata jika anda sendiri bergaya didalam gambar bersama rumah kesayangan. Tidak perlu takut atau malu…  anda pemilik rumah dan anda perlu bangga kerana memilikinya. Setakat gambar “posing” bersama rumah bukan buat apa – apa pun… : )

6. Jangan lupa untuk ceritakan sedikit tentang keadaan rumah. Kongsikan perkara menarik semasa anda membeli hartanah ini dulu. Mungkin rumah itu mempunyai dapur yang luas, ruang tamu dengan siling tinggi atau bilik tidur yang telah diubah suai.
Gambarkan dengan jelas, jika tidak anda mungkin akan terlepas pembeli yang berpotensi nanti.

7. Kongsikan keadaan sekeliling hartanah. Mungkin anda boleh berkongsi maklumat tentang jiran yang ramah atau profesion mereka. Ia bakal membantu pembeli memahami persekitaran hartanah itu dengan lebih tepat. Kebiasaanya hampir semua pembeli ingin mengetahui siapakah jiran-jiran mereka.

8.  Jarak hartanah juga menjadi satu perkara penting semasa membuat keputusan. Sediakan maklumat lokasi hartanah itu dengan lokasi tumpuan lain. Seperti 15 minit untuk ke putrajaya, 25 minit ke KLCC atau 500 meter ke pasaraya.

9. Serlahkan fasiliti yang terdapat didalam kawasan hartanah seperti berdekatan dengan sekolah, kolej, universiti, klink, hospital swasta /kerajaan. Pastikan informasi yang diberi benar-benar wujud, jika tidak anda banyak membuang masa melayan panggilan yang anda sendiri tidak mampu menyediakannya.

10. Penggunaan Map sangat penting. Bukan semua orang mahir tentang nama jalan, dengan bantuan dari “Google Map” ia memudahkan si pencari untuk mencari hartanah itu nanti. Dari kajian Drumah, hampir 80% pencari hartanah hanya “skimming” iklan dan tidak membacanya. Oleh itu pengiklan perlu menyediakan maklumat yang lengkap bagi membantu si pencari hartanah tadi lebih memahami keadaan rumah dikawasan itu.

11.  Letakkan talian tambahan “backup” untuk iklan tersebut. Pada waktu-waktu tertentu anda mungkin tidak berupaya untuk mengambil panggilan. Jadi letakkan nombor telefon isteri atau jika anda mempunyai ejen hartanah letakkan nombor telefon mereka. Ini bagi mengelakkan anda terlepas panggilan yang berpotensi. Jika anda tidak mahu diganggu pada jam 12 malam, letakkan waktu yang sesuai untuk dipanggil, ikut keselesaan anda.

12. Jika talian kedua adalah individu yang tiada latar belakang menjual hartanah. Beritahu yang mereka hanya perlu mengambil nombor telefon si pemanggil dan seseorang akan menghubungi mereka nanti. Jangan lupa untuk bertanyakan waktu yang sesuai untuk memanggil beliau kembali. Jangan terkejut ada sesetengah orang akan menutup telefon seawal jam 6.30 ptg.

Walau apa juga kaedah atau teknik pemasaran yang kita guna. Jika anda perlukan khidmat profesional, jangan teragak-agak untuk melantik mereka.
Mungkin anda tahu beberapa perkara, tetapi bukan semua perkara anda tahu. Jadikan portal hartanah drumah.my sebagai platform untuk mempromosi hartanah. Atau sarankan ejen hartanah untuk mengiklankan rumah pada portal ini, kenapa tidak?  Ianya percuma sahaja.
Jika anda “copywriter” yang hebat, tiada salahnya anda sendiri mengiklanan hartanah tersebut pada portal hartanah drumah.my dan letakkan nombor ejen hartanah sebagai “hot-line” anda. Sama-sama membantu agar cepat-cepat kita dapat jual rumah tersebut.

p/s : sy forwardkan email ni utk rujukan diri dan kengkawan.....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

28 Februari 2011

Tips membeli kamera digital

Mahu membeli kamera baru ?
Jadi apakata baca dulu artikel ni yg sy dapat dari seorang kawan...
 
Kamera...kamera...ermmm...pe yg ada dgn kamera? dok cri kamera?nak beli kamera? WAJIB baca artikel nih...!...lets read it!
Ramai juga yang ingin memiliki kamera digital tetapi tidak tahu memilihnya. Zaman sekarang, orang dah tak pakai kamera analog yang beroperasi menggunakan teknik dedahan cahaya kepada filem, tetapi semuanya menggunakan digital.

Bila sebut saja kamera digital yang ada 10 megapixel, maka ramailah yang terngaga, "Wow... 10 megapixel!". Saya kerap kali terdengar orang tanya, "Awak punya kamera berapa megapixel? Berapa harga beli?" Bila saya jawab, "5.0 megapixel, harga RM1200" Lalu dikatakan, "Mahalnya, saya beli 6.0 megapixel cuma RM700 sahaja." Dalam hati saya cuma menjawab, "Sebenarnya di Carefoure pun, ada cuma RM300 lebih, kamera yang berkemampuan hingga 12 megapixel!"

Inilah sindrom tidak memahami teknologi, sehingga merugikan kita. Justeru saya ingin berkongsi sedikit tentang panduan mendapatkan kamera digital yang baik. Saya sendiri bukanlah pakar dalam bidang kamera, bukan juga camera man yang bagus, cuma sekadar berkongsi teori yang wajib difahami dan diketahui. Bak kata orang, ilmu itu suatu kekayaan. Dengan ilmu boleh mengelakkan kerugian.

