IKLAN

30 Oktober 2010

Apa korang buat petang???

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba.....yeay

Sebab apa?? Petang ni aku nak jumpa Datuk Chef Wan....hehehe

Majlis start pukul 3 abih kul enam ko...huii, lama tu.....cakap-cakap..makan-makan..masak-masak...

Dan yang pasti aku nak duk kat depan ko kalau tak aku dapat dgr suara je lahhhh....

Nota Kaki : tak dapatlah aku berjogging petang ni....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gerammmmm...

Malam semalam aku pergi RHB Bank sebab nak bank-in kan duit utk konvo fee tu...

Selama ari ni aku tak pernah guna RHB Bank nih, dan aku pun tak pernah tanya kat sesapa yg RHB ni ada ke mesin cash deposit kat luar tuh cos i assume every bank must have right....dah la dgn ujan renyai-renyai nyer aku redah gak gi bank tuh....

Tetiba..aku nampak cuma ada dua jer mesin autoteller tu kat luar..satu utk cash withdraw ngan cheque deposit jer......huaaaaaa...geram nyer aku...dah la tarikh tutup pembayaran tu ari ahad ni...

Camner ni.....gerammm....gerammmm....salah aku gak suka wat keje last minute!!!!

Nak call si Amir jap.........


Nota Kaki : makna kata check dulu sebelum pegi....LOL

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

25 Oktober 2010

Jom Beraerobik...


Semalam hari ahad, so rutin aku macam biasa lah...pepagi mesti ke MPM dulu wat 3-4 round jogging dan berjalan kasi peluh sikit baru best..kalau tak camner nak maintain...hehe..


Pagi tu jumpa ramai kengkawan geng aerobik aku tu rupanya ada aerobik kat situ..apalagi lepas round satu pusingan kitaorang wat aerobiklah, yg mengajar nya tak lain siapa lagi kalau bukan si Khairul, dia ni ada bukak fitness centre kat area rumah aku, jadi tetiap malam dia ada buat kelas aerobik..aku adalah salah seorang yg tidak ketinggalan mengikuti kelas aerobik dia...dulu masa memula join kelas diorang ni punyalah malu giler ko..yelah tak pernah-pernah pegi aerobik badan pun keras semacam jer....hahaha...malu nak citer ko..well, skarang ni dah ok kot....hehehe..


Haruslah gambar aku takder kan sebab aku yang mengambik gambo nih....hehe...memang tetiap minggu ada aktiviti aerobik kat stadium MPM ni tp instructor diorang akan rotate lah...so, apalagi jomlah kita beraerobik, "BADAN CERGAS MINDA CERDAS".....


Nota Kaki : malam ni nak kena gi aerobik jugak walaupun badan sakit-sakit....hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Fresh baked from the oven!

Rasa macam dah lama tak buat cuppies so semalam teringin pulak nak makan cuppies. Lepas balik jogging and aerobik kat MPM tu aku pun cari bahan -bahan nak buat cuppies nih...alah buat yang simple-simple jer, kali ni aku try buat cuppies mentega berjagung, bahan ni dah lama beli tapi tak buat-buat pun.

Bahan-bahan yang aku guna macam biasa kita buat kek butter tu jer, bahan wajib ada tepung, gula, buttercup dan telur..kalau takder telur bantat ler kek kita tu..


Kali ni aku nak cuba pulak buat kek cawan mentega berjagung...oleh itu jagung mesti ada la..jagung tu aku beli yang dalam tin punya, lepas basuh tos kan air jagung tu. First putarkan buttercup sampai kembang dengan high speed pastu tu tambah telur sebiji-sebiji, kemudian baru masukkan gula dan last sekali tepung kek. Kalau korang nak buat perisa jagung bubuh lah esen jagung ngan biji jagung tu.


Sebenarnya buat kek ni tak susah kalau kita dah tahu basic dan yang selebih nya kita add on jer bahan lain tu...ewah cam aku pandai sangat ..hehe..tapi boleh lah kalau setakat nak makan untuk keluarga tu..hehe



Ini lah rupa kek cawan tu bila dah siap, untuk yang atas ni aku tak bubuh jagung biji tu sebab anak aku tak suka jagung tu, dari dia buang jagung tu baik aku takyah bubuh..aku cuma bubuh coklat rice jer kat atas kek tu kasi nampak cantik sikit...


Aku sebenarnya tengah mencari ilham nak buat kek yang macam mana untuk reunion ex-smrs aku nanti, so aku pun cuba guna shuffle yang putih tu..kek tu nampak tinggi dan padat sikit.


 Rasanya untuk reunion nanti aku nak buat yang macam tu je lah..senang sikit aku nak buat lagipun aku bukan pandai sangat ko..kang tak jadi kang...hehe

Nota Kaki : aku lebih suka buat kek cawan dari guna loyang tu..yg ni cepat sikit masak..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

22 Oktober 2010

Teh kunci ketenangan??



