IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Makan-makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan-makan. Papar semua catatan

26 Mei 2011

Singgah Makan kat Sekinchan

On the way balik dari Banting lepas tgk mak tuh, kitaorang plan nak singgah Bukit Melawati. Tapi hari pun gelap dan macam nak hujan so tak jadi singgah, takperlah mungkin next time boleh singgah kot. Tapi sekarang kereta dah takleh naik, kena naik tren yg diprovide tu entah berapa tambang eh.

Kalau lalu area Sekinchan ni memang seronok tau sbb kita boleh tgk kiri kanan diorang jual macam-macam ada.

Selesai beli buah tangan tuh kitaorang pun singgah makan jap, nak makan ikan bakar tp mana kedai ikan bakar bukak siang-siang kan, so makan yg biasa-biasa sudah...

Kedai ni tepi jalan jer tau, ada berderet gerai tp bukan semuanya bukak. Sudahnya kami singgah yg paling ujung sekali sbb senang nak parking kereta.
Walau rupa gerai tu agak buruk tp makanan gerai tu sedap tau..tak cer tengok, cer tengok..


Bihun sup sedap


Nasi Goreng Ayam yg mabeles

Lain kali kalau sy lalu lagi, mesti sy singgah ...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

25 Mei 2011

Pizza oh Pizza

Aktiviti ahad lepas dengan anak dara...yer yer sy dah ada nak dara kan, alaa..baru umur 10 tahunlah...

Tetiba pulak rasa macam nak makan pizza tp yang sendiri buat tau, jadinya pagi ahad tu berkocoh-kocohlah ke Tesco nun sbb nak membeli bahan..Tesco kan bukak pukul 8 jadik takder hal punya..hehe
Macam-macam bahan dibubuh, kan nak bagi penuh kalau berniaga ini kompom rugi tau...hikhik

cer tengok...cer tengok...

Ada sosej, tuna, mix vege, chicken slice dan yg paling adalah mozarella cheese...ini taruk sesikit sudah sbb mahal ok...sedihhh


Tengah bakar...ko bakarlah lebih kurang 15 - 20 minit, lebih nanti garing sangat dan keras pulak bahan atasnya...

 
 Taraaaaaa....bolehlah ngap ngan cili sos tp kalau ko terer makanlah dengan tabasco..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

20 Mei 2011

Burung Puyuh yang Rangup


Hari sabtu yg lepas, aku turun lewat sket dari biasa sbb ingat mau repair kereta, minor problem saja. Masa keluar dari pintu besar opis tu terserempak dengan sorang staff nih, pastu dia offer mau beli burung puyuh tak. Aku pun angguk laju2 sambil keluarkan duit, harga ? kalau kat luar pun sama jugak, mcm kat pasar malam pun sama, 4 ekor - RM10.00...ingatkan dapat murah..ceh

 
Balik rumah tu terus cuci burung puyuh dan terus mau goreng tepung. Selalu pun buat macam tu jugak, kalau beli kat luar sekor adalah RM3.00 yer..kebetulan hari pun hujan agak lebat, jadinya duduk rumah dendiam sambil kruk krak depan TV layan movie hindustan yg tak best. Bukak channel 108, 103, 102, semua cerita pun adalah tidak seronok, jadi layan saja cerita yg ada sambil mengunyah burung puyuh yg sangat rangup itu...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

14 Mei 2011

Sushi Tokyo Set

Lama giler tidak berentry disini, tatau napa..lost soul kot ? heh

Sumpah aku sebenarnya tak pernah makan benda-benda cenggini, rasa macam tak leh lalu kat tekak jer..tp itu hari tergoda nak cuba setelah baca kat blog favourite aku, klik sini nak tau siapa okeh...

Jadinya petang tu jugak aku laju laju singgah Tesco sebab nak beli sushi nih...

