IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Cuti-cuti Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti-cuti Malaysia. Papar semua catatan

26 Mei 2011

Singgah Makan kat Sekinchan

On the way balik dari Banting lepas tgk mak tuh, kitaorang plan nak singgah Bukit Melawati. Tapi hari pun gelap dan macam nak hujan so tak jadi singgah, takperlah mungkin next time boleh singgah kot. Tapi sekarang kereta dah takleh naik, kena naik tren yg diprovide tu entah berapa tambang eh.

Kalau lalu area Sekinchan ni memang seronok tau sbb kita boleh tgk kiri kanan diorang jual macam-macam ada.

Selesai beli buah tangan tuh kitaorang pun singgah makan jap, nak makan ikan bakar tp mana kedai ikan bakar bukak siang-siang kan, so makan yg biasa-biasa sudah...

Kedai ni tepi jalan jer tau, ada berderet gerai tp bukan semuanya bukak. Sudahnya kami singgah yg paling ujung sekali sbb senang nak parking kereta.
Walau rupa gerai tu agak buruk tp makanan gerai tu sedap tau..tak cer tengok, cer tengok..


Bihun sup sedap


Nasi Goreng Ayam yg mabeles

Lain kali kalau sy lalu lagi, mesti sy singgah ...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pantai Morib, Banting Selangor

Hari jumaat lepas, sy dan family terus siap siap sbb mau ke Banting, Selangor. Tujuan utama sbb nak tgk mak yg masuk wad di Hospital Banting.

So, sampai pun dah lewat malam jadi tidur sajalah malam tu kat rumah kakak.
Nak melawat mak tu pukul 12.30 tgh hari baru boleh masuk so sebelum tu singgah kejap kat pantai morib nih, lama dah tak datang sini org pun tak berapa ramai, mungkin sbb awal lagi kedai pun tak banyak bukak...

Layan gambar yg sempat disnap oleh hp buruk sy...

>> Pandangan dari depan <<


>> Tenang saja kat sini <<


>> Layang-layang yang beranika warna dan corak yg kecil rm5 - rm12 <<


>> Kain baju agak nipis jadi sy tak beli <<


>> Depan laut <<


>> Betapa gembiranya mereka dapat main layang-layang kat sini <<

>> Memang sesuai utk bersantai dengan keluarga <<

Pendek kata, sy gembira berkunjung ke sini tambahan pulak cuaca pun redup jer dan org pun tak ramai jadi selesalah nak duduk kata mana mana pun.

Sekian.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pulau Payar Marine Park <<--- sy teruja !!!

If you are looking for a marine park at the west coast of Peninsular Malaysia, head for Pulau Payar Marine Park which is located 19 nautical miles south of Langkawi Island. If you are coming from Penang Island, it is located 32 nautical miles north of Penang Island. It is also approximately 15 nautical miles west of Kuala Kedah. This island still remains unspoilt until today due to its status as a marine park. 

Being a marine park means that you are not allowed to do the followings:
  • No fishing or killing of fish.
  • No collecting of corals or other marine organisms.
  • No collecting of sand, dead shells or dead corals.
  • No polluting or littering.
  • No anchoring on reefs.
  • No building or erecting any type of structure on the water.
Keeping strictly to these rules and regulations will ensure that this park will remain unspoilt for many years to come. Comprising an uninhabited islands of Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Kaca and Pulau Segantang, this park is surrounded by coral reefs and many kinds of endangered marine species. Payar Island is the biggest island in this park measuring 2 km by 1/4 km. The Marine Park Centre which provides information on the marine park is located in Pulau Payar. 
 
Things To Do Here
 
Snorkelling, swimming and scuba diving are the main activities that you can do here. Being a marine park means that most of the marine life and vegetation in the sea are still thriving here. The popular diving site is known as Coral Garden and is located at the south-west of Pulau Payar where you will be able to see the bright and multicoloured soft corals. The fascinating feature of this park is that there are many artificial reefs built from old boats, concrete blocks and tyres that have developed into mature reefs with plenty of sea creatures around them. Visibility on a good day can go up to 15m.
Jungle Tracking is another activity that you can do over here. There are 2 trails that you can use to explore the flora and fauna of Payar Island.