KANDUNGAN kimia tumbuhan dalam daun teh dilaporkan mempunyai kesan psikologi ke atas manusia. - Gambar hiasan



ADAKAH anda sentiasa memikirkan cara yang menyenangkan untuk menjaga kesihatan? Berita baik ini pasti anda nanti-nantikan.
Anda hanya perlukan secawan teh setiap hari untuk menjana kecerdasan mental dan menjamin kesejahteraan fizikal.
Perkara ini telah dibuktikan oleh pakar teh terkenal di dunia yang membentangkan hasil kajian terbaru mereka mengenai hubung kait antara pengambilan teh dan kesihatan.
Kajian itu menumpukan manfaat tianin (theanine: analog asid glutamik atau asid amino dalam teh) dan flavonoid (vitamin P atau sitrin atau kelas metabolit sekunder tumbuhan).
Hasilnya menunjukkan manfaat yang menarik, khususnya kelebihan teh dalam memperbaiki mood, meningkatkan tumpuan dan kecerdasan di samping menurunkan risiko strok iskemia.
Cara hidup
"Teh sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat Malaysia. Kita menikmati minuman ini dalam pelbagai cara, sama ada teh kosong, teh susu atau teh hijau.
"Kami ingin memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa mereka sentiasa menghirup secawan minuman yang berkhasiat," kata Quah Seng Khie, Pengurus Jenama Peruncitan Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd.
Tambahnya, manfaat kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan teh telah menjadi tumpuan penyelidikan saintifik yang dijalankan secara meluas.
"Simposium ini memberi peluang kepada pakar teh untuk berkongsi kemunculan kaedah sains baru dan menggalakkan perbincangan mengenai kebaikan teh kepada fizikal," ujarnya.
Hasil penyelidikan yang dibentangkan oleh Dr. Georgie Russell daripada R&D Unilever dan Institut Teh Lipton menunjukkan bahawa pengambilan teh mempengaruhi mood secara positif.
"Kajian kami menunjukkan bahawa mood sering dianggap kualiti subjektif dan boleh diukur dengan berkesan.
"Ini adalah satu perkembangan yang menarik, ia membolehkan kita mengukur kesan rangsangan luar ke atas mood kita. Sebagai contoh, kami dapat mengesahkan bahawa teh susu memberi kesan positif ke atas mood.
"Kesan positif ke atas mood bukan sahaja membuatkan kita rasa ceria, tetapi beberapa kajian menyarankan bahawa teh dikaitkan dengan manfaat seperti peningkatan kreativiti dan sokongan kepada sistem imunisasi," kata Russell.
Lebih tumpuan
Selain kesan psikologi, Dr. Eveline De-Bruin membentangkan bukti baru yang menunjukkan bahawa pengambilan teh boleh membantu anda memberi lebih tumpuan dan membaiki kecerdasan subjektif. Mekanisme kajian inilah yang menjadi tumpuan perbincangan semua saintis.
Kajian memperlihatkan mekanisme di sebalik kesan ini yang menunjukkan bahawa selepas mengambil satu dos kuat tianin dan kafein, dua bahan aktif yang terdapat secara semula jadi dalam teh, rangkaian perhatian otak diaktifkan secara lebih cekap.
"Kajian ini menunjukkan tindak balas bahan aktif dalam teh, tianin dan kafein mengoptimumkan pengaktifan bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap tumpuan kita seharian," Eveline De-Bruin.
Kurangkan risiko strok
Dr. Lenore Arab, Profesor di David Geffen School of Medicine di UCLA, mendedahkan hasil penyelidikan telah mengesahkan bahawa pengambilan teh setiap hari berpotensi menurunkan risiko strok iskemia sebanyak 21 peratus.
Strok adalah punca kematian ketiga paling tinggi di Malaysia. Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira 40,000 penghidap strok di Malaysia.
Strok juga merupakan penyebab utama kehilangan upaya fizikal. Strok iskemia, berlaku apabila saluran darah tersekat, meliputi kira-kira 83 peratus daripada semua kes strok yang dilaporkan.
Dr. Sheila Wiseman dari Institut Teh Lipton, menyokong dakwaan ini dengan hasil kajian yang berbeza. Beliau menjelaskan bahawa flavonoid teh membantu menenangkan saluran darah.
"Hanya 100 miligram flavanoid teh sehari iaitu bersamaan dengan kurang daripada satu cawah teh sehari dapat membantu membaiki kapasiti keanjalan saluran darah. Ini bermakna kesan positif pengambilan teh ke atas fungsi vaskular mungkin relevan bagi kebanyakan orang di dunia yang hanya minum satu atau dua cawan teh sehari," ujarnya.

Nota Kaki : lepas ni nak kena beli teh lipton slalu lah.....


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kisah Mistik.....

Tak sabar nya nak tulis entry nih, pagi tadi dengar siaran era..topik pagi ni " Kisah Mistik "..sbb ada satu sekolah yang mengalami histeria kalau tak salah sekolah tu kat mana ekkk melaka ker pahang..dan halim othman pun citer lah dia pun penah kena macam ni bila dia balik satu hari tu tv rumah dia terpasang padahal takder orang kat rumah..dia pun ckp...kalau tv tu boleh terbukak sendiri, apakata dia tutup sendiri lak kan...dah pandai bukak pandai lah tutup....then, nothing happen..after that dia pun gi ke dapur dan zasss..tv tu tertutup sendiri...dan sampai sekarang dia dah tak berani ckp macam tu lagi....hehehe.. 

Lepas tu si zizi pulak citer yang kisah dia macam ni, satu malam dia terdengar orang ketuk pintu tiga kali, pastu dia pun bangun dengan mamai-mamai nyer pegi bukak pintu tu and then nobody was around at that time..tetiba dia teringat skarang pukul berapa, rupanya baru pukul tiga pagi terus dia masuk bilik dan tidur dengan takut-takutnya....

