IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

8 April 2011

Mengapa Wanita Melayu Kini Gemuk-gemuk?

Salam sayang semua...


Hampir 2 minggu sy tak update blog, banyak perkara yg baik berlaku sepanjang 2 minggu yg lepas tp kemudianlah sy cerita...jgn marah sy kalau baca artikel nih sbb ini sy dapat dari kawan dan sy anggap sebagai motivasi bukan untuk memburukkan sesiapa...


Masalah kegemukan di kalangan wanita Melayu Singapura (Malaysia juga) telah mendapat perhatian sejak lebih sedekad yang lalu, tetapi hingga kini ia kelihatan masih meluas.

Berjalan-jalan di Geylang Serai, misalnya, atau di kawasan-kawasan yang ramai orang Melayu, memberikan gambaran sedemikian.

Daripada kalangan sejumlah wanita Melayu di tempat-tempat ini, pasti akan ada beberapa orang yang menyerlah kehadiran mereka kerana berat badan yang berlebihan atau obes.


Ia satu senario yang sungguh jauh berbeza daripada era sekitar 30, 40 atau 50 tahun lalu, apabila wanita- wanita Melayu lebih dikenali kerana kelangsingan tubuh dan kerampingan pinggang mereka, apatah lagi jika berbaju kebaya.

Sebagaimana langsing dan ramping seniwati-seniwati filem Melayu lama, begitulah wanita-wanita Melayu pada ketika itu.

Jika ada pun mereka yang agak gempal pada masa lalu, mereka biasanya sudah separuh umur, tetapi kini, ramai wanita Melayu yang masih muda dan belum berumah tangga pun, berkeadaan obes.

Maka, ini menimbulkan persoalan: Mengapa wanita Melayu dahulu dapat menjaga kelangsingan tubuh tetapi sekarang bentuk tubuh mereka 'membuak-buak'?

DULU BANYAK KERJA, KURANG MAKAN

Beberapa orang yang dihubungi Berita Minggu berkata, wanita dahulu umumnya, banyak menggunakan tenaga dan mengeluarkan peluh dalam kehidupan seharian mereka.

Mereka bagaikan bersenam setiap hari.

'Anda tanyalah ibu bapa atau datuk nenek anda. Wanita kita dahulu, kalau membasuh pakaian, mereka gunakan tangan. Mereka berus dan sental pakaian yang dicuci itu dengan sabun buku sampai berpeluh- peluh... setiap hari.

'Setiap pagi dan petang, mereka mengemas rumah dan menyapu halaman dengan penyapu lidi.

'Pasar masa itu pula jauh dari rumah. Setiap pagi kita boleh lihat ramai wanita kita menggendung bakul, berjalan kaki ke pasar sampai mengeluarkan peluh yang banyak.

'Baik juga mereka jalan kaki. Paling banyak, mereka naik beca,' kata seorang wanita berusia 60-an tahun yang tidak mahu namanya disebutkan.

Taraf kehidupan yang lebih rendah pada masa lalu juga bermakna orang Melayu ketika itu kurang makan dan mereka juga tidak bergantung kepada pembantu rumah untuk melakuan kerja-kerja rumah mereka.

Makanan seharian mereka pada masa itu hanyalah nasi, sayur dan ikan... ada masanya cuma nasi dan kicap sahaja.

Daging dan ayam, pada masa itu, merupakan makanan mewah yang hanya dapat mereka nikmati sekali-sekala.

Mereka makan di luar hanya apabila dapat gaji pada penghujung bulan. Itupun tidak ramai yang mampu berbuat demikian.

SEKARANG BANYAK MAKAN, KURANG KERJA

Dapatan daripada Kajian Kesihatan Nasional (NHS) tahun lalu menunjukkan terdapat peningkatan pada kadar kegemukan atau obesiti di Singapura - daripada 6.9 peratus pada 2004 kepada 10.8 peratus pada tahun lalu atau tambahan 0.6 peratus setiap tahun.