The crystal clear water at the Pulau Payar Marine Park

Baby Shark Feeding will be a memorable experience to do for you and your children.

Floating Platform is designed for those who does not want to wet their bodies but still want to enjoy the marine life here. It is a platform called Coral Langkawi which is moored off Pulau Payar. Measuring 49 m by 15 m, you will have to book a package tour in order to have the privilege of using it. It has a tunnel shape chamber at the bottom of the platform 10 feet below the sea. There are also boats which have glass bottom for you to see the marine life and corals as you move along the coral gardens. This platform is also equipped with a snack bar, a dining area and a sunbathing area. 

Other facilities provided in this park include picnic tables, barbecue pits, gazebos and restrooms.

sy sangat teruja tau, tak sabar nak tgk sendiri !!!
padahal sy tak tahu snorkeling dan berenang, camner ??
 
info lanjut boleh klik kat sini
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

25 Mei 2011

Antara Tempat Menarik di Langkawi Untuk di Terjah

Memandangkan sy nak bercuti2 ke Langkawi pada cuti sekolah yg akan datang maka sy nak cover tempat-tempat menarik di Langkawi yg belum sy sempat pegi 2 tahun lepas, antara tempat tu adalah :

Tanjung Rhu Langkawi
Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang .

Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.

Pantai-pantai di Langkawi - Pantai Chenang adalah tempat pilihan sy setiap kali ke Langkawi...
Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.. Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.

Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut .

Taman Laut Pulau Payar Langkawi - sy tak pandai snorkeling apatah lagi berenang ikan...
Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang ..Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan berenang .Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai aman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju .Perjalan mengambil masa kira-kira 45minit.

Kuah- Langkawi - syurga beli belah...
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi nama 'Kuah'.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan berbag .ai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut

Makam Mahsuri Langkawi - dah pernah pegi...
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .
Opening hours: Daily, 7.30 am - 6 pm

Kampung Air Hangat
Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah .Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat disini..
Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm

Langkawi Anna & The King Gallery
Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'.Dibina keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar negeri ,istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam .

Langkawi Oriental Village
Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah ,kebudayaan dan masakan yang terkini dan unit di Pulau langkawi.Direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-belah di pulau peranginanan bebas cukai ,ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia

Oriental Village menawarkan lebih daripada 470jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan serta 17000 jenis barang pasti memukau mata para pengunjung.Pertunjukan kebudayaan dan fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ .Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car ,aktiviti menunggang Gajah dan Telaga Tujuh ,.
Opening hours: Daily, 10 am - 10 pm

Underwater World Langkawi - ini pun dah pernah masuk...
Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm

Pelayaran ke pulau pulau - harap-harap kali ni sempat...
Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan .Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting ,Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar .Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut .

Taman Buaya Langkawi
Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih kurang 32km dari pekan Kuah .Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai .Jika bernasib baik ,para pengunjung akan menikmati pertunjukkan keberanian manusia bermain dengan buaya pada jam atau waktu tertentu .
Opening hours: Daily, 9 am. - 6 pm. Tel : 04-9592559

Dataran Lang Langkawi
Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..

Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .

Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi .

Galeria Perdana Langkawi
Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr. Mahathir dan isteri .Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal ,barangan kulit,perak,tembaga,seramik dan kaca.Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil dan senjata .Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda .

Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar didalam galeri ini.Sebuah kedah cenderahati terletak di galeria tersebut menjual gambar gambar bahan pameran yang di pamerkan.. Opening hours: Daily, 10 am - 5 pm; Public/school holiday, 9 am - 6 pm; Friday, 10 am - 2:15 pm & 3 pm - 5 pm.Phone : 04-9591498

Laman Padi Langkawi
Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian .Terletak di Pantai Cenang ,kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10minit dariLapangan Terbang ,Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan sejarah ,warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara .

Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak ,carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara.Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung .Anda boleh cuba menanam padi menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden .Terdapat juga restoran serta pusat urut disitu .
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm.Telefon : 04-9553415

Taman Legenda Langkawi
Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia dan bahan bahan kebudayaan .Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini .
Opening hours: Daily, 8 am - 11 pm

Komplek Budaya Kraf Langkawi
Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi ,kira kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah .Terletak di atas bukit mengadap laut ,komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus . Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm.Tel : 04-9591913


Tasik Dayang Bunting Langkawi
Tasik Dayang Bunting terletak disebelah selatan Pulau Langkawi ,dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di kepulauan Langkawi .Deretan bukit dan gunung di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring.Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulung puteri tersebut mati selepas di lahirkan .Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa mulai dari saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik itu .

Sungai Kilim Langkawi
Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali .
Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih .

Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman Gantung.Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda .

Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells) - penat giler tau nak sampai atas weii...
Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda ,puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.

sumber dari sini... 

Walaupun perjalanan agak leceh tp tetap seronok tau, so jom ramai2 pegi Langkawiiiii !!!!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

23 Februari 2011

Mau cuti-cuti dimana ya.....

ok...rasa macam baru bukak sekolah tup tup bulan depan dah nak cuti sekolah, so En Wan cakap mau cuti-cuti malaysia dimana ???

Rasa2 seperti mau cuti2 dekat sahaja, malas mau packing baju banyak2, pastu pikir punya pikir rasa mau pegi ini tempat jelah...antara dua tempat ini, nanti kita osom yer...hik3
Semalam ada shout kat fb antara dua tempat ni yg mana paling best sekali, bukanlah nak kondem memana tp sja mau tanya pendapat kengkawan :)


Jadi rasanya mana tempat yg best kita pegi dulu, yg kurang best tu kita pegi kendianlah...apapun tunggu keputusan En Wan, manalah tau tetiba plan bertukar....hehehe

p/s : kalau ikut rasa hati semua tempat aku nak pegi....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

14 Januari 2011

1st Vacation for 2011 !!!


Salam semua...

Kalau tunjuk gambar buah tu mesti ramai tahu kan kat mana....so, disitulah kitaorang untuk 14 hingga 16/01/2011..kiranya 1st vacation for year 2011...bagaimana pulak korang ?

p/s : rasa selesa sungguh sbb org tak ramai...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

18 Disember 2010

Window shopping kat Penang !!

Memang seronok sungguh jalan-jalan kat Penang ari tu...kiranya penang nih penuh ngan shopping kompleks..antara shopping kompleks yang sempat aku terjah ari tu..


1st Avenue


Parkson ni kat dalam 1st Avenue

Masa singgah kat sini sale giler2..kiranya lau duit lebat mmg happy sokmo..aku takder beli belah pun cuma sempat cekau yang ini jer..
Jenama Valentino Rudy promotion 2 @ RM 79.90
Skarf 1 @ RM 39.90


Prangin Mall ni bersambung ngan Komtar ngan 1st Avenue...leh sesat kat dalam tuh..


Plaza Gurney

Kiranya banyak lagi shopping kompleks yang aku tak sempat terjah..lau tak mau tak jumpak jalan balik..antara shopping kompleks lain yang tak sempat aku singgah Times Square, Queensbay Mall, Sunshine...lain tahun lak pegi...hehe


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 Disember 2010

Asal berjalan jer, mesti bawak bekal !!

Ini tak lain tak bukan nak bagitau korang kalau aku nak gi memana, koman2 mesti 2-3 hari..aku mesti bawak bekal..tak kisahlah lepat ubi ker, cekodok ker, roti empat segi ker..janji bawak bekal...hehe

Selalunya kalau bawak bekal tu, mesti 2-3 tupperware gitu tp makan nya adalah 2-3 kerat jer pastu bawak balik ke rumah....hahaha
Meh tengok apa bekal yang aku bawak masa gi Penang last week...