Kisah si zizi ni lebih kurang macam kisah aku gak la..long time ago..aku tinggal sorang masa tu my hubby gi sailing kat sabah for two weeks, masa tu takder anak lagi tau...aku tarik tilam ngan bantal nak tengok tv pastu dah malas nak bangun dah terus tido kat situ je lah....dalam pada aku tgh tido tu, aku terdengar satu suara panggil nama aku ngan ketuk pintu, aku pun terus jawab.."nanti jap,nak bukak pintu..." aku pun bangun nak bukak pintu and that time langsung tak teringat nak tengok jam dah pukul berapa..terus aku dan duduk jap...tetiba aku terfikir sape nak panggil malam-malam buta nih, lepas tu aku pun tanya sape tu, tp takder orang jawab pun..terus aku tido balik dengan seram nyer.....

Sejak ari tu, aku memang tak berani dah nak tido kat ruang tamu......seram ooooo...


Nota Kaki : sampai skarang aku tak penah tengok citer ke wayang yang seram dan mistik nih..takut terbawak-bawak dalam mimpi.......hehe

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

19 Oktober 2010

Akhirnya....

Hari Ahad yang lepas aku pegi briefing konvo kat ATC Ipoh, setelah setahun aku mengabihkan masa dan duit akhirnya masa yang ditunggu-tunggu datang jugak..KONVO UUM 2010..


Sebenarnya aku belajar ni part time jer..dulu-dulu tak rasa nak belajar pun..hehe..umur dah meningkat ni lah baru terasa macam nak belajar balik..jadi semalam seharian aku mencari hotel atau homestay untuk aku duduk selama 2 hari tu..tak sabarnya nak tunggu bulan 12...

Nota Kaki : rasa-rasa macam nak masuk ke Danok la...kan dah dekat je tu..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

17 Oktober 2010

Blur.....

 1.21am....

Baru lepas tengok cerita hindustan kat channel 108...abis citer tu aku ubah lak kat channel 105 ada citer P Pamlee, skarang kan musim Tribute to P Ramlee..tengok ler citer tu sampai berpinau-pinau dan muntah monggek kerna terlampau hafal akan dialog filem-filem tu....mata pun tak rasa ngantuk arrr..nak wat aper hah???...laki aku baru jer gi keje, kena stanby lak padahal baru balik kol 8 tadi...huhu..nak wat camner, berkhidmat selagi diperlukan.....

Nota Kaki : menaip di pagi-pagi yg hening......zzzzzzzz
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

16 Oktober 2010

Cam tak caya jer...

Perghhh...cam tak caya jer bila pepagi aku blogwalking kat blog sumijelly.com nama aku pon ado kat pengomen tegar ko...cam tak caya mak.....sob..sob..terharu ko..dah-dah tak yah nak ngada-ngada..takder diheran nyer ko tu...hehe


terima kasih pada puan sumijelly yang sudi melayan pertanyaan yang tahapa-apa....hehe

Nota Kaki : tak sabar nak balik rumah tgk channel 108...hehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

15 Oktober 2010

Kisah Puding Karamel...

Terasa macam nak buat karamel kastard malam ni jugak..tadaaaa..


Punyalah tak sempat nak tunggu karamel tu sejuk, panas-panas gak aku potong..tak sabar tul nak tunjuk ngan aida......hehehehe..tp takder lah sesedap dan secantik macam cikmin.com tu punya...tp kira ni boleh di makan lah jugak kan...kali ni air gula dia tak hitam gelap sangat macam selalu.....haha..


Cuma yang aku tak puas hati tu kat dalam dia tak berapa cantik lah ko ada lubang-lubang pulak, mungkin terlebih pukul telur kot...tapi kira yang ni pun ok per........dah lah ko, aku nak pegi basuh kain lak, dah lama mesin basuh aku tu berbunyi......hehe

Nota Kaki : rasa-rasa nak wat aper hah petang esok???...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bihun sup sedappp..

Waktu balik keje  petang tadi, lalu kat gerai bihun sup yg aku ngan frenz aku biasa singgah tu..terasa macam nak makan bihun sup la pulak...gerai ni mmg tetiap petang ramai jer orang, bukan nak puji melangit ke haper ke tp mmg sedap ko..boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku ngan aida akan menebeng kat gerai tu...macam-macam ado ko..bihun sup, bihun soto, mee kari, mee rebus, laksa, keropok lekor, cekodok, goreng pisang, ubi keledek goreng pon ado ko...punyalah banyak menu gerai tuh...hehe..ni dah kira macam publisiti percuma nih..

Kiranya dalam seminggu tu ada jer muka aku ngan kawan aku tuh, bukan takdo tempat lain malas ko nak drive jauh-jauh, rehat pun bukan nyer lama mana pun setakat sejam lebih jer...hehe..kalau kitaorang datang jer, akak tu macam dah tahu jer apa yang kitaorang nak makan....hahaha...boleh ler dikatakan kitaorang ni dah macam regular customer akak tu..kalau bukan kita yg nak tolong orang kita saper lagi ..ye takkk....hehe

Akak tu bukan ajer masak untuk gerai dia, kalo ko nak buat makan-makan, akak tu sedia menerima tempahan ko..ko order jer ape yg korang nak order....sedap dan murah ko...promote lagikk....kiranya gerai akak nih memang dah femes kat tempat keje aku nih...korang tengok bihun sup ni,sedap tak???....