Memahami Keperluan Megapixel Kamera

Hakikatnya, untuk cetakan gambar digital sehingga bersaiz A4, kita cuma perlukan cuma sehingga 3 megapixel sahaja. Lebih dari itu, ia tidak akan lagi mencantikkan kualiti cetakan. Kualiti cetakan anda tidak terjejas. Tidak akan bertambah cantik. Apatah lagi jika anda cuma 'mencuci' gambar sekadar bersaiz 4R ata 6R, tiada maknanya menggunakan megapixel yang besar.

Apa itu megapixel?

Megapixel secara mudahnya ialah saiz digital sesuatu gambar. Gambar yang diambil oleh kamera digital yg terdiri daripada berjuta2 pixel titik warna. Mudahnya, jika titik itu semakin banyak dalam satu ruangan yang sempit, titik itu akan menjadi lebih kecil. Jika titik itu menjadi lebih kecil, maka sudah tentu kualiti gambar akan lebih halus. Saya tidak mahu menggunakan kaedah yang terlalu teknikal, cukuplah anda faham dengan cara yang mudah: Adakah pen yang bermata besar boleh lukis satu lukisan yang halus? Sudah tentu tidak. Suatu gambar yang halus dan cantik bila titik-titiknya itu sangat halus.

Justeru, jika sampai tahap yang halusnya itu sudah memenuhi ruang, maka ia tidak lagi boleh halus. Kalaupun gambar itu halus, pencetaknya pula tidak mampu untuk mencetak sehalus itu.

Masih blur? Mudahnya, cukuplah kamera digital anda bermegapixel 4 megapixel untuk menghasilkan kualiti gambar yang baik. Lebih daripada itu, anda tidak perlu lagi, melainkan anda seorang juru kamera profesional yang memang kerja anda menghasilkan gambar dan diupah beribu2 ringgit. Jangan bazirkan duit kepada perkara yang kita sendiri tidak gunakan. Jangan bazirkan duit dengan beli yang bermegapixel tinggi.

Hari ini, majoriti megapixel paling kurang yang dijual dikedai ialah 4 megapixel.

Lensa

Unsur yang kedua yang sangat penting, tetapi sering diabaikan ialah jenis lensa. Tidak pernah orang tanya apak jenis lensa yang digunakan. Lensa yang baik ialah jenis vario tessar, atau leica, ataupun nicors, ataupun lens canon. Setakat ini, Leica yang digunakan oleh Lumix Panasonic antara yang terbaik dan sering mendapat pengiktirafan dunia. Namun begitu, lense Nicor oleh kamera Niccon juga bagus dan tidak pernah dipertikaikan kredibilitinya. Sony Cybershot sekarng ini pun menggunakan lens jenis Vario Tessar Carl Zeiss, yang juga lens yang baik. Namun jika perbandingan dibuat, daripada gambar2 yang diambil dengan cahaya yang sama, setakat ini saya nampak Lens Leica lah yang memberi imej yang baik.

Sensor

Kamera yang baik juga tidak bergantung kepada lensa sahaja, tetapi bergantung kepada sensor cahaya. yang digunakan. Sekarang ini, kebanyakan kamera menggunakan CMOS sensor. Ada juga yang menggunakan CCD lens, namun kedua-duanya tidak banyak perbezaanya.

Sensor cahaya membolehkan penetapan kadar pendedahan lens kepada cahaya seperti ISO400, ISO100 dan seumpamanya. Secara mudahnya, jika anda ambil gambar dalam gelap, anda kena guna ISO400 tetapi dalam cerah hanya perlu guna ISO100. Perlu diingatkan juga, jika anda guna ISO400, sebenarnya gambar anda tidak akan menjadi cantik. Akan wujud banyak Noise pada gambar tersebut, akibat kekurangan cahaya. Gambar yang cantik terhasil kerana cahaya yang cukup.

Image Processor

Selain daripada jenis lens dan sensor yang merubah harga sesebuah kamera digital, jenis pemproses imej juga menjadi faktor yang memberikan perubahan pada harga. Semakin canggih pemproses imej, semakin cantiklah imej yang terhasil dan semakin mahal lah harganya.

Kalau dulu, kamera menggunakan teknik dedahan cahaya yang masuk melalui lens dan akan terbentuklah imej pada filem. Namun sekarang, sudah tidak ada filem, tetapi menggunakan image processor yang bertindak sebagai 'retina' untuk pengimejan.

Fungsi-fungsi Tambahan

Kamera menjadi mahal kerana fungsi-fungsi tamabahan seperti image stabilizer yang menyerap getaran tangan anda, fungsi penetapan kadar ISO dan fungsi2 automatik lain seperti mengubah kadar cahaya untuk jenis2 gambar tertentu, juga mengubah masa bukaan lens. Semakin banyak fungsi yang digunakan, semakin mahal harganya, dan semakinlah perlu anda pandai guna.

Saiz dan Rekabentuk

Rekabentuk dan saiz menentukan harga. Semakin nipis kemera yang digunakan, semakin mahal lah harga tersebut. Saranan saya, hanya kalau anda ada duit lebih saja beli yang bersaiz nipis. Jika rasa tak nak membazir belilah yang bersaiz biasa sahaja.