Seawal tahun 2001, perkara ini sudah diketengahkan menerusi Kajian Kesihatan Nasional 1998 yang menunjukkan masalah kegemukan paling tinggi di kalangan wanita Melayu (23.7 peratus), dan kemudian meningkat kepada 36.9 peratus pada 2005 setelah kiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI) disemak semula.

Kenapa demikian?

Pakar-pakar kesihatan mengatakan, mereka lihat gaya hidup wanita sekarang sudah banyak berbeza daripada wanita dahulu.

Wanita Melayu sekarang umumnya tidak menjaga pemakanan dan tidak bersenam atau bergerak aktif secara fizikal.

Ini termasuklah tabiat masih suka masak dan memakan makanan berminyak dan berlemak, kerap mengadakan jamuan makan di rumah atau menghadiri jamuan makan di majlis kahwin atau kenduri-kendara, memilih untuk menjamu selera daripada melakukan aktiviti fizikal ketika beriadah di tepi pantai, dan suka melakukan santapan jauh malam atau supper di luar walaupun sudah makan malam.

'Cakap mudahnya, orang kita sekarang banyak makan, makan, makan...' kata seorang pakar pemakanan di sini.

Menurut Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), makan di luar dapat dikaitkan dengan peningkatan masalah obesiti ini, selain daripada corak kerja yang lebih bersifat sedantari atau tidak banyak bergerak yang dilakukan kian ramai penduduk Singapura (sekitar 52 peratus).

Kajian Pemakanan Nasional 2010 menunjukkan 60.1 peratus penduduk Singapura makan di luar, berbanding dengan 48.8 peratus pada 2004.

Cik Farah (bukan nama sebenar), 39 tahun, adalah antara mereka yang suka makan di luar bersama keluarganya pada hujung minggu.

Pada hari Sabtu dan Ahad itulah dapur beliau tidak akan berasap kerana beliau tidak akan memasak. Sebaliknya, bersama suami dan dua anak remajanya, Cik Farah akan makan di luar.

'Kami akan sarapan, makan tengah hari dan makan malam di luar,' kata Cik Farah, yang mengakui seronok melakukannya kerana ia mengeratkan lagi hubungan kekeluargaannya.

Tetapi, tanpa disedarinya, berat badannya semakin hari semakin bertambah, dan beliau percaya ia gara-gara kebiasaannya makan di luar tanpa mengambil kira sama ada makanan itu menyihatkannya atau tidak.

Dari segi senaman pula, antara sebab-sebab ramai wanita Melayu tidak melakukannya termasuklah 'tiada masa' yang merangkumi sebab 'menjaga anak atau cucu.'

Dua sahabat baik, Cik Siti Asha Bani, 56 tahun, dan Cik Rokiah Salleh, 55 tahun, pernah aktif dalam Kumpulan Jalan Pantas Simei sedikit masa dahulu.

Namun, atas sebab- sebab keluarga, mereka meninggalkan senaman itu sejak lebih lapan tahun lalu.

Cik Siti Asha tidak menyertai kumpulan itu sejak menimang cucu.

'Dah sibuk dengan kerja jaga cucu, mana ada masa nak keluar bersenam macam dulu ramai-ramai?

'Pada masa yang sama, saya juga perlu pastikan suami saya yang menghidap masalah dijaga keperluannya,' kata ibu enam anak dan nenek kepada 11 cucu ini.

Namun, beliau akur semenjak berhenti bersenam secara kerap, berat badannya bertambah dan ini menyebabkan kakinya mudah penat jika berjalan jauh.

'Apabila berjalan lama sikit, saya perlu duduk kerana kaki mula lenguh, tak seperti dulu masa badan tak terlalu berat, saya boleh jalan pantas dan lebih jauh,' katanya yang kini mempunyai berat badan sekitar 78 kilogram.

'Dulu semasa bersenam, berat badan saya sekitar 60 kilogram dan saya juga rajin jaga makan.

'Tapi, kini setiap hujung minggu anak-anak akan datang ke rumah untuk berkumpul dan kami akan habiskan masa makan bersama kerana itulah satu cara mengeratkan silaturahim,' tambahnya.