Bervariasikan sushi tu, tatau nak pilih mana satu..lagaknya mcm dah pandai makan sangat nak tanya budak yg jual tu nampak cam aku ni jahil sangat so pilih pilih jelah...tetiba nampak set yg dipek2 semua ada dalam tu..ebiko pun ado tp sampai kesudah aku tak leh telan, dok pegang-pegang pastu dok pikir nak makan tidak nak makan tidak..sudahnya aku simpan dalam peti ais pastu esoknya aku buang jer...


Nampak gayanya kena beli dan makan selalu barulah rasa nikmat tu kan sbb masa makan tu aku tak rasa apa2 pun melainkan rasa masam dan masin jer, nak nak pulak aku pi celup ngan kicap shoyu tu.

p/s : balik nanti nak belilah sushi lagik...apa favourite sushi korang ?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

27 Januari 2011

Betul-betul geram tgk rupa dia...

Lately ni entah kenapa teringin sungguh nak makan 'macaron'...semuanya gara2 baca di blog Cikmin dan a few blog lagik. Jangan pulak kata aku mengandung tu pasal yg teringin dah tahap gaban dah ni, sbb tak pernah makanlah, aku ni teringin sangat. Aku dah order kat cikmin tataulah bila dia nak tayang sbb dia baru balik dari kelas macaron tuh. Mcmmanalah tak geram korang tgklah macaron berkaler2, bermcm perisa dan dah tentu kandungan gula pun tinggi gak kan.





sangat menggodakan tgk macaron tuh...gambar2 semua ni diambil dari blog Creative Abubot ( Philiphines ).



macam tu lah rupa 'macaron' dari dalam..nyummy kan.

p/s : balik rumah buat asam pedas ikan tenggiri pun sedap wati dari ko merepek pasal si macaron nih...hehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

21 Januari 2011

Turun dari Cameron Highlands, lunch di Tapah...

Cerita Cameron belum abis lagik...

Waktu turun dari Cameron tempoh hari, ngam2 jer jam pukul 1..jadinya perut mmg dah lapor sangat. Teringat dulu pernah makan kat pekan Tapah ni, kedai ni betul2 depan masjid, apa nama masjid tu aku pun dah lupa..
Dari atas lagi aku dah teringin nak makan masak lemak tempoyak ikan patin, tp bila sampai nan ado, yg ado cuma asam pedas ikan patin tp aku rasa tak berapa kicklah..tatau nape..

Lauk pauk kat kedai ni boleh fengsan lau ko tgk, sampai tatau mau makan yg mana satu, kang lau ambik semua mau berpeluh gak membayar....hik2

Utk lunch ari tu aku cuma ambik ikan patin, sayur labu ngan udang geragau goreng ( kalau tak silaplah..)
..: penuh pinggan lauk...:..
..: macam2 lauk ada :..
..: segala jenis sup ngan ikan bakar :..
..: pandangan dari depan :..
..: lokasi kedai berhadapan ngan masjid :..

p/s : arini dah jumaat tp nape terasa cam ari isnin hah...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

15 Januari 2011

Cerita hari Rabu...

Hari rabu yg lepas mengidam nak makan laksa, jadinya aku dan Aida ke Billion saja sambil makan sambil cuci mata...Tempat makan kalau kat dalam Billion tu dah tentulah disini, banyak makanan yang sedap2...antara makanan yg kitaorang pernah makan kat sini adalah laksa, mee udang, chicken chop, ais kacang...

 Ini cafe yg selalu kitaorang singgah lau ke Billion
Makanan semua sedap2
Pandangan dari dalam cafe
Laksa kat sini mmg sedap cuma RM3.00
lepas makan singgah kat kedai hp cuci mata...hehe
rasa2nya hp termasuk dalam wishlist utk tahun 2011...hehe

p/s : update dari Equatorial Cameron Highlands...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

30 Disember 2010

Kek Span Berkelapa...

Tengah molek dok goreng cucur nasi ikan bilis tu tetiba phone berbunyi, panggilan dari Hidayah..dia mintak buatkan sebijik kek span utk adik dia yg nak balik ke Kelantan..elok jer habis goreng cucur tu terus capai bahan-bahan utk kek..sambil dok buat kek tu aku pun buat sket kek utk makan2...sebenarnya tatau nak hias mcmmana, last2 jadik camni....