TIPS-TIPS MEMBELI KAMERA

- Jika anda bukan profesional, belilah kamera autofokus dan bukan SLR kamera.

- Jika anda nak belajar teknik2 fotografi, belilah SLR kamera. SLR tu jenis yang ada lens boleh tambah2 dan boleh dipulas2 tu.

- Jika ada duit lebih, jenama Lumix Panasonic berharga dalam 1000 boleh dibeli, jika bajet kurang, carilah Nicon atau Canon atau Sony Cybershot berharga dalam RM700. Jika bajet sikit sangat, saranan saya camera paling murah tetapi boleh hasilkan gambar yang baik ialah Canon. dengan harga RM499 anda boleh dapatkan.

- Pilih jenis bateri yang digunakan. Sebaiknya, cari yang bateri bersaiz AA atau AAA supaya jika kehabisan bateri, anda boleh beli bateri di kedai. Jika anda beli yang jenis bateri yang khas digunakan utk kamera tersebut, masalah utama jika bateri habis di saat2 penting.

- Pilih jenis Memori Kad yang digunakan. Memori Kad jenis SD ialah yang paling murah, dan senang didapati. Sekarang ini boleh beli yang 2 - 4 GB dah di pasaran. Canon, dan Lumix biasanya guna SD. Ada juga yang guna M2, memori kad ini agak mahal biasanya digunakan oleh Sony Cybershot. Sony juga guna MemoryStick Pro Duo yang harga nya mahal. Satu lagi jenis memori kad xD. Yang ini lagi lah mahal dan agak susah didapati. Kamera Olympus biasnya guna jenis ini. Kalau rasa nak tambah memori kad lain kali, elakkan beli yang jenis ini. Kena ingat, kamera digital tak semestinya guna jenis yang sama memori kadnnya. Pilihlah memory kad yang murah.

- Jika gunakan batery AA. Sila beli charger dan batery rechargeble sekali. Beli yang MH nya lebih daripada 2000 supaya tempoh caj lebih cepat. Jika beli yang 1200 anda akan berjanggut menunggu bila bateri siap dicaj penuh.
 
p/s : barulah tahu....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

25 Februari 2011

Fiber - The Secret to Staying Slim!

Dah lama tak tgk website nih...macam2 tip ado pasal makanan dan kesihatan.

So, kalau nak tahu lebih lanjut apa kata korang pegi ke website tu... 


(HealthCastle.com) Fiber deserves its solid reputation for its regulating abilities, but keeping things going is not fiber's only claim to fame. In fact, more and more research is showing that a high-fiber diet may help prevent diabetes, heart disease, cancer and weight gain. According to new research from the University of Texas in Austin, women who maintain a healthy weight fill up (without filling out) on fiber. If the idea of eating bowl after bowl of bran makes you groan, take heart. Filling up on fiber to maintain a healthy weight is easier than you think.

What is Fiber?

Found in fruits, vegetables, whole grains and legumes, fiber is the part of plant foods that humans can't digest.

Insoluble fiber is the coarse, chewy part of a plant that does not dissolve in water. It forms a plant's structure and can be found in the outside tissues like fruit skins, stringy vegetables and crunchy whole grains. Insoluble fiber passes through the body largely intact, soaking up water like a sponge and adding bulk and softness to the stool. This not only prevents constipation but also speeds the rate at which food goes through your system. Whole-wheat breads, wheat bran, rye, most other whole grains, cabbage, beets, carrots, Brussels sprouts, turnips, cauliflower and apple skin are all loaded with insoluble fiber.

Soluble fiber, on the other hand, is found inside plant cell walls and dissolves and thickens in water to form a sticky, gel-like substance. It gives oatmeal its gummy texture and cooked beans their mushy centers. As it passes through the digestive system, soluble fiber binds to dietary cholesterol, helping the body to eliminate it. Oats (which have the highest proportion of soluble fiber of any grain), oat bran, beans, peas, rice bran, citrus fruits, strawberries and apple pulp are full of soluble fiber.

How Can You Get Enough Fiber?

Current recommendations suggest that adults (including women who want to maintain their weight) need 20 to 35 grams of dietary fiber each day. Here are some easy ways to sneak more fiber into your diet...
  1. Look for bread, cereal, and crackers that are 100 percent whole grain— - meaning NO refined flour. If the label does not say "100%" check the ingredient list for refined culprits like white flour (usually listed as bleached or unbleached enriched wheat flour), semolina or durum flour, and rice flour.
  2. Include other 100 percent whole grains in your diet, including brown rice, bulgur wheat, oatmeal, barley (including pearled barley), buckwheat, cracked wheat, quinoa and amaranth.
  3. Eat more beans. They offer loads of soluble fiber, and lots of plant protein. Include them in soups, stews, and salads, and replace bean-based dishes like lentil soup, bean burritos, or rice and beans for those made with meat.
  4. Fill up on vegetables and fruit. If possible, eat the skins (they contain tons of insoluble fiber), and always eat fiber-filled whole fruits instead of drinking fiber-less fruit juices. 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

21 Januari 2011

Di pejabat bos, di rumah isteri..

MEMANG jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Perkahwinan adalah penting. Ia adalah permulaan kepada pembentukan sebuah masyarakat kecil yang akan berlanjutan ke anak cucu dan turun temurun.