Meriahkan....tp tak abis pun..cuba kalau aku buat sandwich sardin, sekejap jer licin...eh!! yelah dah lama tak buat sandwich sardin...esok sabtu kan...haruslah makan sandwich pulak kan....


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

9 Disember 2010

Asam Laksa Penang...terbaek wok !!

Sedang molek lalu...terpandangkan ini..


 jalan depan sket jer...nampak ini pulak...


hohoho....sumpah ! aku bukan peminat tegar laksa2 nih..


tapi bila dah makan...aku terpaksa angkat tangan n kaki...mmglah sedappppp
pegi jer kat Batu Feringgi tu...ari2 brader tu ader niaga kat situ...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kalau datang Penang, tak sah kalau tak singgah sini....

Lagi cerita pasal Penang...

Kali ni di Padang kota..kat sini boleh jumpa macam2 makanan yang ko teringin..sebut jer pasembor, asam laksa, sotong kangkung, mee udang, kerang bakar...........




Memang korang teringin nak makan mcm2 kalau sampai sini...



signboard kat depan...



antara kedai2 yang ada kat dalam tu...




pilih punya pilih sampai penuh mcm ni..padahal aku ambik sket jer..mcm ni ajer RM15.00, anak aku punya pun RM15.00..rasa mcm nak tapau bawak balik jer...mmg kenyang giler..




kedai2 yang lain...pilih ko nak duduk kat mana, nanti dtglah waiter diorang yg begitu ramah...hehe



angin laut dia toksah sembanglah..punyalah rasa nak bentang tilam jer..mmg best ho, bukan lagi sepoi2 bahasa, silap2 terbang abih semua...hahaa


ini playground yg ada kat depan .....




laut terbentang luas....betul2 makan angin..


Kebetulan masa aku dtg tu byk jln ditutup sbb ada Cubprix pusingan 10 anjuran Petronas...mmglah bising masa ko makan kat situ..jadi sepatutnya nak melawat Kota Cornwalis pun tak boleh sbb diorang block kawasan tu..

Apa yg ada kat Kota Cornwalis tu ??? 

Meh nak citer sejarah sket..kat situ korang boleh tgk tugu gangsa Francis Light, betul2 kat pintu masuk..kemudian boleh tgk meriam Sri Rambai, org ckp wanita yg mandul kalau letak bunga kat dlm batang meriam tu leh dpt anak..sejauhmana kebenaran tu, wallahuallam...pastu kita leh tgk Gereja Kecil, Bilik Penjara pun ado kat sini..lau nak cuba dok dlm penjara, boleh rasa kat sini pastu diorang lock korang ngan mangga yg sangatlah besarnya...hehe..tempat ni pun patut korang tgk skali, Kawasan Simpanan Serbuk Senjata Api..kalau kata berkenaan senjata api mmglah Abg Wan kita suka..tahulah keje dia dulu mmg dgn senjata-senjata ajer......so watchout uols, dont play-play..

Kota Sejarah Cornwalis ni dibuka setiap hari dari 9pg sampai 7ptg..tiket masuk untuk dewasa cuma RM2.00 dan budak RM1.00

Aku bukan duta pelancongan Penang so korang checklah kat sini tempat lain yg patut korang singgah.....

So, marilah kita beramai-ramai belajar sejarah..apahal lak aku nih..dah lah weiii..






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Suka berangan tak ??

Suka tak ??

Kalau suka, meh tengok gambar kat bawah...

****

****
****

****
****
****

****

****

****

****

****

****


hahahaha.....buah berangan laaa..


sekilo RM24.00
tp kalau kat R&R Gunung Semanggol baru RM23.00


Meh try cendol pulut kat sini pulak RM2.00


Kakak ngan adik - duta cendol pulut untuk hari ini....



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nak cari Asam Jeruk dulu...