Apabila keluar bersantai dengan keluarga pun, kata Cik Siti Asha, yang menghidap paras kolesterol tinggi, acara mereka ialah makan.

'Kami pergi juga ke pantai. Sampai pantai, duduk. Kemudian makan,' katanya.

Cik Rokiah, nenek empat orang cucu, pula berkata meskipun berat badannya kini 75 kilogram berbanding 80 kilogram beberapa tahun lalu, beliau masih menganggap berat badannya itu berlebihan.

'Saya rendah orangnya. Jadi, 75 kilogram masih berat. Berat badan saya turun sikit selepas saya jalani empat pembedahan,' katanya.

Beliau telah menjalani dua pembedahan di perut akibat masalah hernia dan dua lagi di kededua belah tangan akibat masalah pergerakan.

'Dan lebih buruk lagi sebelum pembedahan, saya hidap sakit darah tinggi kerana mungkin rasa tertekan akibat pembedahan yang akan dijalani,' ujarnya.

Cik Jamaliah Sulaiman, ibu tiga orang anak dan dua cucu, pula risau kerana berat badannya mudah naik dan turun seperti yoyo.

Berat badannya pernah naik ke 68 kilogram, kemudian 76 kilogram sebelum turun semula kepada 72 kilogram.

Cik Jamaliah, 56 tahun, percaya, masalah berat badannya itu ada kaitan dengan kebiasaannya suka keluar malam dan makan bersama suaminya.

'Suami saya sudah bersara. Jadi, pada sebelah malam apabila terasa nak keluar berjalan, kami keluar saja. Kalau dah keluar, ke kedai makanlah jawabnya.

'Biasanya kami makan selewat 11 malam dan pernah juga selewat 2 pagi. Dah makan, kami pulang, duduk sebentar lalu tidur,' katanya. 
 
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

21 Mac 2011

Tips mendidik anak mengikut panduan Islam

Jangan pukul anak dari lutut ke atas

Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamukala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah....Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah , ucapkan tahniah.

Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka."Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan.

Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun eronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh la cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "*****, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.BERTAUBAT SEBELUM MELARAT Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.

Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kirakata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."USAH DERHAKA KEPADA MENTUA. Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya.

Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul,ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.

mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
p/s : yg baik jadikan tauladan dan yg buruk jadikan sempadan...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

9 Mac 2011

Usah Ungkit Kisah Silam !!!

DALAM mengemudi rumah tangga ke arah kebahagiaan hakiki, peranan penting suami dan isteri dalam mewujudkan kasih sayang serta keharmonian seharusnya menjadi keutamaan. Bukan semua rumah tangga yang didirikan tidak pernah ‘bergegar’.

Kebanyakan mereka yang bahagia mungkin pernah melalui suka duka dalam rumah tangga bahkan pernah melalui saat yang teramat sukar. Namun, kebijaksanaan menanganinya menjadikan ia bagaikan syurga buat suami dan isteri serta tempat anak-anak berlindung yang mendamaikan.

Oleh itu, berazamlah menjadi pasangan terbaik untuk pasangan anda. Jika anda mampu melakukannya, sudah pasti kebahagiaan menjadi ganjaran yang tidak ternilai harganya.

Terimalah kenyataan mengenai diri anda dan pasangan seadanya. Jangan hidup dalam kepura-puraan, hiduplah dalam dunia realistik. Jangan mengharap pasangan anda terlalu sempurna dan jangan sesekali menyamakan pasangan anda dengan orang lain semata-mata untuk mengambil hatinya.

- Berterus terang dengan pasangan

Awas! Jangan suka menilai atau membuat tanggapan sendiri mengenai diri dan perasaan pasangan anda. Sebaik-baiknya cuba selami hati dan perasaan pasangan anda.

Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan suka memendam perasaan. Sebaliknya, anda perlu menunjukkan perasaan sebenar anda untuk kebahagiaan bersama.