Oleh itu, merancangkan satu perkahwinan yang tepat dan baik adalah ikhtiar yang tidak boleh dipandang kecil.

Malah, Rasulullah SAW sudah berpesan tentang empat syarat yang perlu dilihat ketika memilih isteri iaitu harta, rupa, keturunan dan agamanya.

Namun, sanggupkah seorang suami menerima hakikat isterinya lebih berpangkat daripadanya?

Senario ini mungkin satu perkara biasa kerana lebih ramai wanita yang bergelar isteri berjaya menjawat jawatan tinggi.

Keadaan ini tentulah sesuatu yang membanggakan suami tetapi pada masa yang sama mereka bimbang jika isteri akan lupa daratan kerana terbawa-bawa dengan sikapnya sebagai bos di pejabat.

Namun, bagi isteri yang solehah, bagaimana tinggi pangkatnya tetapi apabila di rumah tugasnya tetap seorang isteri.

Bahkan, kehidupan harmoni yang berlandaskan kasih sayang akan terpancar jika wujud perasaan sayang-menyayangi dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Manakala di pihak suami pula patut menyuarakan apa yang dirasakan tidak kena kepada isterinya bagi mengelakkan sebarang kepincangan dalam rumah tangga.

Perunding Psikologi Keluarga, Suzana Ghazali menjelaskan, biarpun ada perbezaan darjat tidak bermakna mereka tidak boleh mencipta kebahagiaan.

Ia adalah acuan kehidupan yang dipilih oleh pasangan tersebut. Oleh itu kebahagiaan dan kedurjanaan dalam rumah tangga kita sebenarnya terletak di bahu kita sendiri.

“Inilah hasil daripada acuan yang kita pilih, maka sudah menjadi tanggungjawab masing-masing dalam menjalankan peranan,’’ ujarnya tegas.

Akui Suzana lagi, perkara pertama ialah sedar dan tahu kedudukan dan peranan sebagai isteri ataupun suami.

“Walaupun isteri lebih bijak dan berpendidikan, bukan bererti si isteri boleh memperbodohkan suami anda sesuka hati. Andai ditakdirkan kita sebagai ketua kepada suami di tempat kerja, tetapi di rumah pula suami tetap ketua rumah tangga.

‘‘Di pejabat kita boleh memberi arahan dan marahkan suami jika ada urusan pejabat yang tidak diurus dengan sewajarnya, tetapi harus diingatkan urusan pejabat hanyalah boleh diselesaikan di pejabat sahaja.

“Keadaan ini berbeza apabila pulang ke rumah, wanita harus berperanan sebagai isteri atau ibu.

‘‘Harus diingatkan bahawa segala yang berlaku di pejabat tidak boleh dibawa balik ke rumah.

“Kepada suami, jangan ada rasa rendah diri. Biar siapa pun anda, anda adalah suami dan ketua rumah tangga, biarpun lebih rendah tahap pendidikan dan berpendapatan lebih rendah berbanding isteri tetapi itu bukan bermakna anda boleh menjadi hamba isteri,” katanya.

Terang Suzana lagi, biarpun pendapatan si suami kurang sedikit namun ia tidak menafikan tanggungjawab si suami dan bapa.

‘‘Suami tetap wajib mengeluarkan perbelanjaan untuk menanggung segala keperluan isteri dan anak-anak. Jika isteri menghulur bantuan, ia adalah bonus tetapi sekiranya isteri anggap ia sebagai hutang maka perlu suami melangsaikan segala hutang tersebut walaupun tidak dituntut,’’ tegasnya.

Terang Suzana lagi, dalam hubungan suami isteri memerlukan keserasian begitu jua dengan kehidupan harian biarpun isteri lebih berpangkat tetapi suami tetap berperanan dalam urusan rumah tangga.

‘‘Untuk mengekalkan kerukunan rumah tangga, perkara yang penting adalah jangan mengungkit latar belakang masing-masing.

‘‘Isteri jangan sesekali menjadikan latar belakang suami sebagai senjata untuk menjatuhkan air muka dan harga diri suami,” katanya lagi.

Dalam situasi sedemikian, terimalah pasangan kita seadanya, malah jangan bandingkan pasangan kita dengan orang lain

‘‘Jangan pertikaikan ketidakupayaan suami dalam memberikan kehidupan yang lebih sempurna, inilah rentak acuan kehidupan rumah tangga yang dipilih oleh kita sendiri, oleh itu terimalah dengan hati terbuka,’’ ujarnya.

Terang beliau lagi, sebuah perkahwinan adalah satu amanah yang amat berat untuk dipikul tetapi sesuatu yang sangat mulia.

‘‘Dalam menjalinkan hubungan kita perlu ada tiga ciri utama, cinta dan kasih sayang serta komunikasi yang baik. Cinta atau kasih sayang perlu dipupuk agar terus berputik dan disuburkan,” katanya.

p/s : sekadar berkongsi artikel yg menarik di hari jumaat...terimakasih pada sahabat yg mengemailkan artikel ni..

 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

13 Januari 2011

Inilah masalah mereka !!


Sebagai seorang lelaki, walaupun diberikan 9 akal, kebanyakan dari anda masih lagi tidak mampu untuk menggunakan salah satu dari 9 akal itu, untuk memancing Aweks yang menjadi idaman dan buruan anda selama ini.