Sebenarnya lepas check-in hotel, kitaorang decide nak ke bandar dulu..pusing-pusing cari jeruk dan buah berangan...

kali ni dah tak memusing macam dulu, pendek kata dah pandai sket jer...konpom lepas ni dah maleh nak ke penang sbb dah tahu jalan..aku ni ada sket perangai pelik tp benar kalau aku dah tahu tentang suatu tempat tu mesti aku tak gi dah..kena cari port baru la lepas ni....hehehe

Hujan dari Taiping bawak sampai ke Penang...walau hujan kitaorang redah jugak..tp memang lebat tau...

Tempat pertama yang aku tuju adalah ke Pasar Cowrasta betul2 depan IPK Penang, bersebelahan dengan Mydin, bukan Mydin nasi kandar tu tp Gedung Mydin tau..


 Kalau nak beli jeruk aku slalu beli kat kedai ni..mmg banyak kedai lain tp biasalah aku kalau suka beli kat situ tak pandang yang lain dah....hehe
Jeruk kat sini mmg murah sekilo cuma RM8.00 jer...siap boleh cekau2 rasa gitu, tp anak aku bkn lagi cekau rasa tp makan sampai kenyang....hahaha


Penyudahnya aku cuma beli lima kilo jer..untuk aku cuma sekilo jer tau..the rest kita kasi pada kawan dan jiran tetangga gitu..i kan baik ngan jiran tetangga...untung tau sape berjiran ngan i...hahaha

p/s : sampai sekarang jeruk tu ada terperuk lam peti ais..sape pon takmau makan..hehe

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 Disember 2010

Nasi Kandar 1 !!

Lepas check-in kat hotel, we ouls turun jalan-jalan cari makan..rindu sungguh dengan nasi kandar penang nih....hehe..so, singgah kat kedai depan..kedai ni mmg terkenal dengan kesedapannya...


Nak cari kedai ni cukup senang...kedai ni terletak kat bawah hotel jer...turun dari hotel kemudian jalan kaki atau naik kereta dan korang akan jumpa kedai ni...lebih seronok kalau jalan kaki pastu boleh lepak2 kat bawah pokok depan laut tu...kedai ni memang mengadap laut so memang best....


itu daging burung puyuh tau bukan ...... bukan apa risau nanti korang kata itu daging ..... ok..


Lauk-lauk memang bermacam-macam jenih...sampai berpinau bijik mata nak pilih mana satu..


Dalam banyak2 lauk....ini jer lauk yang aku cekau...

p/s : lain sungguh rasa nasi kandar manjung ngan penang nih...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

From Taiping to Penang

Lepas kenyangkan perut kat kenduri di Taiping, kitaorang terus ke Penang...sepatutnya ke Kuching tp plan dah bertukar last minute..nak buat camner, penang pun penanglah...anak2 dah pandai demand nak pegi sana nak pegi sini...


Separuh dari gambar ni diambik oleh kakak..yang adik pulak sibuk nak jadi model nya....


Aku suka check-in hotel ni sbb pemandangan hotel ni depan laut dan ko boleh bersantai-santai kat depan tu sambil makan kuaci....hehe...kalau aku late check-out pun diorang tak marah dan takder extra chg....hahaha


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

29 November 2010

Gurney Hotel...i'm your return guest !!



Ini adalah starter entry minggu depan sbb apa??..sebab aku nak pegi PENANG minggu depan..so syok holidays kan...

Alkisahnya..seorang raja dinegara Manjung nan permai bertanya kepada dua orang puterinya..Jika diberi pilihan diantara negeri Dibawah Bayu dgn negeri Penang Dua Batang..kemanakah anakanda berdua teringin sekali nak pergi ??
Seraya dengan begitu pantasnya dua orang puteri itu bersepakat menjawab.." anakanda berdua begitu teringin sekali berkunjung ke negeri Penang Dua Batang.."