Tadi aku beli bihun sup ngan mee kari, dah abih makan baru teringat nak tunjuk kat korang aper yang aku makan....hehehe..lain hari yek aku snap gambar tuh...dah lah korang kang ader yang bengang ngan aku..ini pun nak publish ngan uols...chow.

Nota Kaki : siap pun karamel kastard....fuhhh lega...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kesian Kak Su aka Red Blusher

Salam Jumaat.......//*.*\\

Pepagi tadi lepas masuk opis terus on fb..pastu tu terbaca status kak su aka red blusher yg kehampaan dan keterlukaan kerana mencuba resepi Puding Karamel Kastard yg tah kali ke berapa...kesian kak su...cuba lagi kak su..( entah dia baca ke tidak entry nih, memandai jer tulis tentang org lain....hehehe )..apapun, aku ni pernah jugak buat karamel kastard ni, kalau tak silap aku ambik resepi tu dari blog cikmin.com menjadi ko....hehehe

Resepi Puding Karemel –sumber Kak Ummi Kuantan

Bahan-Bahan: 

Bahan untuk puding:

6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
Bahan untuk sos caramel:
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air 

Cara penyediaan (sos caramel): 

Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. 

Penyediaan puding: 

1) Pukul telur sehingga kembang.

2) Setelah itu masukkan gula.

3) Kemudian masukkan susu sejat dan air.

4) Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.

5) Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.

Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan. Sedia utk dihidangkan.. 

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.
Nota – Kalau nak nampak tebal sikit kukus dlm loyang bulat 7 inci.

KEPADA KAK SU@RED BLUSHER..SELAMAT MENCUBA

Nota Kaki : terasa macam nak petang ni jugak.......hehehee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

14 Oktober 2010

Original Brownies

Tak tahu lah kenapa 2-3 ari ni, rasa macam malas jer nak update kat blog nih..terkena sindrom malas ni, game aku kat facebok pon aku dah jarang main...mungkin sebab susah ati kot...sbb aper???...teetttttt..rahsia..hehehe...anyway, aku copy resepi brownies ni dari saji online, kali ni yg paling simple punyer....tak abis-abis ngan brownies aku nih....hehehehe
 
Original Brownies


Bahan-bahan:-

100 gm coklat
130 gm mentega
250 gm gula
4 biji telur
130 gm tepung
5 gm serbuk penaik
50 gm badam/walnut

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masak coklat dengan mentega menggunakan kaedah double-boiler.Sejukkan

2.Pukul gula dan telur sehingga kembang

3.Masukkan coklat yang telah dimasak tadi ke dalam adunan.
4.Masukkan tepung dan serbuk penaik

5.Akhir sekali masukkan badam atau walnut

6.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180'C selama 40 minit

Nota Kaki : tgh dok pikir nak wat aper untuk gift sempena reunion kat SMRS tu ekk...cuppies??...kek coklat??...brownies??....zzzzzzzZZZZZ




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

13 Oktober 2010

Ada kelibat wanita kendong anak


PEMANDU bas mendakwa pernah ternampak kelibat wanita mengendong anak dekat plaza tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.


KUALA LUMPUR - Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu.
Tinjauan Kosmo! mendapati ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik.
Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.
Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu.

Pemandu bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Rafi Bahari, 38, mendakwa, dia pernah ternampak kelibat wanita tersebut beberapa tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Taiping ke Singapura.
"Ketika melalui kawasan itu pada pukul 4 pagi, saya ternampak kelibat wanita baju putih melintas.
"Saya sempat brek secara mengejut tetapi tidak berlaku kemalangan," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Nota Kaki : lepas ni mcm-mcm cerita lagi yg akan keluar....seramnyer..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Konspirasi jatuhkan saya - Ameng


AMENG membantu isterinya, Sabariah Zakaria memberi minum kepada anak mereka, Wan Amar Haikal sementara menunggu kes mereka dimulakan di Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng yang popular dengan lagu Sampai Hati mendakwa tuduhan kes dadah yang dihadapinya adalah satu konspirasi oleh bekas isteri dan suaminya yang merupakan seorang pegawai polis.

Dalam keterangan bagi membela dirinya dalam kes tersebut di Mahkamah Majistret, Jalan Duta di sini Ameng memberitahu Majistret Zaki Asyraf Zubirdi bahawa bekas isterinya, A. Aida dan suaminya, Suffian Sulaiman merancang konspirasi terhadapnya dengan teliti.

Menurutnya, bekas isterinya itu atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 39, dan suami yang bertugas di Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berpangkat Asisten Supritendan sengaja berbuat demikian untuk melihat dia menderita.

"Tuduhan kes dadah ini saya anggap satu konspirasi yang dibuat secara sengaja supaya saya menderita selain mahu merosakkan kerjaya dan memburukkan nama baik saya," katanya lagi.

Nota Kaki : kesian kat Ameng......huhu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

12 Oktober 2010

Dari Dapur AZLI RAZALI: kek coklat bakar dan kukus Liza

 Hai korang.....tadi masa aku dok belek-belek resepi kat blog chef azli, aku terpandang link ni...so pandai-pandailah korang salin ek...cuma aku rasa resepi ni lebih simple dari resepi yg aku ada, korang buat dan nilaikan sendiri tau.......SELAMAT MENCUBA!!