- Lakukan segala-galanya bersama

Menjalani kehidupan bersama pasangan pastinya lebih bermakna jika anda berdua sering menghabiskan masa gembira dan duka bersama-sama. Oleh itu bermula hari ini, cuba ubah kebiasaan hidup anda.

Pastikan anda melakukan segala aktiviti bersama pasangan untuk mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain. Jika pasangan anda gemar menonton teater, jangan biarkan si dia pergi bersendirian.

Jika si dia gemar membeli-belah, jangan biarkan si dia menghabiskan masa gembiranya bersama teman-teman atau anak-anak. Sertai pasangan anda dan cuba cintai aktiviti kegemarannya atau setidak-tidaknya cuba tunjukkan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi.

- Faham memahami dan bertolak ansur

Sikap faham memahami dan bertolak-ansur amat penting dalam sesebuah ikatan suami isteri. Tanpa dua ciri penting ini, sudah pasti ikatan suami isteri mudah goyah kerana hubungan antara suami isteri sentiasa dibelenggu kemarahan, rasa tidak puas hati dan dendam yang tidak sudah.

Terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan juga kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda. Jika pasangan anda bahagia sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya.

- Tunjukkan cinta buat si dia

Belikan minyak wangi, jam tangan, bunga atau coklat untuk si dia. Atau sesekali masak hidangan istimewa buat pasangan anda untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang mendalam anda terhadapnya.

Anda tidak perlu menunggu hari tertentu seperti hari lahir atau ulang tahun perkahwinan untuk melakukan kejutan buat pasangan anda kerana dengan cara sebegini pasangan anda pasti akan merasa terharu dan disayangi.

- Hormat antara satu sama lain

Berhenti daripada tabiat menyindir pasangan anda. Usah memperkecilkan gaya rambut isteri anda semata-mata untuk menyakitkan hati dan perasaannya atau hanya bermaksud untuk mengusiknya.

Sebelum berkata sesuatu, tanya diri sendiri sama ada pasangan anda dapat menerima kata-kata anda dengan hati terbuka atau sebaliknya. Belajarlah menghormati pasangan anda dengan menerima segala kelemahan dan kekurangannya serta tidak menjadikannya satu bahan jenaka mahupun sindiran.

- Lupakan peristiwa lalu

Jangan suka mengungkit masa silam pasangan anda. Jangan sesekali bercerita keseronokan kisah cinta anda dengan bekas kekasih lama. Sikap anda hanya akan mengguris perasaan pasangan dan ia boleh menyebabkan kekeliruan.

Mungkin pasangan anda beranggapan anda masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih atau lebih teruk si dia menganggap anda cuba untuk menyambung kembali hubungan yang terputus.

- Buang sikap cemburu

Cemburu memang perlu dalam sesebuah perhubungan, tetapi jika keterlaluan ia akan menyusahkan pasangan dan akan menghancurkan sesebuah rumah tangga.

Kalau anda sering menyelongkar barang milik pasangan, mencuri baca diari atau pesanan ringkas telefon bimbit pasangan, anda perlu hentikan segera tabiat buruk ini. Ingatlah sikap cemburu buta boleh meracuni kebahagiaan rumah tangga anda berdua. Beri kepercayaan penuh kepada pasangan anda dan sentiasa berfikiran positif.

- Tunjukkan komitmen anda pada pasangan

Pastikan pasangan anda menjadi keutamaan dalam hidup anda. Jangan sesekali mengecewakan pasangan anda dalam apa jua situasi. Cuba tunjukkan komitmen anda terhadap pasangan dan pastikan sentiasa berada di sisinya di saat si dia berada di dalam kesusahan mahupun kesenangan.

- Jujur

Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap benar lebih baik daripada membohongi perasaan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya.

Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan anda akan menderita seumur hidupnya. Anda perlu jujur pada diri anda terlebih dulu dan seterusnya anda juga perlu jujur terhadap pasangan anda.
 
p/s : bahagia takkan datang kalau tak dicari kan...oleh itu berusahalah utk kebahagiaan itu...No one is perfect !
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

9 Februari 2011

Lagi tentang Lelaki & Perempuan... | Dr HM Tuah

Syukurlah walau siapa dan apapun Dia jadikan kita... lelaki atau perempuan.. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. yang penting pandai menggunakan kelebihan dan kekurangan tersebut demi untuk kepentingan bersama.... Bukan untuk diri sendiri sahaja... kerana kita hidup bukan bersendirian... 

Banyak untung kalau kenal lelaki oleh Dr. HM Tuah sekadar renungan bersama... semoga saling memahami antara satu sama lain.. 

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. 

Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama. 

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap. 

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga? 

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami. 

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. 

Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki? 

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. 

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
5) Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. 

Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. 
MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL.....
p/s : Motivasi dari Dr HM Tuah....
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

30 Januari 2011

Benarkah Wanita Sensitif, Lelaki Ego?


 

wanita+vs+lelaki.jpg
 

Lelaki antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.

Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.

Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.

Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara. - NOOR HASLIZA NUSI
Sumber: askmen.com

p/s : nak masak apa ya hari ni ? 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

29 Januari 2011

Renungan Buat Suami Yang Merasakan Isterinya Kuat Berleter


Ada tak isteri yang tidak berleter? Susah menemukannya.Bahkan isteri Khalifah sehebat Umar bin Khatab pun sama.Seorang lelaki berjalan tergesa-gesa menuju kediaman khalifah Umar bin Khatab.Dia ingin mengadu pada khalifah, tak tahan dengan leteran isterinya.Begitu sampai di depan rumah khalifah,lelaki itu terkejut.Dari dalam rumah terdengar isteri Umar sedang berleter, marah-marah. leteran isteri khalifah melebihi leteran isterinya yang akan diadukannya pada khalifah Umar. 
 
Tapi, tak sepatah katapun terdengar keluhan dari mulut khalifah.khalifah Umar diam saja, mendengarkan istrinya yang sedang gundah. Akhirnya lelaki tersebut mengurungkan niatnya,membatalkan pengaduan isterinya kepada khalifah Umar.Apa yang membuat seorang Umar bin Khatab yang disegani kawan maupun lawan, berdiam diri saat istrinya berleter? Mengapa dia hanya mendengarkan, padahal di luar sana, dia selalu tegas pada siapapun?.Umar berdiam diri karena ingat 5 hal.Apakah 5 hal tersebut?.
 

1. Isteri sebagai benteng Penjaga Api Neraka
 
Kelemahan lelaki ada di mata. Jika dia tidak boleh menundukkan pandangannya, niscaya panah-panah syaitan akan terkena pada matanya,membidik tubuh-tubuh yang elok di sekelilingnya. Panah yang tertancap membuat darah bergolak, membangkitkan raksasa dalam dirinya. Sang raksasa dapat melakukan apapun demi terpuasnya satu hal,syahwat.Adalah sang isteri yang selalu berada di sisi, menjadi ladang bagi laki-laki untuk menyemai benih, menuai buah di kemudian hari.Isteri adalah tempat dia mengalirkan berjuta gelora. 

Biar lepas dan bukan azab yang kelak akan diterimanya.Dia malah mendapatkan dua kenikmatan, dunia dan akhirat.Maka, ketika Umar terpikat pada lenggokkan penari yang datang dari kobaran api, dia akan ingat pada istrinya, pada penyelamat yang melindunginya dari lenggokkan indah namun membakar.Bukankah sang istri dapat menari, bernyanyi dengan lenggokkan yang sama, malah lebih indah. Membawanya ke langit biru. Melambungkan raga hingga langit ketujuh. Lebih dari itu istri yang solehah selalu menjadi semangatnya dalam mencari nafkah.
 

2. Isteri sebagai pemelihara Rumah
 
Pagi hingga petang suami bekerja. Berpeluh. Terkadang sampai menjelang malam. Mengumpulkan harta. Setiap hari selalu begitu. Dia mengumpulkan dan terkadang tak begitu peduli dengan apa yang dikumpulkannya.Mendapatkan wang, beli ini beli itu. Untunglah ada istri yang selalu menjaga, memelihara. Agar harta diperoleh dengan keringat, air mata, bahkan darah tidak menjadi sia-sia. 