Aduhaii..Dah berapa kali mau pegi sana daaa....pegilah tempat lain pulak, sampuk si Bonda yang tadi cuma diam tak berketik...

Maka dengan itu, raja pun menitahkan bahawa sekalian rakyat istana akan ke negeri Penang Dua Batang....

Sekianlah hikayat untuk kali ini.....

p/s : Penang tu nampak cam kecik jer kan..tp aku berpusing lebih dari lima kali nak cari jalan ke Lorong Kulit..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

11 November 2010

Jom pegi Kuching...

Sebenarnya ada sedikit kekecewaan bila dpt berita yg majlis konvo UUM telah ditangguhkan..sebab utamanya aku dah berangan-angan nak ke Padang Besar...hehe..Danok pun ye jugak....hahaha

Memandangkan aku mmg dah ambik cuti jadi aku rasa percutian tu mesti diteruskan ye dokk..tempat ni mmg dah lama dlm wishlist aku tp tak tahu lah bila boleh sampai...tadi aku belek-belek satu blog tu kalau tak silap aku Teratak Impian Ibu...dia ada highlight pasal skarang Firefly ada promote tiket flight murah gitu, Kuching one way cuma RM9.00 jer...


     

So, jom kita Cuti-cuti Malaysia....

Info ni aku dapat setelah membelek-belek blog yang sedia ada..kredit pada http://www.pesonabatik.com so pada sesiapa yang berminat nak tahu tentang Sarawak boleh check kat blog tu yer...

Apa yang menarik di Kuching? 

Senario: Watie akan berkunjung ke Kuching bersama keluarga, dan bakal menginap di Hotel Holiday Inn, Kuching. Jadi Watie berminat utk mengetahui tempat2 yang boleh melawati di sekitar Kuching so aku akan bagi tumpuan dengan tempat2 yang berdekatan dengan Holiday Inn jer....


Yang pertama dan yang paling dekat sekali ialah Kuching Waterfront, satu tempat yang menjadi kemestian bagi pengunjung di Kuching. Kuching Waterfront menjadi tempat santai yang sesuai dan berada betul betul berhadapan dengan Sungai Sarawak.


Di sini juga terdapat gerai gerai makan yang dibuka pada petang hari yang menyediakan pelbagai jenis makanan termasuk delicacy tempatan seperti laksa Sarawak dan Mee Kolok. Namun harga di sini agak mahal berbanding tempat tempat lain kerana ia kawasan tumpuan pelancong. Contohnya, jika di tempat lain boleh dapat laksa Sarawak pada harga RM3 atau RM3.50, di sini harganya adalah di sekitar RM6-RM7 sepinggan.

Kuching Waterfront dilengkapi dengan kemudahan tandas, tempat solat, pejabat polis serta tourist information centre.

Jika berminat dengan barang kraftangan, di seberang jalan Waterfront ada deretan kedai yang menjual barang kraftangan terutamanya kraftangan Sarawak termasuk sumpit, pasu, tikar, baju, kain pua kumbu (mesti beli) dan pelbagai jenis replika.


Sesetengah kedai harga barangannya masih boleh dirunding. Tempat ini sesuai untuk mereka yang agak kesuntukan masa atau malas untuk ke tempat yang jauh sedikit seperti di Pasar Satok (10 minit) dan juga Pasar Serikin (1 jam 30min) di mana kraftangan di dua tempat tersebut boleh didapati dengan harga yang lebih murah. Tambahan pula, Pasar Satok dan Serikin dibuka hujung minggu (Sabtu dan Ahad) sahaja manakala kedai di sini dibuka setiap hari.


Kalau berjalan terus anda akan sampai ke market Waterfront yang kebiasaannya dibuka hingga malam hari. Boleh lawati kawasan ini pada malam minggu untuk menikmati pengalaman membeli ikan dan bahan2 seafood pada waktu malam hari (satu lagi keistimewaan duduk di Kuching).