Dari Dapur AZLI RAZALI: kek coklat bakar dan kukus Liza
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 Jenis Brownies ( Badam, kismis, Walnut)

  
Memandangkan ada kawan tanya camner nak buat brownies yang ada kekacang tu...sebenarnya aku pun tak pernah cuba lagi...resepi ni aku cedok dari majalah saji online.... 
3 Jenis Brownies ( Badam, kismis, Walnut)

BAHAN A:
250 gm coklat masak
310 mentega

BAHAN B:
250 gm gula
5 biji telur
Sedikit esen vanila

BAHAN C:
200 gm tepung
20 gm serbuk koko

BAHAN D: (pilihan)
100 gm badam cincang
100 gm kismis
100 gm walnut

BAHAN KRIM:
357 gm coklat masak
142 ml susu segar

CARA MENYEDIAKAN :
1.Masak bahan A menggunakan double-boiler
2.kemudian cairkan coklat dan ketepikan
3.Pukul gula dan telur hingga kembang.Tuangkan esen vanila
4.Masukkan bahan A
5.Satukan tepung dan serbuk koko dan diayak. Kemudian masukkan sedikit
   demi sedikit ke dalam adunan


6.Akhir sekali msukkan badam cincang
7.Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180' C selama 40 minit
8.Untuk krimnya,masak susu sehingga berbiuh
9.Masukkan coklat
10.Setelah sejuk sapukan krim dan taburkan dengan badam di atas kek.
Nota Kaki : resepi ni aku belum pernah cuba lagi.... 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

11 Oktober 2010

Tauge kekal segar

Aku selalu komplain camner nak simpan taugeh supaya tahan lebih dari 2 ari...ari ni aku dapat jawapan....ooo, camtu..baru lah boleh beli taugeh byk2.....hehehe..

BAHAN:

Limau nipis

Semangkuk air

CARA-CARA:

1. Mula-mula, masukkan tauge ke dalam semangkuk air.

2. Kemudian, perahkan limau nipis ke dalam mangkuk tersebut.

3. Gaulkan sehingga sebati.

4. Simpan di dalam peti sejuk. Tauge yang disimpan akan bertahan lebih lama.


Nota Kaki : kredit pada saji online kerana info yg berguna.....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Laksa lebih putih

BAHAN:

Asam keping

Semangkuk air

CARA-CARA:

1. Mula-mula, rendam dahulu laksa bersama asam keping di dalam air.

2. Biarkan semalaman.

3. Keesokan harinya, bolehlah anda rebuskan laksa tersebut seperti biasa.

SELAMAT MENCUBA!

Nota Kaki : patutlah laksa kat kedai tu putih....rupanya diorang rendam ngan asam keping ekkk......
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus





BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk coklat 
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan  ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

PESAN SAJI: Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.

Nota Kaki : resepi sama macam yg aku selalu buat cuma aku tak masak bahan basah tu just blend jer bagi sebati...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Brownies Coklat

Resepi Brownies ni lebih kurang macam yg aku pernah buat jer....cuba korang try pulak..hehe

Brownies Coklat 

BAHAN A:
250 ml mentega
400 gm gula kastor

BAHAN B:
5 biji telur gred B

BAHAN C:
100 gm serbuk koko
400 gm tepung kek
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik

BAHAN D:
400 ml susu segar
100 ml krim putar UHT

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul bahan A hingga kembang.

2. Masukkan bahan B sebiji demi sebiji, kemudian putar lagi.

3. Satukan bahan C. Kemudian satukan pula bahan D.

4. Masukkan bahan C dan bahan D berselang-seli. Putar sehingga sebati (sekejap sahaja).

5. Sapukan bekas alumunium dengan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak.

6. Bakar selama sejam setengah atau sehingga masak pada suhu 180oC.


Nota Kaki : macam mana nak diet nie....huhu....yg pasti brownies ni mmg sedap tau...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kek Coklat Kukus Basah

Salam sumer....resepi ni aku copy dari Saji online...korang try lah..


Bahan-bahan:
250 gm mentega tanpa garam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
4 biji telur gred B
1 cawan susu segar suam - dipanaskan jangan sampai mendidih
Topping:
500 gm coklat masakan
400 gm krim putar
Parutan coklat masakan

Cara Menyediakan:

1. Ayak tepung dengan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dengan kedua-dua gula hingga gebu.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang.
4. Masukkan esen vanila. Pukul lagi.
5. Tuangkan susu suam sedikit demi sedikit di bibir mangkuk. Tuang perlahan-lahan dan pukul lagi hingga sebati.
6. Masukkan tepung dan serbuk koko dan pukul lagi hingga gebu.
7. Tuangkan ke dalam bekas pembakar, tutup dengan aluminium foil. Ikat sekeliling bekas dengan tali.
8. Kukus selama 1 1/2 jam dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
9. Setelah masak, sejukkan. Kemudian potong kek menjadi 2 lapisan dan tuangkan topping di atas lapisan bawah dan letakkan lapisan atas. Akhir sekali, tuang topping pada keseluruhan kek dan taburkan parutan coklat di atasnya.

Nota Kaki : nyum..nyumm....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

9 Oktober 2010

RM500,000 habuan lumayan


(DARI KIRI) Penerbit Eksekutif Projek Khas, Sooraj Nair, Penerbit Program, Sharon Koo, Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, Penerbit Eksekutif, Mackenna Sigh dan Haslina Hashim menunjukkan cara permainan Anda Ada 60 Saat.