Entah dimana silapnya, walaupun anda kacak dan macho, tiada seorang Aweks pun yang ‘lekat’ dengan anda. Timbul 1001 persoalan bermain difikiran anda.Puas  korang memikirkannya. Hendak ditanya pada rakan-rakan, takut dipersendakan.

Manakan tidak, kawan-kawan korang yang kacaknya tidak seberapa, dan pulak tuh, ada yang di kategorikan dalam golongan ‘muka pecah rumah’, tapi Aweks hot giler bak Lisa Surihani atau Raja Farah. Sah-sah anda kena bantai gelak dan menjadi bahan kutukan.

Kalau di dalam alam maya seperti Friendster, Myspace, Facebook, YM dan MSN Mesengger, wahhh bukan main jiwang dan cintan-cintan, berlagak romeo dan macho giler. Tapi selepas keluar 1st dating, apa yang hendak disembangkan pun terkedu-kedu. Semuanya seperti serba tidak kena. Memandang kiri dan kanan, atas dan bawah, padahal Aweks depan mata.

Cuba diberi keyboard dan mouse, perghh !!! ... pantas giler mengayat. Maaflah jika saya katakan, hanya 'looser' sahaja yang bersikap demikian. Saya tidak mahu anda menjadi 'looser' seperti itu.

Kenapakah dan mengapakah ini terjadi ?

Mudah sahaja jawapannya. Kita ini sebagai manusia, haruslah berkomunikasi di alam yang nyata untuk membina hubungan sesama kita, terutama sekali jika ia melibatkan cara-cara memancing Awek.

Adakah anda hanya ingin pandai bercinta diinternet, tetapi looser di alam yang nyata? 

Fikirkanlah..

Kajian oleh pakar juga mendapati, peluang untuk sesuatu hubungan maya, bertukar kepada hubungan yang nyata atau kekal adalah sangat tipis jika dibandingkan, hubungan yang nyata. Memang ada yang bertemu jodoh di alam maya dan kekal, tapi berapa peratuskah (%)yang berjaya. Dan berapa peratus (%) pula yang kekal. Jika si dia terpikat dengan anda di alam cyber, tidak mustahil suatu hari nanti si dia boleh terpikat dengan orang lain di alam cyber juga.

p/s : siapa setuju angkat kaki tangan...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Betul ke....Age is just a numbers ?

Bila  direnung-renungkan, tak sangka pulak Cinta WANITA 3 series BUKAN hanya tentang wanita yang sudah berumur lebih 30 an ke atas dan masih single, tetapi ianya tentang semua wanita!

In fact, paling kritikal untuk wanita yang late 20’s tapi masih tercari-cari cinta! Kritikal dan amat penting waktu ni. Why penting? Penting kerana…merekalah yang paling getir dan perit menghadapi saat melangkah ke alam 3 series, yet still NOT married! Sebab bila dah cecah 30’s dah agak susah kan… “It’s either now, or very late bloom laaa…”
  • Paling mengecewakan dan menyedihkan hari apabila kena face kawan-kawan yang semua dah kahwin pada usia 20an lagi. Sesetengah dari mereka dah ada anak pun…Paling boring, apabila mereka berbual… Pasal suami, pasal babies, pasal plan masa depan. Adoi!! Yang kita ni, dah lanjut usia, keseorangan, sendirian tanpa teman…nak keluar pun, tak tahu nak keluar dengan siapa lagi dah!
Ingat lagi dulu kat one girl ni, kata dia,
  •   “Saya baru 26 tahun lah..., ada banyak masa lagi untuk saya dapat boyfriend”
  •   I jawab, “24 tu dah senja…26 tu dah malam, …nak dapat boyfriend satu hal lamanya, nak mengenal dia beberapa tahun pulak, nak tunggu bila baru nak kahwin? “
  • “Ahhh… Saya muda lagi tau, fikir karier dulu, saya tahulah diri saya, sampai masa nanti saya kahwinlah..…”
Bunyi seperti sombong tak sombong gitu, seperti dia tahu kesannya, tetapi ego untuk admit it. Jelas keegoaan gadis itu membawa kepada kekecewaan, dalam diam tak diam, sudah hampir 5 tahun kini, dan saya terjumpa dengannya baru-baru ni yang sudah 31 tahun dan masih belum berkahwin dan tak ada boyfriend pun…kesian.
Dalam hati at that time, I macam ingat-ingat lupa la umur dia, so I buat-buat tanya la,
  • Umur berapa dah sekarang? Nampak macam muda lagi ni…
  • Baru 31 tahun , muda lagi heheh…” …sounded macam malu, so she decided to make joke out of it.
  • “hehe… ulang balik yang you cakap kat I dulu ek”
So kami berbual seperti biasa, then later tu…bila dah nak chiao, i tanya lah soalan cepu emas,
  • “So, dah 30’s…bila nak kahwin ni?,
  • “entahlah..., tak ada sapa nak kat saya dah… Kalau ada pun yang tua-tua, atau laki orang atau pun duda… Single young man dah tak pandang saya dah … Ye lah saya fahamlah kan, kalau lelaki tua pun nak yang muda remaja, ini pulak lelaki muda…malas lah nak bercinta lagi..…senang - senang, cam ni je lah, berkenalan, pastu kalau suka, terus kahwin!”
  •  ”Ooo…macam tu. Senang ya hehe…Okay then, take care ya.” Jawab saya… mengakhirkan perbualan pendek kami.
Tu lah kan, masa muda-muda, memilih sangat, tidak mahu mencuba, putus asa, sombong, sekarang dah 3 series.. . memanglah susah nak mencari jodoh. Rasa letih nak memulakan percintaan, rasa malas nak control2 ayu, nak menjaga hati, nak melayan karenah lelaki…letih!!
Amacam so far? Tersedak ke? Terkedu? Senak dada membaca? Geram? Hehe… sabar-sabar, relek-relek...It’s better to talk about solutions dia from now, okay…