Di sini boleh beli ikan terubok masin kalau mahu. Harga ikan terubok masin di sini sama seperti di Pasar Satok. Peniaga di sini akan masuk dalam kotak dan balut elok elok supaya senang nak dibawa masuk kapal terbang. Ikan terubok yang dibungkus boleh tahan selama 7 hari jika tidak disimpan dalam peti sejuk.


Jika masih tidak puas dengan hasil kraftangan dan barangan Sarawak, boleh juga pergi ke India Street yang berdekatan dengan pasar Waterfront. Kawasan India Street ini ditutup sekitar 6pm-7pm.


Anda juga boleh menyusuri Sungai Sarawak dengan menaiki River Cruise dari jeti Waterfront pada sebelah petang dengan harga di sekitar RM40-RM45 untuk setiap trip. Jika mahu melawat perkampungan Melayu di Seberang sungai, boleh menaiki sampan pada harga 50 sen sahaja (tiada jaket keselamatan).

Di seberang Sungai Sarawak ada sebuah restoren yang agak terkenal iaitu MyVillage Baruk yang dibuka bermula senja. Di sebelahnya ada lagi satu gerai yang baru dibuka dan diberi nama gerai Pak Lah Boyan. Walaubagaimanapun, tidak digalakkan untuk makan di gerai2 tersebut pada malam minggu kerana penuh dengan umat manusia dan ada kemungkinan anda akan menerima layanan yang amat tidak memuaskan, sebagaimana yang terjadi kepada kami beberapa kali sebelum ini. Kawasan ini banyak dihuni oleh penduduk Melayu Sarawak dan salah satu daya tarikan yang ada ialah kedai kek lapis yang terkenal yang dikenali sebagai Kek Lapis Dayang Salhah (kedai berwarna biru).


Ia terkenal sehingga isteri isteri vip dan orang kenamaan seringkali membeli kek lapis secara borong di sini. Harga sebiji kek ialah RM10 dan jika anda beli 10 anda akan dapat percuma sebiji kek. Pelbagai jenis pilihan perisa kek lapis Sarawak ada di sini tetapi jangan risau kerana anda akan dihidangkan dengan sampel kek yang boleh dimakan percuma. Menurut pengusaha kek lapis ini, perisa yang paling disukai ialah perisa masam-manis (berwarna hijau)....harus beli nih..

Satu lagi sebab kenapa kampung Melayu ini terkenal ialah anda boleh lepak dan bersantai melihat pemandangan bandar Kuching pada waktu malam dari seberang Sungai ini. Siapa kata kat Sarawak tak boleh lepak?...i likeee

Untuk ke Pasar Satok, boleh naik teksi dengan kadar RM5 – RM8, bergantung kepada pemandu (teksi tidak bermeter). Tiada masalah untuk mencari tempat tempat & restoren makan yang halal kerana ada banyak di sini seperti Kopi O Korner, Dayang Cafe, Kafe Sahabat, Prabha Cafe, dan sebagainya. Jika mahu mencuba umai, samaada umai ikan, udang atau obor obor (!) boleh cuba di Moly’s Place (ting. 4 di Wisma Satok) kerana ketiga tiga jenis umai selalunya boleh didapati di situ (amaran: tak semua orang boleh makan umai ini). Sarawak juga kaya dengan hasil sagu, jadi boleh cuba Kuih Sagu dan juga Tebaloi (biscuit sticks). Di Pasar Satok juga ada menjual kek lapis sarawak pada harga yang lebih tinggi (RM15-RM18).


Sebenarnya banyak lagi tempat tempat menarik di Kuching ni seperti Pasar Serikin, Crocodile Farm, Orang Utan, Rumah Panjang Bidayuh, Taman Negara Bako, Damai & Santubong Resort (di sini ada Kampung Budaya Sarawak), kilang pasu, Muzium Kuching, Cat Muzium atau Muzium Kucing (lain dari Muzium Kuching!) Fairy Cave & Wind Cave serta banyak lagi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

IKLAN