Resepi utk kek ni boleh ambik kat sini..cuma aku tambah jem strawberi dan taburkan kelapa kering jer....ok, Happy Holiday semua !!!


p/s : cuti yg ada ni aku nak carried forward ke tahun depan jelah....
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Memang betullah kata Mat Gebu dan Kak Yati...

Semalam ngam2 sampai rumah hujan selebat2nya...jadi tak dapat nak singgah mana sbb asalnya nak singgah kat kedai beli barang sket tp dah ujan hasrat tu dah maleh la...so, pegi kat dapur dan berkira-kira nak wat minum petanglah..pastu teringat tengahhari tu ada singgah kat blog Mat Gebu, terbacakan resepi Cucur Nasi Ikan Bilis yg simple tuh..pastu singgah pulak kat blog Kak Yati pun ada resepi nih, terima kasih gak wat kak yatie sbb berkongsi resepi yg mudah ni.....terus jer bukak periuk nasi, nasi ada lagi pastu terus buat macam yg Mat tu tulis...hehe...terima kasihlah pada Mat Gebu kerana sudi berkongsi resepi yg simple, murah dan sudah pasti sedapppppp..oh ya ! tahniah buat pasukan Malaysia kerana berjaya bawak balik Piala Suzuki yg dah 14 tahun kita kempunan tu, nak kisah lanjut baca kat sini.


Cucur Nasi Ikan Bilis

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan air
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris - watie tak letak
  • 1/2 biji bawang besar, didadu
  • 1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan - watie tambah kiub ikan bilis
  • 1 biji lada merah, hiris halus
  • Daun sup/daun bawang, hiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  3. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

Mudahkan..apalagi, pegi perabihkan balance nasi kat dapur tu...



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

29 Disember 2010

1st time buat Bingka Roti Berjagung !!


Malam tadi sebelum ke kelas sempat lagi bakar Bingka Roti Berjagung ni...honestly, ini 1st time buat, tp menjadi jugak kan...cuma kerak roti tu jer lupa nak buang sket sbb tu rupa kuih ni mcm ala-ala jer tp rasa dia sedapppp tau...resepi ni skodeng dari dapur En Mat Gebu..terima kasih bebanyak yer En Mat, lain kali leh skodeng lagi...


Bingka Roti Berjagung



BAHAN-BAHANNYA
  • 3 biji telur gred A
  • 150 g gula kastor
  • 100 g mentega, dicair dan sejukkan (mat guna 70 gram)
  • 1/2 camca teh garam
  • 300 g roti putih, didadu kecil2
  • 200 g tepung gandum - diayak
  • 1 liter santan - beli santan RM2.00 + air
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 200 g jagung krim dalam tin
CARA MEMBUATNYA
  1. Dalam satu bekas, satukan telur, esen vanilla dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega cair dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan aluminium foil, sapu juga aluminum tadi dengan mentega.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
CATATAN MAT GEBU :- Resipi ini akan menghasilkan kueh bingka roti jagung berukuran 9 inci x 9 inci x 2+ inci. Kalau nak buat kecik, bahagi dua resipi diatas (untuk telur tu kalau buat 1/2 adunan, mat syorkan 1 biji telur + 1 kuning) - 

 p/s : mood 2-3 ari ni mcm rajin sket nak mencuba mcm2 resepi....
 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

28 Disember 2010

Apa kaitan Kari Kambing ngan Sakit Kepala ?