Ada isteri yang siap menjadi pemelihara selama 24 jam, tanpa bayaran.Jika suami menggaji seseorang untuk menjaga hartanya 24 jam, dengan penuh cinta, kasih sayang, dan rasa memiliki yang tinggi, siapa yang sudi? Berapa pula dia mau dibayar. Niscaya susah menemukan pemelihara rumah yang lebih prihatin daripada isterinya. Umar ingat betul akan hal itu. Maka tak ada salahnya dia mendengarkan leteran isterinya, kerana (mungkin) dia penat menjaga harta-harta milik suami yang semakin hari semakin membebankan.
 

3. Isteri sebagai Penjaga Penampilan
 
Umumnya lelaki tak pandai menjaga penampilan. Kulit hitam legam tapi pakai pula pakaian warna gelap.Tubuh pendek malah suka pakai baju saiz besar. Atas dan bawah selalu tak sepadan. Untunglah suami punya penata busana yang setiap pagi menyiapkan pakaiannya, memilih apa yang sesuai untuknya, menjahitkan sendiri di waktu luang, menampal bila ada yang koyak. Suami yang tampil menawan adalah wujud keprihatinan isteri.Tak mengapa mendengarnya berkeluh kesah atas kecekapannya itu.
 

4. Isteri sebagai pengasuh anak-anak
 
Suami menyemai benih di ladang istri. Benih tumbuh, mekar. Sembilan bulan istri bersusah payah merawat benih hingga lahir tunas yang menggembirakan. Tak berhenti sampai di situ. Istri juga merawat tunas agar tumbuh besar. Kukuh dan kuat. Jika ada yang salah dengan pertumbuhan sang tunas, pastilah isteri yang dipersalahkan. Bila tunas membanggakan lebih dulu suami maju ke hadapan.Baik buruknya sang tunas beberapa tahun ke depan tak lepas dari sentuhan tangannya. Umar paham benar akan hal itu.
 

5. Isteri sebagai penyedia Hidangan
 
Pulang kerja, suami kepenatan. tenaga terkuras, beraktiviti seharian. Dia memerlukan makan untuk mengembalikan tenaga. Di meja makan suami Cuma tahu ada hidangan, ayam panggang masak kicap, sayur asam, sambal belacan dan ulam. Tak terpikir olehnya harga ayam melambung, tadi pagi istrinya sempat berdebat,tawar-menawar,kerana harga melebihi bajet. 
 

Tak perlu suami memotong sayuran, cili dan bawang. Tak pening dia memikirkan berapa ukuran perencah agar rasa sesuai di lidah. Yang suami tahu hanya makan. Itupun terkadang dengan jumlah berlebihan, meninggalkan sedikit saja untuk isteri si tukang masak. Tanpa sedar isteri selalu menjadi tukang masak terbaik untuk suami. Mencatat dalam memori makanan apa yang disuka dan dibenci suami.
 

Dengan mengingat lima peranan isteri ini, Umar kerap diam setiap istrinya berleter. Mungkin dia penat, mungkin dia lelah dengan segala beban rumah tangga di bahunya. Isteri telah berusaha membentenginya dari api neraka, memelihara hartanya, menjaga penampilannya, mengasuh anak-anak, menyediakan hidangan untuknya. Untuk segala kemurahan hati sang istri, tak mengapa kalifah umar mendengarkan keluh kesah isterinya.
 

Umar hanya mengingat kebaikan-kebaikan isteri untuk menutupi segala cela dan kekurangannya. Bila isteri sudah puas menumpahkan kata-katanya, barulah dia menasehati, dengan cara yang baik, dengan bergurau. Hingga terhindarlah pertumpahan ludah dan caci maki tidak terpuji.Akankah suami-suami masa kini dapat mencontohi perbuatan kalifah Umar ini.Kalifah umar tidak hanya berhasil memimpin negara tapi juga menjadi imam idaman bagi keluarganya.
 