JIKA anda memiliki skil dan kemahiran yang tinggi, anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang cukup lumayan. Wang sehingga RM500,000 boleh dimenangi sekiranya anda menyertai rancangan permainan terbaru berjudul Anda Ada 60 Saat, di Astro Warna (saluran 132).
Pengurus Astro Warna, Nizam Sani berkata rancangan terbaru terbitan Astro itu merupakan sebuah program yang diadaptasi daripada rancangan Minute To Win It yang disiarkan di saluran TV di Amerika Syarikat dan mendapat sambutan hebat ketika ini.
“Anda Ada 60 Saat adalah sebuah program kuiz permainan yang mengenengahkan konsep permainan santai tetapi menarik dan memberi peluang kepada para peserta untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM500,000 jika berjaya melepasi 10 permainan dalam tempoh 60 saat bagi setiap permainan.
“Permainan-permainan yang diberikan pula adalah cukup mudah kerana cabaran yang bakal dilalui hanya dengan menggunakan perkakas yang digunakan seharian di rumah. Semua bentuk permainan pula adalah sama seperti yang ditampilkan menerusi rancangan Minute To Win It,” ujar Nizam pada majlis pelancaran program itu baru-baru ini.
Menurut Nizam, dengan menyertai program tersebut, para peserta tidak perlu memerah otak untuk menjawab sebarang soalan, sebaliknya hanya perlu menunjukkan skil dan kemahiran dan peserta diberi tiga peluang untuk mencuba.
“Cabaran yang paling utama buat peserta adalah untuk menyelesaikan setiap permainan hanya dalam masa 60 saat,” ujarnya.
Antara cabaran-cabaran yang akan diberikan kepada para peserta setiap minggu seperti Kepala Rock, Kepala Baldi, Tin Beracun, Bersemuka Dengan Biskut, Lawan Graviti serta banyak lagi.
“Cabaran Bersemuka Dengan Biskut sebagai contohnya merupakan acara yang mana peserta perlu menggerakkan dua keping biskut dari dahi ke mulut dengan menggunakan otot muka sahaja. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta akan disingkirkan selepas tiga kali percubaan,” jelasnya.
Nizam juga memberitahu bahawa orang ramai tidak perlu risau kerana untuk melihat cara permainan, mereka boleh menontonnya melalui video yang akan dipaparkan di laman web rasmi rancangan berkenaan di www.astro.com.my/andaada60saat. Ujarnya, melalui video tersebut, mereka boleh berlatih lebih awal sebelum datang untuk menyertai rancangan tersebut.
Sementara itu, bagi sesiapa yang ingin menyertai rancangan ini perlu menghadiri sesi uji bakat yang akan diadakan di Dewan Sri Putra, Stadium Bukit Jalil pada 16 dan 17 Oktober ini. Ia terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas serta perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar terkini bersaiz 4R ketika hadir sewaktu uji bakat.
Tambah Nizam, pada sesi uji bakat itu nanti setiap peserta akan diberi lima pilihan permainan dan perlu melengkapkan tiga daripadanya untuk layak menyertai rancangan berkenaan. Manakala sesi uji bakat pula akan bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.
Rancangan sebanyak 26 episod ini bakal memulakan siaran pertamanya pada 25 Disember depan pada setiap Sabtu dan Ahad, pukul 10 malam.

Nota Kaki : kompom aku tak leh masuk..nerbous daaa...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tauhu goreng lebih enak

Tauhu goreng lebih enak

BAHAN:

Santan
Serbuk perasa

CARA-CARA:
1. Campurkan sedikit serbuk perasa di dalam santan.

2. Kemudian, rendamkan tauhu di dalam santan tersebut.

3. Biarkan selama 10 minit.

4. Setelah itu, toskan dan goreng seperti biasa.

SELAMAT MENCUBA!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Aising Krim Keju

Aising Krim Keju

PDF Print E-mail
User Rating: / 150
PoorBest 
Aising Krim Keju
BAHAN-BAHAN:
350 gm krim keju
350 gm mentega
1 1/2 sudu kecil esen vanila
3 cawan gula aising
1 1/2 cawan kacang pecan (bakar)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan kesemua bahan (kecuali kacang pecan) dan pukul hingga gebu.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kembali ke jalan Allah

Kembali ke jalan Allah




TIGA tahun lalu, dia pernah terbuai dengan keseronokan duniawi. Bergelar pengunjung tegar pusat hiburan, meneguk minuman beralkohol serta menjadikan najis dadah sebagai peneman, penyanyi dan produser yang berhasil menghipnos pengikut dari seluruh dunia, Maher Zain, 29, secara terbuka berkongsi kekhilafan dirinya.
Berterus-terang, tidak pernah terlintas di ruang fikirnya ingin berdampingan dengan gelaran anak seni. Jejaka kacak berketurunan Lebanon dan dibesarkan di Sweden itu, sebaliknya punya alasan sendiri untuk tegak berdiri dalam belantika hiburan lantas mengalunkan kelunakan vokalnya yang dibalut puji-pujian kepada Sang Pencipta.
"Tiga tahun lalu, saya jauh daripada Allah kerana melakukan banyak perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Saya juga bergaul dengan orang tidak baik. Malah, paling menyedihkan saya tidak ingat dengan bacaan Al-Fatihah. Bayangkan, sampai macam itu sekali. Saya akui keadaan ini agak serius sekali gus membimbangkan diri.

MAHER ingin terus memperbaiki diri dalam berkarya.