Semalam pekena Nasi Beriani ngan En. Wan kat kedai biasa tuh..rancangan asal hanya nak makan bihun sup pun kat tempat biasa tuh tp akak tu cuma meniaga pisang ngan keropok lekor goreng..terus terasa, eeeii..tak bestnyer kalau tau malas kuar gitu..cekau jugaklah pisang goreng tu seringgit..sedang molek abis mengunyah tu terasa mcm awal lagi nih..aku pandang En. Wan, En. Wan pandang aku..cewahhh, aku tanya En Wan lapar lagi tak, lau lapar jom jalan-jalan carik makan..hehe..eh, aku ni dah tak diet segala ker, takper bukan selalu....hahaha

Tetiba terus aku cakap lau dapat makan tosei tetengahhari buta ni pun best jugak kan..jam-jam itu jugak En Wan terus ajak aku gi Restaurant Beriani kat Manjung lama tuh...sedang molek masuk kedai tokeh tu terus tarik tangan aku eh silap En Wan, dia cakap jgn makan nasi putih tp makan nasi beriani..cantik gak tuh, lauk yang aku ambik cuma ini saje tau...


Aku cuma mintak nasi separuh, lauk kari kambing, kuah tiga rasa sket dan yg best telur sotong goreng, papadom dan air limau suam..makan sampai tak pandang kiri kanan..hehe..selalunya kalau jalan-jalan carik makan nih aku akan heret kawan aku si Aida tuh tp memandangkan dia cuti sbb mengabihkan cuti tahun dia terpaksalah aku heret En Wan...kiranya memang sedaplah menu tgh hari tu tp yang tak best bila dah sampai opis kepala aku tetiba lak sakit mengalahkan auditor yang mengadap lejer akaun tuh...sepanjang pengetahuan aku, aku ni bebas dari hypertension...

Nampaknya lepas nih kena pikir duapuloh kali lau nak makan kari kambing...

 papadom...
Saja wat cuci-cuci mata yang mengantok tuh...kek utk member opis aku :)

 
Cukuplah dulu...

p/s : kemana nak sambut Tahun Baru nanti ??

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

27 Disember 2010

Butter Cake Marble

Sebenarnya jeles tahap gaban bila tgk blog akak2 senior yang penuh ngan gambar dan cerita tentang resepi masakan..nak2 pulak citer tentang kek yang berlapis2 dan berkaler2 itu..jadinya semalam jugak mencuba kek nih, honestly, aku tak pernah buat kek marble ni cuma biasa2 jer takder ati pun nak memarblekan kek tuh sbb nak cepat...hehe

Tapi untuk kali ni mesti rajinkan diri sbb nak bgtau yg i pun versatile jugak tau, idaklah rhupa itu, rhupa itu jugak takder perubahan langsung...waaaaaa...memandangkan minat yg mendalam terhadap bidang bakery maka terpaksalah jugak mengkreatifkan diri yg tidak seberapa ini...


ambik sorang sepotong..hehehe

p/s : ari ni pekena nasi beriani kat kedai mamak kat tempat biasa tu....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bebola Ketam

Benda ni buat semalam lepas tgk kat blog Kak Hana..so, pegi kedai cepat-cepat dan buat laju-laju...bebola ni sebijik macam buat bergedil jugak cuma ganti ngan crabstick jer ok, sepatutnya salut ngan breadcrumbs tp benda tu aku tak pernah beli pun dan hingat nak ganti ngan oat, malangnya oat pun dah abis...so, golek2 begitu jelah..

sebelum digoreng

selepas digoreng....


Resepi Bebola Ketam

Bahan-bahan :

1 kilo kentang - dikupas kulit dan direbus empuk
1 paket isi ketam - dikisar kasar
2 sb serbuk lada sulah
Setangkai daun sup - tak letak
3 sb bawang goreng - tak letak
3 sb tepung jagung
Garam
2 biji telur - untuk saduran
Breadcrumbs @ oat - untuk saduran

Cara buat : 
  • Kentang dikupas kulit dan direbus sampai agak empuk kemudian toskan.
  • Lecek kentang sampai agak halus.
  • Isi ketam dikisar kasar sedikit supaya mudah diadun.
  • Campurkan kentang, isi ketam, daun sup yg diracik halus dan bawang goreng.
  • Tambahkan serbuk lada sulah dan garam.
  • Jika adunan terlembik, campurkan 2-3 sb tepung jagung sebagai pemekat.
  • Buat bentuk bulat atau leper kemudian celupkan kedalam telur.
  • Gorengkan dengan api perlahan.
  • Hidangkan dengan sos cili @ mayonis kesukaan.
Jangan risau, bebola ni akan keras sedikit bila dah sejuk..

p/s : kalau rajin boleh buat banyak2 dan simpan dalam petisejuk, pastikan bebola dilapis dgn plastik supaya tidak melekat tau....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kisah Hari Krismas !