Actually, kesilapan ramai single girls when they reached 3 series ni, mereka masih di takuk lama! Tidak evolved! Atau berkembang mengikut peredaran zaman, mereka masih berpegang pada citarasa lama, pendirian lama, masih menyimpan sikap tunggu dan lihat…“Cinta tidak akan datang bergolek beb! You have work for it!”
Sebab itulah ramai yang give up dan rasa macam dah tak ada harapan. In my humble opinion, kita kena ubah sikap dan pendirian dan ikut peredaran zaman dan umur kita beb…
To me, girls at early 30’s is the best!! Provided, mereka kena ACT LIKE ONE! Matang, relax, cool, sangat memahami, berdikari. I personally love to be girls at 30’s hehe… But if 20’s and matured, inteligent and independant sure lah best jugak!!
So, be 3 series, jangan malu, “Age is just numbers” keperibadian kita yang penting! Don’t worry too much, dont think too much… Masih ramai yang mahu berkahwin dengan 3 series girls, trust me!!
Yang penting kematangan, cool dan independant! Wajah kenalah sentiasa berseri, kena facial lebih sikit, penjagaan kena double lebih dari masa 20’s kan.. And remember, believe, harapan dan peluang masih terbuka luas!

Cuma janganlah umur dah 30an tapi perangai macam budak-budak, macam teenagers ke, atau macam gadis 20an yang selalunya suka merajuk, merengek, meminta-minta dan mengada sangat, which is UNCOOL! …also tak boleh juga, acting like OLD WOMAN, macam mak nenek, lagilah boring!

“BIAR UMUR BERAPA PUN TAPI KEPERIBADIAN MATANG, HATI MUDA REMAJA, JIWA BERSEMANGAT dan BERTENAGA!” …InsyaAllah, cinta akan hadir!”

kredit : Brother Love - Razzi
p/s : fuh!!..kisah ni pun terjadi dlm opis...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

12 Januari 2011

Kenapa mesti pompuan yg bayar ?

Crazy bila memikirkan soal siapa yang bayar, siapa yang belanja. Why crazy? Because it’s about money…money turned people’s become crazy!

Semasa anda masih lagi dalam PERCINTAAN… Siapa yang kena bayar bila keluar makan?, Lelaki atau Wanita? Keluar minum-minum, shopping, bersiar-siar, theme park entrance, bowling, bills, car installment, sewa rumah, topups, masuk tandas kat mall… hehehe, tak pernah fikirkan? :)
Most of us, kalau masa bercinta ni biasalah…kerana sayang, sanggup belanja, sanggup bayar untuk apa sahaja asalkan tidak bergaduh, asalkan sama-sama bahagia. IF HAPPY, okaylah… kalau tak happy? kerana cintakan dia, sanggup berbelanja tak kira apa, berapa harga, bila-bila masa…BAYAR!
Bukan nak cakap la tapi lately ni memang ramai lelaki suka sangat meminta girlfriend bayarkan macam-macam. BUKAN SEMUA LELAKI tau......hehe :lol: 

Siap suruh girlfriend belanja setiap kali keluar makan dan minum, even tambang teksi, komuter, bayarkan payment kereta, malah top up pun suruh girlfriend belikan! MELAMPAU BETUL!

Okaylah dapat girlfriend anak lord…tapi cemburu buta pulak tu, memaki hamun girlfriend pulak setiap kali cemburu. Lepas tu pakai kereta girlfriend lagi…Kalau girlfriend yang hanya makan gaji tapi berkarier tinggi sikit pun kenaaa jugak…minta belikan macam-macam keperluan dia, siap minta bayarkan kereta dia la, minyak kereta la, nak pergi bersiar-siar pun girlfriend yang keluarkan duit. Tak malu ke?