WallahuAlam.
p/s : harga menjadi seorang isteri adalah priceless dan tak mungkin dapat dibayar oleh suami.....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ternyata Hidup Ini Mudah

 

1.Ada seseorang ketika ingin melamar pekerjaan,ternampak kertas di lantai kemudian memungutnya dan membuangnya kedalam tong sampah.Hal tersebut ternampak oleh penemuramah pekerjaan,dan dia pun mendapatkan pekerjaan tersebut.

*Ternyata untuk memperolehi penghargaan itu cukup mudah,hanya dengan memelihara tabiat yang baik.

2.Ada seseorang menjadi pekerja di kedai basikal.Suatu hari ada seseorang mengantarkan basikal yang rosak untuk diperbaiki di kedai basikal tersebut.Setelah memperbaiki basikal tersebut,pekerja tadi juga membersihkan basikal tersebut hingga bersih mengkilat.rakan sekerja yang lain mentertawakan akan perbuatannya itu.keesokan hari,pemilik basikal tersebut mengambil basikalnya,dan pekerja tadi pun diambil bekerja dengan nya.

*Ternyata untuk menjadi orang yang berhasil itu cukup mudah,hanya dengan memiliki inisiatif sedikit.

3.Seorang budak berkata kepada ibunya:'Ibu hari ini kelihatan sangat cantik'.
 
Ibunya bertanya:'Mengapa?'.Budak tersebut menjawab:'kerana hari ini ibu tidak marah-marah'.

*Ternyata untuk menjadi cantik itu cukup mudah,hanya perlu tidak marah-marah.

4.Seorang Jurulatih bola berkata kepada muridnya:'Jika sebuah bola terjatuh kedalam semak,bagaimana cara mencarinya?'.
 
Ada yang menjawab:'cari mulai dari bagian tengah'.
Ada yang menjawab:'cari didalam bagian semak'.
Ada yang menjawab:'cari di bagian semak yang tinggi'.
 
Jurulatih memberi jawapan yang paling tepat:'setapak demi setapak,cari dari ujung semak sebelah sini hingga ujung semak sebelah sana'.

*Ternyata jalan menuju keberhasilan itu cukup mudah,hanya melakukan segala sesuatu setahap demi setahap secara berurutan,jangan melangkau.

5.Seorang petani menyuruh anaknya setiap hari bekerja dengan rajin di ladang.kawannya berkata:'tidak perlu menyuruh anakmu bekerja dengan keras.tanamanmu tetap akan tumbuh subur'.Petani menjawab:'aku bukan sedang menyuburkan tanamanku,tapi aku sedang membina anakku.

*Ternyata membina seorang anak itu cukup mudah,hanya membiarkan dia rajin bekerja.

6.katak yang tinggal di sawah berkata kepada katak yang tinggal di tepi jalan:'Tempat tinggal mu terlalu berbahaya,tinggallah denganku'.katak di tepi jalan menjawab:'aku sudah biasa,malas untuk berpindah'.beberapa hari kemudian katak 'sawah' menjenguk katak 'tepi jalan',dan menemukan katak 'tepi jalan' tersebut mati dilindas kereta yang lalu.

*Ternyata cukup mudah mengengam nasib kita sendiri,hanya dengan menghindari rasa malas saja.

7.Ada segerombolan orang berjalan di padang pasir,semua berjalan dengan berat sangat menderita.Hanya seorang yang berjalan dengan penuh gembira.mereka bertanya:'mengapa engkau gembira?'.Dia menjawab sambil tertawa:'kerana barang yang kubawa hanya sedikit'.

--->> Ternyata untuk memperolehi kegembiraan itu cukup mudah,hanya tidak serakah dan secukupnya saja.You are what you think about. Beware of your mind <<---


p/s : apa yg sy entrikan mungkin ada yg pernah baca dan mungkin ada juga yg belum baca, jadi sy suka utk berkongsi apa yg sy baca dan menarik buat renungan kita semua...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

IKLAN