"Tidak lama kemudian, saya rasa teramat kekosongan. Apa tidaknya, saya melihat diri ini tidak sama dengan kawan lain sampaikan kami pernah berselisih faham sesama sendiri apabila mempersoal tentang cara hidup dan persekitaran tidak betul ini. Selepas itu, saya diperkenalkan kepada RedOne lantas bekerja di sampingnya bagi menerbitkan album artis lain.
"Dalam waktu sama, saya sering mengunjungi sebuah masjid dan bertemu rakan-rakan baru. Mereka banyak memberi nasihat kepada saya agar kembali kepada asal-Nya. Justeru, saya mula lebih mengenal diri sehinggakan timbul kesedaran untuk berkarya," katanya ketika ditemui pada pelancaran album Thank You Allah di Menara Kuala Lumpur Selasa lalu.
Dan bukan calang-calang. Dianugerahkan selautan bakat seni, graduan Sarjana Kejuruteraan Aeronautik ini terinspirasi untuk menghasilkan lagu-lagu bersalut keagamaan dan kerohanian dalam perspektif berbeza. Lebih menarik, setiap karya dibikin Maher, ia terkait dengan kisah yang pernah dialami sendiri di alam realiti.
"Dengan muzik merupakan sebenar minat saya, tiada salahnya kalau membikin lagu yang bersangkutan dengan ajaran Islam termasuk meluahkan seluruh kecintaan kepada Allah, alam semesta, pasangan, keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Lebih indah kalau saya mahu menampilkan pembaharuan," lekas sahaja jawabnya.

MAHER sempat mendendangkan lagu popular yang berjudul Insya-Allah di hadapan pihak media dan peminat.


Boleh dianggap mencipta gelombang sehingga dia sendiri terkena refleks kemasyhuran, Maher tidak pernah sesekali menebak dia mampu berada pada tangga sekarang. Kemunculannya dalam dunia serba-serbi glamor, akuinya, hanya ingin berkongsi kebolehan kepada peminat. Tiada lain, itu sahaja yang berputar dalam fikirannya.
"Sejujurnya, saya tidak sangka dengan penerimaan positif daripada peminat termasuk di Malaysia apabila berkecimpung dalam arena seni sejak dua tahun lalu. Sukar hendak digambarkan perasaan ini. Yang penting, saya sentiasa berpegang kepada niat - menyalurkan mesej tertentu dalam membikin lagu kepada pendengar.
"Begitupun, saya sentiasa sedar diri. Sebenarnya masih panjang lagi perjalanan saya dalam industri ini. Saya harap dapat terus menyumbangkan lebih banyak karya berkualiti sambil menyelitkan elemen dakwah. Saya ingin memfokuskan terlebih dahulu terhadap nyanyian dan penerbitan," ujar Maher yang selesa menjunjung jalur R&B dan soul.
Konsert perkenalan
Selain hadir ke bumi Malaysia untuk melancarkan album debutnya, Maher juga bakal menghiburkan peminat menerusi konsert mini Save The Soul yang bakal berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada 14 dan 15 Oktober ini. Dibawa oleh Raudhatus Sakinah, penghibur terkenal tanah air, Aishah menjadi artis pembuka tirai.
Cukup mengejutkan apabila tiket mini konsert tersebut telah habis dijual dalam waktu singkat. Maher juga ketika ditemubual, tidak berupaya menyembunyikan kegembiraannya sehingga tidak sabar untuk bertandang semula ke negara ini sambil merealisasikan konsert berskala gergasi dengan menghadirkan bunyi-bunyian orkestra.

BARISAN wakil dari Menara KL juga tidak ketinggalan mengabadikan gambar bersama Maher.


"Konsert mini ini dianggap sebagai acara kecil memperkenalkan diri saya kepada peminat di Malaysia. Saya bakal menyanyikan sebanyak lapan buah lagu secara minus one daripada album Thank You Allah. Ia sengaja dibuat dalam suasana santai supaya saya dapat menghiburkan peminat secara lebih dekat pada persembahan ini.
"Pada pendapat saya, sebuah konsert tidak kiralah bersaiz biasa, atau sebaliknya, ia perlu dilakukan terutama kepada artis baru seperti saya. Tidak terkecuali, saya ada perancangan untuk mengadakan persembahan lebih besar pada masa akan datang. Insya-Allah, mungkin awal tahun depan," sahutnya penuh harap.
Menandatangani kontrak dengan rumah penerbitan, Awakening Records sejak setahun lepas, Maher yang telah mengukir populariti di negara Eropah dan Timur Tengah turut menzahirkan keterujaan apabila berkesempatan melibatkan diri pada mini konsert tersebut. Tambah Maher: "Hanya Tuhan saja tahu betapa bersyukurnya saya dapat berada di Malaysia."
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Taska: Pilihan atau keperluan

Taska: Pilihan atau keperluan




“KALAU diikutkan, hari-hari mereka nak ke taska. Bangun pagi saja terus mendesak supaya menghantar mereka ke taska. Mereka tak sabar nak bermain bersama kawan-kawan dan berjumpa cikgu.
“Di taska mereka bukan sahaja bermain, malah jadual harian juga padat dengan bermacam-macam aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah,” cerita Nursalina Abd. Aziz, 30, bersungguh-sungguh.
Bicara pereka grafik di salah sebuah syarikat swasta itu, sebelum ke pejabat dia akan menyediakan kelengkapan anak-anaknya untuk dibawa ke taska. Sebuah beg bersaiz besar diisi dengan beberapa pasang pakaian dan lampin pakai buang untuk kegunaan anaknya, Che Wan Muhaimin Rabie, 4 tahun; Muzzammil, 2 tahun dan Madiha, setahun.
“Secara purata untuk seorang anak saya bekalkan tiga atau empat pasang baju dan lampin pakai buang sehari kerana pengasuh akan menyalinkan pakaian anak-anak pada sebelah pagi, tengah hari dan petang,” ujar Salina.
Taman Asuhan Kanak-kanak atau singkatannya Taska merupakan sebuah premis yang menjaga empat atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun. Kanak-kanak yang mendaftar dikenakan yuran mengikut usia dan servis yang ditawarkan oleh sesebuah taska.