SOMETIMES tu boleh lah girlfriend belanja, bukan tak boleh langsung, tetapi JANGANLAH SURUH BAYAR. Kalau girlfriend nak belanja minum, or belikan Tshirt, Jeans… kadang-kadang tu best la jugak kan, but that’s it la! Apa ke benda sampai bayar macam-macam ni?
All this selalunya alasan lelaki-lelaki ini adalah, ‘masih belajar’ – ‘masih menganggur’ – ‘kerja I tak sehebat kerja you’ – ‘I bukan anak orang kaya macam you’ so “Youuu la bayar!”
Yang peliknya,
  • the girl sanggup bayar pulak tu…dan selalu sebab takut boyfriend cari lain. ADOI! Takkan serendah itu martabat anda sebagai wanita? Kalau kerana anda tak mahu belanja dia, dan dia nak cari lain…BIARLAH! Biar dia cari lain…
  • Some girls pulak maybe fikir, umur sudah lanjut…dah in 30’s so fikir kena suap dengan duit la, kena belanja macam-macam baru lelaki ni nak kat dia…lepas tu dah bertahun-tahun, bamm!! Mamat tu tinggalkan dia!…Beribu-ribu ringgit habis untuk teman lelaki…now tinggal habuk je lah… :(
Pernah tak anda fikir sekiranya keluarga anda dapat tahu, yang anda menanggung segala-gala untuk boyfriend anda? …dimanakah maruah keluarga anda hendak letakkan? Malu ibu bapa anda nanti… Anak gadis yang diasuh sedari kecil dengan berbagai-bagai ilmu kehidupan dan pelajaran yang tinggi…bila dah besar, menanggung hidup laki yang bukan suaminya!! Aduuhh …malunya!
Macamana anda boleh terfikir lelaki sebegitu yang layak untuk dijadikan boyfriend? JAUH SEKALI nak dijadikan suami beb?! Takkan lah sampai macam tu sekali anda tak laku? Malah boleh percaya dengan kata-kata dan janji manis…
  • “Nanti bila I ada duit, I bayar semua okay. Duit I dah nak dapat ni…”
  • “Nanti kita kahwin, I tanggung semua okay sayang…sekarang, you la bayar dulu…”
  • “Kan I belum dapat kerja tetap lagi, you bantulah I dulu. Esok dah dapat kerja, you nak apa pun I belikan!”
  • “Bestnya la dapat girlfriend macam you… sayang kat you tau, nanti kita gi holiday you la belanja okay, you kan kayaaa!”
  • “Kalau you tak top up kat I, I tak nak jawab sms you lagi!”
PLEASE GIRLS! Open your eyes… Inikah lelaki pilihan you all?! Please la beb…
Dalam hukum syarak pun menyatakan suami tidak boleh menyentuh harta isteri. Melainkan isteri merelakan dengan niat membantu suami. Dan semua tanggungjawab memberi nafkah adalah atas suami, mengikut kemampuannya.
Pastinya give and take tu baguslah, saling bantu membantu untuk meringankan beban, TETAPI itu setelah berkahwin, dengan kerelaan isteri! SEKARANG BELUM KAHWIN!!…
Yang sepatut anda cari adalah lelaki yang memiliki ciri-ciri seorang ketua rumah yang provide kemudahan dan kesenangan untuk keluarga. Sederhana pun Alhamdulillah asalkan dia layak dan berkemampuan, kalau dapat yang stabil atau berduit tu…or kaya, it’s a bonus la.
BUT…kalau yang sangap tak terdaya nak menanggung diri tu, why la you nak bercinta dengan dia?… kalau diri sendiri pun tak tertanggung macamana nak menanggung anak orang? Lepas tu ada hati nak bercinta pulak tu…
Kalau layan baik, mesra, menghormati, pandai ambil hati keluarga you, menggembirakan hidup you, membahagiakan, tak pa lah jugak, boleh lah beri peluang sedikit masa untuk meningkatkan taraf hidup.…TAPI, layanan buruk pulak tu, kena hina, kena maki, ada yang kena pukul…
  • Guys, kalau tak ada duit tuu, berusahalah bersungguh-sungguh sampai berkemampuan. Then barulah bercinta! Buat malu je suruh girl bayar… “YOUUU LA BAYAR!!” :D
P.S : teringat kisah ni sbb berlaku didepan mata.....
__._,_.___

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

13 November 2010

Anda skema?

 
Apa yang dimaksudkan dengan skema? Anda mungkin pernah mendengar ayat sebegini…
 
“skemanya ngko”
“dia tu budak skema”
“ngko ni skema tul la”
“janganlah skema sangat”
 
Dari kajian yang saya buat sikap ‘skema’ ni disamakan dengan sifat jujur, lurus, dalam sesetengah situasi, dipanggil lurus bendul iaitu jujur yang terlalu lurus. Skema juga dipanggil sebagai ‘lambat pickup’ dalam sitasi lain, tapi keseluruhannya skema adalah sikap lurus, yakni jujur.
 
Secara positifnya sikap skema atau lurus ni adalah bukti kejujuran seseorang. Orang jujur sekarang memang senang kena tipu simply sebab sikap jujurnya.
 
Orang yang bersikap skema ni biasa mengikut saja tanpa banyak soal. Tak pernah terfikir untuk membantah, tak pernah terfikir untuk lari (escape) dari undang-undang, tak pernah terfikir untuk melakukan sesuatu yang bersifat nakal atau dalam bahasa Sabah dipanggil ‘jajal’.
 
Dalam era moden hari ini memang susah kita nak jumpa orang yang 100% jujur, humble tidak riak (Anda pasti setuju dengan saya).
 
Ingat tak lagi watak Fahri dalam novel Ayat-ayat cinta?
 
Dia sangat jujur, baik hati, setia dan sangat penyayang. Anda rasa ada lagi tak lelaki jujur macam Fahri sekarang ni? Mungkin Anda akan kata, lelaki camtu dah pupus! Sebenarnya ada, tapi cuma sedikit.
 
Jika ada orang kata yang Anda skema, atau ada orang kata yang Anda ni terlalu lurus, terima saja itu sebagai teguran membina, bukan kritikan membunuh.
 
Jangan cuba ubah diri Anda supaya nampak tak skema semata-mata untuk mahu menarik perhatian orang yang menegur Anda tu sebab Anda tak akan merasa selesa dengan perubahan yang Anda buat. Anda akan berperang dengan perasaan sendiri sama ada mahu megikut kemahuan orang lain atau  berubah mengikut selera sendiri.
 