Hari Krismas datang lagi...so, seantero dunia bercuti lah kan, tp En Wan kene keje, standby gitu..memandangkan dah lama nau tak berjogging pepagi tu aku hangkut anak2 aku gi ke MPM..kita wat exercise sket kasi peluh mana yang patut....hehehe

Lepas berpeluh lebih kurang tu, bebudak demand nak makan roti canai, so rasanya tempat yang paling dekat adalah sini kerana aku suka environment kedai ni yg mesra pelanggan gitu, servis tiptop..siap angkat2 tangan gitu...wah suka la ko dilayan begitu kan...


Lokasi kedai ni kat Manjung lama...betul2 sebelah kedai FAMA



Kedai ni dah naik taraf dah, dulu masa datang satu kedai jer skarang dah extend sebelah lagi..siap ada WIFI segala..


Kaunter untuk air pun pun cantik kan..


dari dalam kedai..


tak sabar dah nak makan roti canai tuh..


antara kegemaran aku lau datang kedai ni adalah tosei, selain dari idli dan putu mayum..

Apa aktiviti korang di Hari Krismas ??
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

24 Disember 2010

Kek Span Marble

Semalam terasa-rasa macam nak buat kek marble tp tepung kek butter dah habis yang ado cuma tepung untuk kek span, bukan tak leh guna tepung gandum segala tp aku maleh.....so, kita buat jelah kot-kot menjadi kan...

Resepi masih sama cuma tambah paste pandan dan pewarna hijau je, yg lagi satu adunan tu buh paste vanila ngan pewarna kuning sket, tp semalam tak letak pewarna kuning pun sbb dah takder dlm stok...hehe..so, kalau uols nak cuba mungkin leh tambah lebih sket pewarna hijau atau apa2 warna yg korang suka....
Layan gambar je eh...






Kek ni aku buat sbb nak bawak balik kg..mak mentua eden suka nau lau eden bawak  segala jenis kek balik kg..menantu kesayanganlah katakan...eh! idaklah, mak mentua eden tu layan sama jer semua menantu dia...hehehe

p/s : kak jue, kelas ari ni takder tau....khairul nak off, penat weh ari2 melompat segala...ngeh..ngeh..ngeh


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

23 Disember 2010

Dinner di Bakau D Muara 2

Malam selasa yang lepas kami bercadang nak makan ikan bakar, so kalau nak makan ikan bakar area Sri Manjung ni, inilah antara tempat yang mmg jadi pilihan kami..


 Kiranya dah lama gak tak makan sini last makan adalah 2-3 bulan yang lepas..bukan apa kat sini servis diorang agak cepat dan efisien gitu..hehe
Makan kali ni sempena En Wan yg menyambut harijadinya lau tak malas gak nak kesana memalam buta tuh...mmg kami pegi pun dah lewat lebih kurang pukul 10.00...abih diet aku, tp takper bukan slalu kan..kedai ni pun tutup lewat rasanya dalam pukul 3-4 pagi...

Antara menu malam tu...


Sotong goreng tepung - sotong besar 3 ekor


Sup cendawan - mmg sedap dan pedas...


Ikan gerut-gerut bakar - berat lebih kurang 500 gm
sekilo RM40.00


Malam tu aku tak makan nasi tp makan ngan bihun...ngam ho..hehe



Air kedondong gelas besar RM1.80

Harga makanan semua tu baru RM55.00..mementanglah tokeh kedai tu kawan ko kan bang..hehe

Lokasi kedai ni senang jer..kat tepi jalan menuju ke Lekir..

p/s : kedai ni ada cawangan kat area Lumut nun tp belum masuk pekan Lumut tau...tatau tanya olang maaa !!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

IKLAN