PIHAK taska diwajibkan menggunakan tilam berbanding buaian demi keselamatan kanak-kanak.


“Saya tak kisah soal harga walau setiap bulan terpaksa membayar yuran sebanyak RM600. Bagi saya yuran yang dikenakan berbaloi dengan servis dan keperluan yang disediakan oleh pihak taska.
“Lagipun kebajikan anak-anak terpelihara. Pengasuh taska turut menitikberatkan soal pembelajaran seperti mengira, mengeja dan menyanyi serta fardu ain,” tutur Salina ketika ditemui Kosmo! yang mengakui anak-anaknya semakin berdisiplin, berdikari dan gemar mewarna.
Keadaan itu berbeza sewaktu anak-anak Salina dihantar ke rumah jiran dan dijaga oleh pembantu rumah Indonesia. Keluh anak kelahiran Tampin, Negeri Sembilan itu: “Pembantu rumah saya sebelum ini banyak mendatangkan masalah. Sudahlah malas melakukan kerja rumah, malah kebersihan anak-anak juga terabai.
“Paling membimbangkan, saya pernah berhadapan dengan pembantu rumah yang mencuri. Jadi saya fikir, kalau mereka boleh mencuri tak mustahil mereka akan melarikan anak-anak saya kelak,” kata Salina meluahkan kebimbangan.
Sementara itu, Roshenahnor Roheni, 28 tahun, lebih mempercayai ibunya untuk menjaga Nur Syafiqah Batrisyia Mohamad Saiful Bahari yang berusia dua tahun daripada menghantar ke taska. Ia berpunca daripada paparan media tentang kes kemalangan dan kematian kanak-kanak disebabkan kecuaian para pengasuh di taska.

IBU BAPA disaran supaya membuat pemeriksaan di bahagian dalam dan luaran taska sebelum menghantar anak-anak mereka.


Enggan membiarkan nasib yang sama menimpa anaknya, Roshenahnor berasa lebih selamat jika ibunya yang mengawasi anaknya sepanjang dia keluar bekerja.
“Benar, ada yang menyifatkan di taska kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai perkara yang mengembangkan minda mereka. Sebab itulah, pada hujung minggu dan setiap petang saya akan membaca buku, mewarna dan beriadah bersama Nur Syafiqah,” kata Roshenahnor yang turut melatih anaknya supaya boleh bertutur dengan jelas.
Bagi pengetua pusat penjagaan Kinderland, Subang Jaya, Selangor, Eleanor Loh, 51, salah satu pendidikan utama yang diterapkan di taska ialah cara berkomunikasi dengan betul.
Para pengasuh dihalang bercakap pelat kerana ia membantut kelancaran pertuturan kanak-kanak.
“Inilah keistimewaan taska kerana kanak-kanak disalurkan ilmu positif. Kami bukan sekadar membentuk emosi dan sosial malah membantu meningkatkan aspek bahasa, kemahiran pergerakan dan fizikal kanak-kanak.
“Begitu juga dengan penyediaan makanan. Setiap hari pihak taska menyajikan menu seimbang yang mengandungi karbohidrat, vitamin dan protein. Inisiatif ini penting untuk perkembangan otak dan kecergasan fizikal kanak-kanak,” tambah Eleanor yang memiliki Diploma Penjagaan Kanak-kanak dari salah sebuah universiti di London.
Bagaimanakah dengan kebajikan dan pendidikan kanak-kanak di taska?
Kata Eleanor: “Segelintir ibu bapa memikirkan lebih baik wang tersebut digunakan untuk membayar gaji pembantu rumah daripada memperuntukkan kepada taska.
Rumah jiran
“Ada juga ibu bapa yang terpaksa menghantar anak ke rumah jiran kerana tidak mampu membayar yuran bulanan taska yang tinggi.

KANAK-KANAK di Taska dididik supaya lebih berdikari dan berdisiplin.


Bercakap tentang ketidakmampuan ibu bapa menanggung kos yuran bulanan yang mencecah RM500 untuk seorang anak, Pengusaha Taska Komuniti Penyayang di Bandar Sri Damansara, Farah Diyana Nazaruddin, 28, menyarankan taska komuniti boleh dijadikan pilihan.
Taska Komuniti merupakan pendekatan yang memberi tumpuan kepada keluarga berpendapatan bawah RM2,000 sebulan sama ada yang menetap di bandar dan di luar bandar.
“Mereka yang menepati syarat layak menerima subsidi kerajaan sebanyak RM180 sebulan. Ibu bapa hanya perlu menambah RM100 sekiranya dikenakan yuran taska sebanyak RM280.
“Jadi tiada alasan ibu bapa mengeluh kerana tidak mampu membayar yuran taska yang terlalu tinggi,” ujar Farah yang menyatakan kes penderaan dan kecuaian di taska komuniti amat rendah kerana taska itu berdaftar dan dibawah kendalian Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dan JKMM.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

IKLAN