Jadilah diri sendiri dan jangan cuba jadi orang lain yang Anda nampak ‘perfect’ sebab semakin Anda cuba untuk jadi perfect, semakin banyak kekurangan diri Anda akan terserlah.
 
Penampilan atau ‘impression’ diri Anda akan kelihatan lucu (sebab serba tak kena) kerana perubahan yang Anda cuba buat pada diri Anda nampak tak ngam. orang lain akan mentertawakan Anda. Anda akan merasa tertekan, marah dengan diri sendiri, emosi Anda jadi ‘down’.
 
Motivasi Anda hilang serta merta. Walaupun orang kata Anda skema, biarlah Anda skema janji Anda selesa dengan sikap skema tu. Nak berubah menjadi orang yang bukan skema boleh, tapi biarlah berubah secara bertahap, satu demi satu supaya nampak ngam dan anda selesa dengan perubahan yang Anda buat. Hasilnya pun mantap.
 
Bercakap tentang perubahan, saya mahu tonjolkan satu contoh. Cuba ingat watak Angeli (lakonan Kajol) dalam filem Kuch-kuch Hota Hai yang faymes pada tahun 1997. Angeli yang tomby cuba berubah menjadi seperti Tina yang feminin – perfect, cantik, menawan.
Angeli meniru pakaian Tina dan gaya Tina berjalan sebab dia mahu kelihatan perfect, cantik dan menawan seperti Tina untuk menarik perhatian Rahul. Akhirnya, Angeli di ketawakan oleh Rahul sebab perubahan yang dibuat oleh Angeli amat drastik, nampak tak ngam, kelihatan lucu.
 
Apabila Anda tahu yang Anda dipanggil ‘budak skema’ atau orang sekeliling Anda nampak Anda ni skema, sebenarnya Anda memiliki ciri-ciri intelek seorang ‘geek’. Geek adalah nama jolokan pada orang-orang intelektual yang pintar, jujur dan humble.
 
Geek tidak pandai bernakal dan tidak pandai untuk mencetuskan kenakalan atau perangai-perangai ‘setan’, mereka ini selesa dengan sikap pendiam dan sikap lurus.
Jadi jangan kecil hati apabila Anda dipanggil skema sebab mungkin orang yang memanggil Anda dengan panggilan skema tu kurang bersetuju dengan tindakan Anda, atau mungkin pada tanggapannya Anda ni terlalu lurus, terlalu ikut peraturan, nampak rigid serta kekampungan.
 
Jangan rasa terpukul atau jadi bad mood sebab dia panggil Anda skema, anggap saja panggilan itu sebagai petanda orang yang menegur Anda itu bukan orang yang baik untuk Anda kerana dia hanya tahu mengkritik, nampak benar dia hanya mahu mentertawakan Anda.
 
Orang yang baik sebagai kawan atau best friend Anda adalah orang yang memahami, membina jatidiri dan meyokong, dia jua mengkritik tapi bertujuan untuk mengubah diri Anda jadi semakin baik. Dia jarang mengkritik tapi lebih banyak menegur tanpa memarahi.
Kawan yang tak baik adalah kawan yang hanya tahu mentertawakan Anda, hanya tahu mengkritik Anda (seolah-olah cuma dia saja yang betul), tidak mahu menerima pendapat kemudian bersikap riak.
 
Orang yang menegur Anda dan mengatakan Anda skema sebenarnya kurang selesa dengan peraturan, kurang selesa dengan arahan, cuma tahu menyakitkan hati serta jenis yang tidak mahu ambil tahu kesan buruk perbuatan yang dilakukan olehnya terhadap perhubungannya orang sekeliling (cause and effect).
 
Akhir kata, jika Anda dipanggil skema, ingatlah bahawa itu petanda jelas yang Anda sebenarnya orang bersikap jujur, lurus, boleh dipercayai. Tak ada yang salah jika bersikap skema. Sikap skema sebenarnya dijana oleh pemikiran positif, dibentuk oleh hati yang bersih.
 
Dah saya katakan sebelum ini, orang bersikap skema ni tak pandai bernakal dan tak nampak ciri-ciri sikap ‘setan’ (kenakalan). Bertuah sesiapa yang mendapat pasangan hidup yang sikapnya nampak skema sebab orang sebegini lurus, fikirannya telus, ada matlamat hidup.
 
Aura orang skema ni bersih tanpa dicemari idea-idea kotor yang dipengaruhi nafsu ketamakan, sikap riak, memandang rendah dan membangga-bangga diri. Kebanyakan orang berjaya seperti Steve Jobs, Sergey Brin, Larry Page, Bill Gates, Peter Rojas adalah orang skema sebenarnya.
 
Kebanyakan orang yang menjaga sembahyang dan selalu bersangka baik, dia juga orang bersikap skema. Maka nampak sangatlah jika Anda  mentertawakan seseorang sebab bersikap skema, maka sebenarnya Anda sedang mentertawakan diri Anda sendiri sebab tidak bersikap positif seperti orang yang Anda tertawakan tu.
 
Tabahkan hati, fokuskan fikiran pada kejayaan yang Anda mahu capai dalam hidup, bukan menyesakkan fikiran dengan kritikan-kritikan yang merimaskan.
 
p/s: nerd ngan skema tu sama tak?????

 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

IKLAN